Showing posts with label This Is Life..... Show all posts
Showing posts with label This Is Life..... Show all posts

Monday, November 28, 2011

So many story...

I've so many story to share but now, i was too busy with my 3rd chenta. Idea tak byk for manuscript. But honestly, tengah dok jiwang karat layan hati yang gundah gelana dek character for the story. Haa... dont misunderstanding... my 3rd chenta is my writing... not my kekasih golap ke.. kekasih terang ke.... kekasih kelabu asap ke.... no no no....

My face tone now is become better & better.... alhamdulillah....
well... stop here for now. Nak packing baju.... tunggu Mr.Hubby balik dan zapppp memecut ke The Rain City.... Budak2 gemoks yang bertiga itteww sedang menantiku..... muahssss

May Allah Bless...




Saturday, November 12, 2011

Dia Tak Bahagia - Part 1

Sahabat I ni....
Ada rumah besar, cantik dan indah... di kawasan perumahan elit di Putrajaya. Presint? (I can't share it with u... sorry)
Ada kereta mewah... not one... but few. Beberapa buah kereta mewah.
Ada family... ada anak-anak yang cerdik pandai... Hasil dari gabungan 2 otak manusia yang memiliki Phd.
Ada isteri.... yang cantik jelita. Both of them was held a title 'Professor'.
Bila aku bertanya... lazimnya dia akan berkata yang dia ok. Everything was under control. Tapi menyelusuri text text yang aku terima... membayangkan hal yang sebaliknya. Membayangkan betapa sepinya dia. Betapa terlukanya dia. Apa lagi yang tak kena wahai sahabat yang far far away? Tenangkan dirimu. Berfikirlah secara terbuka. Kerana apa yang kau ada, sepatutnya menjadikan kalian lebih bijak untuk berfikir dan seterusnya membuat penilaian yang wajar dan rasional.

Kenapa masih tak bahagia? Boleh dikatakan dunia berada dalam genggaman mereka. Apa lagi yang kurang?
Betullah seperti kata kebanyakkan orang. Definasi bahagia itu terlalu luas. Terlalu rumit untuk dirungkai. Yang penting hati. Hati yang merasa bahagia dengan apa yang ada.Hati yang menerima kebahagiaan ini dengan definasi yang seadanya. Hati yang tidak pernah mengharapkan lebih dari yang sepatutnya. Bahagia kita, derita kita, ketawa kita dan tangis kita, semuanya dalam genggaman kita. Bukan bergantung pada manusia yang lain.
Kebahagian tak boleh dijual beli dengan harta yang menggunung. Kebahagiaan juga tak boleh ditukar ganti dengan gelaran mahupun kedudukan. Kebahagiaan bukanlah hakmilik, tetapi anugerah yang tidak ternilai harganya.

To Be Continue....
Mencari ilham untuk jari jemari berkata-kata, terus dari hati dan minda....


Thursday, October 27, 2011

Tak Nak Anak???

"Emm... tak nak tambah anak lagi ke?"
"Planning ke?"
"Tak try berubat ke?"
"Memang tak nak anak lagi dah ke?"
"Ada problem kesuburan ke?"

Hah... kadang-kala soalan-soalan ni yang membuatkan aku sedikit panazzzzz..... Mentang-mentang la kakak dah nak masuk 13 tahun on 2012... adakalanya masih ada soalan bodoh ni diutarakan pada aku. Apa punya bodoh bangang punya soalan pun aku tak tahu la. Biasanya soalan-soalan ni orang yang tak cerdik tak pandai dan tertutup pemikirannya sahaja yang selalu dok tanya bab-bab anak ni.... Tak pun jenis yang tak der kojer dok amik tahu pasal hal rumahtangga orang lain.... ampehsssss....

Yeap... mungkin juga yang dok sibuk bertanya tu tujuan dia ikhlas, nak ambil berat. But... this is sensitive issue for some people. Kena tengok pada keadaan, masa dan tempat untuk bertanya. Sebab bab ni aku kira dah masuk bab personal individu beb...

