Tuesday, November 02, 2010

Jual Bayi

HOH.... 

Nyawa manusia bukanlah untuk diperdagangkan.... Apatah lagi nyawa bayi yang baru sahaja menjenguk dunia. 

Pantaulah segala apa jua perkara yang menimbulkan keraguan walaupun ianya perkara yang remeh temeh. Tidak perlulah menunding jari. Sebaliknya bersama-sama berganding bahu membenteras segala perkara yang pincang demi kebaikan semua pihak. 

Kita kongsikan artikel dibawah untuk peringatan semua pihak.


2010/11/02

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menjalankan siasatan dalaman sekiranya wujud salah laku di kalangan petugas berikutan laporan yang mendakwa kakitangan JPN disyaki bersubahat menjual bayi. 


"Sekiranya didapati ada unsur-unsur salah laku dan penyelewengan, jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan berdasarkan perundangan sedia ada," kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Zulkifli Rahmat, dalam satu kenyataan di sini.



Berita Harian hari ini melaporkan terdapat kakitangan JPN disyaki bersubahat dengan sindiket penjualan bayi bagi memudahkan urusan pendaftaran bayi dan pengeluaran sijil kelahiran asli tanpa prosedur yang ketat.


Laporan itu mendakwa selepas transaksi jual beli, pembeli dibawa oleh anggota sindiket atau kakitangan hospital ke Pejabat JPN, manakala "kaki" mereka di kalangan kakitangan jabatan sudah sedia menunggu untuk mendaftar dan pengeluaran sijil kelahiran lengkap dengan nama bayi menggunakan bin atau binti bagi pasangan Islam dan bapa serta ibu bagi yang bukan Islam. 

Berhubung dakwaan pembabitan petugas JPN dalam kes itu, Zulkifli menjelaskan bahawa sistem pendaftaran kelahiran di JPN adalah dikawal dan kelulusan setiap permohonan tidak dilakukan oleh petugas kaunter secara berseorangan. 

"Bagi tujuan kawalan dan keselamatan, JPN juga mempraktikkan sistem kelulusan berperingkat di mana setiap permohonan pendaftaran kelahiran perlu disemak oleh penyelia sebelum diluluskan dan dikeluarkan sijil," katanya. - BERNAMA 

Sumber Rujukan : Berita Harian Online.

Tarikh Melihat Anak Bulan Aidiladha

Raya Haji dah nak tiba. Sekarang ni sekejap je hari berganti hari, bulan berganti bulan...dan kita dah pun nak masuk ke tahun 2011. Dalam lebih kurang 2 minggu lagi kita nak sambut hari raya aidiladha pulak. Bagi yang mampu untuk membuat 'korban' tu, sudah pastinya tidak ketinggalan untuk merebut peluang. Inilah salah satu masa dan peluang untuk bersama-sama kita mengeratkan ukhwah... insyaallah...semoga kita semua diberkati...amin... 


Tarikh lihat anak bulan aidiladha petang 6 November

2010/10/30


KUALA LUMPUR: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 November ini, bersamaan 29 Zulkaedah.

Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.


Sementara itu, 30 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah, ialah:
1. Pontian Kecil, Johor.
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.
5. Pulau Angsa, daerah Kuala Selangor, Selangor.
6. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor. 7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, selangor Darul Ehsan
8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak.
9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.
11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.
12. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.
13. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.
14. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu.
15. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
16. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.
17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.
18. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.
19. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan.
20. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak.
21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.
22. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.
23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.
24. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.
25. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.
26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.
27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.
30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. 

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga. - BERNAMA 

Sumber : Berita Harian Online

Petrosains - DinoTrek @ Jaya Jusco Seberang Perai City

DinoTrek @ Jaya Jusco??? Ai... biar benar...

Benar tak benar pun, memang dah ada Dino Trek kat Penang... Ko jangan tak percaya. Tapi belum bukak lagi. Coming soon on November 2010. Ni dah 1st November.... bila bukaknya aku tak sure la. But they said on the board is on November 2010.... kalau on 30hb pun still November jugak kan kan kan???






But sekali imbas aku nengok rega tiket dia idok ler semahal kat KLCC nun.... less than RM10. ok la tu....daripada ko nak mencerapak ke KLCC...ngan parking lagi...ngan LRT lagi... baik orang-orang belah utara pegi yang ada kat Jaya Jusco tu udah ler.... jimat duit, jimat tenaga....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...