Wednesday, November 24, 2010

Cinta Hatiku Selamanya

Aku sayang dia
Aku cinta dia
Aku kasihi dia
Aku rindui dia

Baby & kakak....
Merupakan dua insan yang dipinjamkan kepadaku oleh Allah SWT untuk aku kasihi, untuk aku cintai dan untuk aku sayangi dengan setulus hati. Walaupun berkemungkinan hanya kakak seorang sahaja cahaya mata aku, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada kini. Alhamdulillah

Sekurang-kurangnya aku tak perlu berkongsi mereka dengan orang 'lain'... Cinta yang terjalin lewat empat belas tahun lalu, pada doaku, biarlah kekal sehingga keakhir hayat. Walaupun seringkali ribut, taufan serta ujian-ujian yang tiba, biarlah kami bertiga tetap bersama. Walaupun ada yang tidak begitu menyenangi cinta ini, biarlah mereka diberi petunjuk serta hidayah agar aura kebencian itu tidak menjadi racun yang akan memusnahkan diri mereka sendiri.

Biarlah kami melangkah seiring dalam mengecap erti sebuah kebahagiaan dalam kehidupan menuju kepadaNYA. Amin....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...