We back to the point sebab apa entry ni aku publish :-
Sapa la yang menikah dan kawin secara sah yang tak nak anak? cer bagitahu aku. Sapa? Sapa? Dari 100 kapel.... mungkin ada la 1 atau 2 yang kahwin atas sebab nak teman sekatil tapi tak nak anak. Lagi 99 atau 98 orang tentu nakkan zuriat sebagai pengambung waris keturunan. Apa dema ingat bila 'bersama' 24 jam 7 hari seminggu lepas tu coih... terbit sorang... balun hujung tahun coih bulan August terbit sorang...balun minggu ni bulan depan kompom pegnen. Soalan bodoh dan soalan bangang sangat-sangat bodoh dan bangang sangat sangat sangat !!!

Orang yang bertanya tu lupa atau tak gheti gamaknya.... soal anak tu urusan Allah. Sapa la kita nak pertikai kenapa Allah tak bagi kita anak... kenapa anak dia sorang ja... kenapa sipolan tu lambat benau nak lekatnya...kenapa ya.. air mani suami dia tak subur ker? atau isteri dia mandul?.kenapa itu kenapa ini.... dan bila anak sipolan tu berderet macam gerabak keretapi... kondem pulak...eeee...ramainya anak dia..  boleh ke bela anak berduyun-duyun dengan gaji ciput? ha...ramai2 tu nanti, berterabur la jawabnya....hah... macam tu pulak dah?

Dah sah sah kalau kapel tu menikah cara SAH... memang la salah satu tujuan depa menikah tu nakkan zuriat... tak payah la sibuk sibuk nak tanya 'eh... sipolan ni tak lekat lagi ke?' , 'eh...depa tu memang  tak nak anak lagi dah ke?' , 'eh...dema tu dok merancang ke?' .... aku kan... semakin hari semakin pantang bila orang tanya bab anak nih... silap haribulan... mau jer bagi penampor laju laju 20 das kat muka orang yang bertanya tu...

Dah bukan rezeki aku untuk dikurniakan dengan anak yang berduyun-duyun... Allah dah bagi sorang tu pun dah cukup syukur rahmat, sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk aku dan Mr.Hubby. So... kalau kita nak tanya orang lain tentang soalan-soalan bodoh seperti diatas, berfikirlah banyak kali dulu sebab soalan-soalan tu mungkin mengguris perasaan mereka yang dah bertahun kahwin, namun belum dikurniakan zuriat. Perasaan mereka yang hanya ada seorang sahaja permata hati, perasaan mereka-mereka yang teringin sangat merasa denyut nadi sikecil dalam rahim mereka...sebab segalanya terletak pada rezeki masing-masing. Terletak pada kuasa Allah segalanya. Siapa kita nak mempersoalkan ketentuan Allah? 
Fikir-fikirkan....

May Allah Bless...







Thursday, September 29, 2011

Senipis Kulit Bawang - Part 4

Prof. Madya. Dr. Caldina,

Jari Hantu tangan belah kanan injured. Dah bengkak, keras, merah dan mula nampak macam nak lebam. Tersepit dengan grill. Sakitnya ya Allah... menggelupur sekejap. Selang tak sampai 3 minit, jari telunjuk tangan kiri pulak terkena pisau dek nak membuka kunci grill yang kedua. Meleleh-leleh darah. But... you know what? I still kan continue my work for 5 minute after that insident. Luka kena pisau dan tersepit grill seolah-olah nothing for me. Agaknya kalau terpotong jari pun still nothing now... Mungkin sebab  I dah pernah rasa sakit yang lagi sakit dari this both incident kot? Sendiri ambil plaster...sendiri cuci luka. I kan indipendent lady. Apa nak heran?

Lampu kat poarch pun I dah panjat & pasang petang tadi. Curtain punya rail pun I dah pasang. Curtain pun dah terletak lawa.... All I do by myself oiiii.... ALONE !!! I'm Wonder woman maaaaaa.... apa nak heran. I also have a veryyyy big crack hearts... hahahahahaha

Sakit sangat my both fingers. Dah berdenyut-denyut dah ni ha. 
Esok I nak gi tengok wayang dulu sebelum balik kampung fetch my mom and kakak. Oya & roomate dia sekali. I kurang selesa memandu malam. Slow-slow la gamaknya malam esok. 

By the way DRC, that 'thing' dah habiskan ke belum? 


May Allah Bless...
For both of us....

Senipis Kulit Bawang - Part 3

Prof. Madya. Dr. Caldina
Today I'm wake up with smile.

I'm happy because I need to be strong for people that I care, that I love. People who always be in my heart. Nobody know who is it. Sebab... hati I... tetap selamanya menjadi milik I. Sampai mati.... Keep it as secret until we die. Sebab as u said, ada yang kita perlu kekalkan sebagai rahsia sehingga kita mati. I've receive a  text message just now.... you... maleh ler teman nak nangis-nangis pepagi hari ni... Nantilah.. kalau hati I dah pulih....

Hmmm... 
Hari ni I nak kena gi hardware. Beli lampu & new rail for my new curtain. Lampu kat poarch keta nak kena pasang lagi satu. Tak cukup terang. Memanjat la I satgi yer....The event on this Monday, I've invite you but on this weekend, you ada lecture kat Jay Bee again. Really hope that your upcoming project for postgraduade di Penang berjalan dengan lancar. Insyaallah. :-)

Kedai kek pun nak kena terjah hari ni.... kek? Cake? hahahahaha... which one? 

Truly,
I really hate one way traffic. 

May Allah Bless....
For all of us.

Wednesday, September 28, 2011

Senipis Kulit Bawang - Part 2

Prof. Madya. Dr. Caldina,

Apa nak heran... you boleh tukar piping bocor dalam umah... so do I...
Apa nak heran... you boleh tukar minyak itam kereta... so do I...
Apa nak heran... you boleh basuh jamban dan bilik air.... so do I...
Apa nak heran... you mop lantai satu istana... so do I...
Apa nak heran... you open main gate & main door @3am... so do I...
Apa nak heran... you pack your own cloth... so do I...
Apa nak heran... you smoke when u stress... so do I...??? hahahahahah...??? tak der nyerrrrr..... gilosss
Apa nak heran... U crying in front of me.... Not my turn yet....
Apa nak heran... you boleh merembat my Hash Brown..I dont like it.... dok asyik melekat kat langit-langit...
Apa nak heran... you always try to explore deep in my heart... I'am iron lady...tak main nangis2
Dan I cukup heran... bila u terbaca 'nukilan' itu di Blackberry (Where's mine? hahahaha)  you terkedu terkaku. 
Ces't L Vie Dr... Ces't La Vie...Tidak dinafikan, memang ada yang allergic dengan benda-benda macam tu....you've to understand that... But I orang kampung Dr... sebati dah dengan semua kerja-kerja diatas, walaupun lipstick Chanel I tenyeh on my lips. Walaupun blusher Christian Dior I tenyeh on my cheek.

Ces't La Vie.... 
You dah pandai cakap france. Good for you. So do I..... Ces't La Vie...

p/s : esok I nak gi Queensbay... Driving again.....


May Allah Bless....





"Lautan kasih masih lagi terbentang luas dan warna pelangi itu masih bersinar  indah pada hati yang sepi...."



Senipis Kulit Bawang - Part 1

Prof. Madya Dr. Caldina...

Hidup ni semakin terlalu sukar. Kadangkala aku merasakan bahawa semangat yang masih bersisa ini cuma tinggal senipis kulit bawang.... Can you just imagine that yang kulit bawang tu tebal mana? Baik bawang putih atau bawang merah, bawang besar ke, lebih kurang sama je nipis dia....ha ha ha.... I rasa kalau orang lain... dah lama dah hanyut entah sampai mana.

Yes... mungkin semalam 4 hours @ Subway Autocity you nampak mental I kuat. Ala-ala wonder woman gitu....Masih mampu untuk tersenyum tatkala consult you itu ini... I memang can lend my shoulder for you to cry on... but I can't. Walhal masa itu, I just control my feeling. I wont cry in front of you. Kalau itu yang terjadi... maknanya semangat I memang dah patah, hancur lumat mungkin. Kenapa manusia payah untuk menghargai? susah sangat ke? I tak minta banyak...tak banyak yang I perlukan... just a concern sebagaimana yang you perlu dalam hidup. Sedikit ruang sepertimana yang you perlukan selama ini. Bertahanlah sahabat... seringlah berdoa agar kita diberikan 'yang terbaik' walaupun untuk seketika, sebelum kita menutup mata.

I have no ones... to talk to... to listen to. No shoulder for me.... Macam omputih kata 'one way traffic'.... Jangan salahkan I bila hati ini sudah semakin beku dan kaku. Jangan salahkan diri ini bilamana satu hari nanti renungan mata I kosong dan suram sebagaimana renungan mata you kini. 5 tahun Dr.. 5 tahun I melihat kesuraman yang sama pada wajah you....  Penat Dr. . I dah terlalu penat dah nak hidup. Semangat I dah semakin luntur. I manusia... ada perasaan. I dah berikan yang terbaik... kenapa I tak mampu untuk dapat yang terbaik? Mungkin kita tak cukup baik.... kenapa tak dibimbing untuk cuba jadi yang terbaik?

Sememangnya menyintai tidak semestinya memiliki... cukuplah sekadar melihat dari jauh insan-insan yang kita cintai itu bahagia....

I akan sambung lagi.. kerana hanya disini I boleh bercerita itu ini walaupun I tahu, risikonya tetap ada....by the way,  You jauh disana. Biarlah ianya kekal begitu, demi kebaikan semua.... 

P/s : One of Senior lecturer UUM call me today.... offer untuk promote Exec. Degree programme... boleh kan? hahahaha.... I know who I'am.... no worries. "There" is still UTM.... Tatau baper UUM nak bayar... masih dalam peringkat perbincangan..... I'll let you know as soon as i got the news.

May Allah Bless... for both of us.
Ces't La Vie...








Dia tetap seperti dulu...

Dari jauh,
Dia berjalan, melangkah dengan senyuman lesu
Hah....wajah pilu itu juga yang dipamerkan padaku....

Dia masih seperti dulu....
Wajah tetap sendu, suram dan bisu seperti selalu.
Bait demi bait, patah demi patah.
Setitik demi setitik. Namun dia cuba sembunyikan satu rasa pilu.

Wahai sahabat yang aku kasihi....yang aku sayangi...yang aku cintai
Luahkan, keluarkan, walaupun ianya amat pahit.
Lantaran aku sendiri merasa pilu
Sepertimana kamu

Jari jemari kaku untuk terus berkata-kata.
Matamu.. terlalu polos tidak berjiwa
Matamu tetap sering berkaca
Matamu masih bernada sendu
Kerana dia kamu jadi begitu.





Monday, September 26, 2011

BILA PUDAR CINTA DIHATI


A story of my friend.

"Awak dah gemuk... Awak dah makin berisi....eee... Badan awak dah berlapis-lapis...." 

Cuba ko bayangkan perasaan my friend ni. Tup-tup laki dia keluarkan statement maut cenggitu. Aik....time nak suruh dilayan on the bed... Tak pulak sI Laki ni nampak segala macam isi yang berlapis-lapis tu.  Tetiba jer semua tu hilang when we talk about sex ek? Dah memang dasar dinamakan 'jantan'. Spesis ni, (mungkin ada la yg Ok...dalam 40% kot...no ones know) memang jenis tak tahu malu. Aku pun terfikir la jugak. Para Isteri ni kalau laki sakit ke...tak larat ke... Setia ja menemani. No matter la laki dia gemuk, pendek, badan sekeping, tempang hatta muka macam longkang sekalipun, si isteri tetap setia wokay... Kalau sebaliknya? Hampeh... Kalau masa kahwin dulu my friend ni bekas ratu cantik, bekas model... Lain la cerita. But si jantan ni kena la suluh muka kat cermin toilet dulu & say...'layak ke aku nak kahwin dengan that type of woman?' Allah dah tetapkan jodoh kita. Terimalah dengan seadanya. Hatta isterimu sebesar almari yang berjalan sekalipun, dia tetap ibu kepada anak-anakmu. Isteri yang melengkapkan hidupmu, wanita yang menerima segala Kekuranganmu. Bersyukurlah sebab ada jugak isteri. 

Ada je lelaki kat luar sana yang hampir sempurna segala segi tapi masih berseorangan. (I know a few man from this type)  Dan laki member aku ni yang hidup pun ala-ala 'tak lebih tak kurang' ni, ada jugak perempuan yang sanggup jadi isteri dia . So? Fikir-fikirlah sebelum nak menyakitkan dan melukakan hati isterimu. Nak komen boleh, but biarlah dengan bahasa yang lembut dan tidak melukakan. Bukan main serbu macam orang tak beradab. Main serbu  macam jantan kaberet (aku amek dari ayat my previous entry...hahaha ). Be rasional. Sebab emosi wanita ni fragile. Sekali terluka, parut tu dia bawak sampai mati. She will forgive, but not forget. So, PLEASE THINK....!!!

May Allah Bless








Friday, September 23, 2011

Khalwat @ bersekedudukan @ 12 years old???

Subhanalllah....  
Apa la nak jadi dengan remaja zaman sekarang nih. Mudah sangat nak menyerahkan sesuatu yang paling berharga pada orang yang tidak layak. Kecik-kecik mak bapak selimut la dengan lampin, pakaikan seluar baju... bila dah besar sikit, (besar sikit je...) dah pandai nak bersekedudukan... dah pandai nak buat kerja haram... dah pandai bab-bab sexual...

Seorang sahabat menceritakan tentang pengalaman beliau 'mencekup' remaja belasan tahun yang ntah buat apa dalam rumah bila time parents bekerja dan tak ada dirumah. Gila.... 2 perempuan dan 4 lelaki.... one of that girl dah macam lunyai dah time sahabat aku tu ketuk pintu umah... punya la pulun dok buat kerja gamaknya.... aku tak nampak dengan mata kepala aku sendiri... so, I can;t judge. But, kalau ikut fikiran logiknya, ikut fikiran manusia... dah lunyai tu... sendiri mau faham la.... both of the girl tu 12 tahun... the boys is 13 tahun.. which is baru akil baligh la usia tu... usia nak menerai itu ini hatta bab-bab sexual, yang of course, yang haram tu memang sedap, memang best... natijahnya? ada depa nak fikir? 

Memang bab-bab sexual ni budak-budak yang baru nak akil baligh dan yang sudah akil baligh perlu diberikan pendedahan yang sebanyak mungkin. Apa kesan dari persetubuhan haram, apa akibat baik dan buruk pergaulan bebas antara remaja. Parents/teachers perlu explain tentang hubungan sexual, bila sepatutnya dan kenapa perlunya hubungan sexual HANYA boleh dilakukan selepas nikah. Apa implikasinya dari pandangan agama, bangsa dan masyarakat.  Sekali buat silap bab persetubuhan haram ni, of course kesan dia akan remaja itu tanggung sepanjang hayat.

Kesedaran hubungan terlarang ni perlu ditanam di peringkat awal. Bukan sewaktu usia belasan tahun. Memang kebanyakkan dari kita akan ambil ringan bab-bab ini lantaran susur galur adat serta kelompok masyarakat yang masih terkongkong. Kalau cerita bab sex jer... haaaa... mulalah mak bapak jengil-jengil mato... silap haribulan rotan naik atas belakang.... but, wake up... zaman dah berubah. Dan kita perlu mengikut perubahan zaman itu dengan sewajarnya tanpa mengenepikan agama dan adat. 

Salah siapa bila anak-anak ini terjerumus pada permasaalahan sebegini rupa? Bukan hendak menunding jari.... semua pihak ada bahagian, ada sahamnya... mak ayah, cikgu, masyarakat sekeliling.... Perhatikan, adakah wujudnya ruang peluang yang terbuka untuk budak-budak hingusan ini membuat onar. Sebab apa mereka berani bertindak sedemikian?

Fikir-fikirkan....

May Allah Bless....




Tuesday, September 20, 2011

Aku Terasa

Yeap... memang aku terasa... terasa sangat-sangat 
(Entry ni tak ada kena mengena langsung dengan Mr.Hubby - Dont get me wrong wokay)

Kadang kala kita lupa. Setiap sesuatu yang berlaku itu bersebab. Bukan saja-saja. Kita hidup selaku manusia ni perlu melengkapkan diantara satu sama lain. Yang lebih melengkapkan yang kurang, yang cerdik melengkapkan yang tiada kepandaian, yang kaya melengkapkan yang miskin.... banyak lagi yang boleh melengkapkan diantara manusia.

Aku terasa.. memang aku terasa malam ni. Pedih sangat-sangat....Tapi demi satu silaturahim, demi satu ukhwah,  adakalanya aku perlu mendiamkan sahaja apa yang aku terasa. Demi satu persahabatan aku terpaksa pendamkan. Aku menjadi pendengar yang setia. Tapi sampai bila. Sebelum bercakap aku akan berfikir... adakah kata-kata aku itu akan mencoretkan luka pada sahabat aku.... tapi... bukan darinya yang seringkali  berkata-kata ikut sedap telinganya sahaja. Biarlah... semoga persahabatan dan ukhwah ini sentiasa dilindungi, biarpun aku sudah seringkali terasa hati....

Memang dia sempurna... tetapi itu tidak bermakna dia perlu memandang hina pada yang tidak sesempurna dirinya.....

May Allah Bless....

Keikhlasan Seorang Hamba

Pelik tapi benar....
Mungkin inilah sikap dan sifat manusia akhir zaman. Aku bercakap bukan menandakan aku arif, warak mahupun pakar bab-bab ni....walhal aku sendiri banyakkkkk sangat kekurangan yang masih perlu untuk aku perbaiki...
Aku bercakap dari pemerhatian serta pemikiran aku selaku hambaNYA yang kerdil lagi lemah. You may skip this entry if u want to... I tak paksa pun you baca.... :-)

Untuk apa dicanangkan satu dunia bila kita bersedekah jariah? Perlu ke nak war war kan seanterio bumi akan amal jariah yang kita dah keluarkan? Perlu ke nak inform satu bumi berapa juta rupiah duit ringgit yang dah kita laburkan di tabung-tabung masjid dan surau? Perlu ke kita heboh satu Malaya hari ni 7-8 juzuk Al-Quran yang dah kita baca? Perlu ke kita guna pembesar suara memaklumkan kepada satu negeri yang hari ni berapa jenis solat-solat sunat yang dah kita buat? Perlu ke heboh satu Asia berapa mulut anak yatim yang dah kita bagi makan? Perlu ke semua tu jika ianya amalan dari seorang hamba kepada penciptanya?

Buat amal ibadat , sedekah jariah apa pun kena ikhlas kerana ALLAH SWT. Bukan untuk dicanang-canang mahupun bukan untuk membangga diri. Bukan juga untuk bersifat menunjuk yang kita mampu nak buat itu dan ini... walhal kalau tangan kanan memberi sedekah... tangan kiri tak perlu tahu sama sekali. Disinilah KEIKHLASAN kita akan terserlah. Bukan payah untuk menjadi hamba yang benar-benar soleh....dan bukan susah pun untuk tergelincir dan menjadi yang sebaliknya... Semuanya bergantung kepada niat dan keikhlasan kita selaku hamba.

Ikhlaskan anda?

May Allah Bless


Wednesday, August 03, 2011

AN ADVICE FROM ONCE A BROKEN HEART - Part 1


You met this person.
You are so drawn to this person.
You have become so emotionally attached to him or her.

Your heart is showing you all the signs that you have falling in love.
You simply can’t imagine yourself being with anyone else other than him or her.
You feel special whenever they vent out their feelings to you.
You finally admitted to yourself.
This is not just a crush, you really are in love.

*lol, you’re such an easy victim aren’t ya?*


But sadly, you’re just another fling to him or her….
You’re just one of his or her crush.
You’re just another person that he or she felt comfortable to be with.
You’re just another good listener who could stand listening to all of their problems.
You’re just another person that he or she attracted to, physically.
You’re just another person in his or her phonebook that will keep them occupied during their free time.

But that was just it…
You’re just another person.
You’re not that special.
You’re just an OPTION

Kredit to : Liliyana Mardiana... a good Lawyer To Be. :-)


Tuesday, May 17, 2011

Benarkah Mak Ayah boleh dibeli?

Kepada yang membaca entry ni, fikir-fikirkan dan renung, kaji serta ambil sebagai satu pendapat supaya ianya tidak terus kekal dari generasi ke generasi.... Think...!!! Aku menulis berdasarkan pemerhatian dan pemikiran aku sendiri. Lihat, Kaji & Fikir... You'll find the answer.


BENARKAH MAK AYAH BOLEH DIBELI...??
Dulu memang mustahil... but sekarang... tak ada yang mustahil lagi dah....
You ada duit... Mak Bapak pun you boleh beli. That is true. Maksud aku... you boleh beli jiwa mak bapak you dengan duit. Bukan pegi beli kat Jusco ataupun Tesco.... Gila ke hapa....

Tak percaya? hahahaha... tengok sekeliling dan kaji. Anak mana yang bagi lebih banyak RM.... anak mana yang senang lenang...Anak mana yang naik keta mewah kehulu kehilir... Haaa.... anak itulah yang akan diberikan perhatian yang lebih.... eventho apa yg anak itu kata tak berapa nak betul pun, mak bapak yang jiwanya dah dibeli tadi akan angguk angguk jer... no geleng geleng.... sebab apa no geleng-geleng? sebab mak ayah tadi dah dicurahkan dengan duit ringgit....So.. condition ni tak sama ke macam 'Mak Bapak Yang Boleh Dibeli'??

Pada anak yang tak berapa nak 'lepas bernafas' pulak.... mak bapak yang jiwa serta maruahnya boleh dijual beli ini tadi akan buat endah tak endah... just gitu-gitu je. Maklumlah, naik keta buruk (tunggu masa nak di let go kat keling botol jer...), kerja gitu-gitu ja... makan pakai ala kadar....mak bapak tadi pun layanlah ala kadar ja... sebab, nak ovious layan gitu-gitu sgt pun, segan kot org keliling yang memandang dan dah jadi resam... dalam dunia ni mak bapak manalah yang tak sayang kat anak kan... (tolak kes yg dok buang2 bayi tu wokay... itu lain cerita...) Just manis mulut sebab tak nak lah orang keliling nampak sangat yang they'll ignore this kind of kids. Tak percaya? Tengok sekeliling anda... kawan-kawan, saudara mara, sepupu sepapat.... ada terjadi benda-benda ni. Sebab apa... ni zaman DUIT... maruah manusia dah boleh dijual beli dengan DUIT. tak percaya? ko tajamkan sedikit je deria penglihatan, kaji sikit dan FIKIR...!!

Please, please. please & please... dont ever we do the sama thing to our kids. Jadilah orang yang cerdik walaupun anda tidaklah sepandai mana.... sebab... anak itu adalah AMANAH.... Bukan untuk dibeza-bezakan. Bukan juga untuk dibuat perbandingan...

Kita boleh tahu ke, anak yang kaya raya tu akan hadiahkan Al-Fatihah kat kita bila kita dah tak ada lagi nanti? Ataupun Anak yang papa kedana tu jugak ke yang sanggup berulang-alik membersihkan kubur kita dan menghadiahkan surah Yasin untuk kita nanti?? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Macamana anak nak menghormati diri anda sekiranya anda sendiri tidak pernah menghormati dirinya sebagai seorang anak??? Bagaimana anak akan bertutur sebaik mungkin terhadap anda sekiranya anda sendiri sering menghamburkan kata-kata kesat serta nista kepada anak anda? 

May Allah Show You The Way... Insyaallah....



Friday, April 15, 2011

Kahwin Satu Lagi...???

HONESTLY, AKU COPY PASTE ENTRY NI DARI SEORANG SAHABAT... iina.blogspot.com
Sama-samalah kita jadikan renungan...
Friday, 28 March 2008
Hari ini aku dapat email yang diforwardkan oleh group x-ftsm menarik email ini.. mengenai kisah seorang suami yang ingin nikah seorang lagi.. bagus nie baca untuk pengajaran :)

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"


Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?



Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja.



Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.



"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.



" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.



Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.



" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.



Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.



"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya.



Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.



"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.



"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.



"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"



"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.



"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"



Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistinalah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.



Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.



Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.



Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.



Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Pagi ini, Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tiba-tiba..



Tit tit... sms menjengah masuk ke inbox hensetnya yang diletakkan di atas meja.



"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,



"Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.



Kepada:



Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...



Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,



Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.



Abg yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.



1. Dengan ukuran badan ala-ala model,dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...



2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak Abg. Aliyah sayangkan Abg...



3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,nanti dia akan menjadi ibu pada zuriatAbg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...



Abg yang disayangi,



Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.



Abg yang dicintai,



Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.



Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...Aliyah sayangkan Abg.



Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. dari air tangan Aliyah.



Salam sayang,



Aliyah Najihah binti Mohd Hazery



Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!



Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!



************MORAL OF THE STORY :



Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...