Showing posts with label Cinema. Show all posts
Showing posts with label Cinema. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

The Walking Dead


Patutlah ASTRO promo cita ni merata-rata. Memang besh ghupanya. Citer zombie. Aku pun tengok secara tak sengaja last week. Siri terkini episod 2 musim ke 2 aku tak sempat tengok malam tadi sebab Mr.Hubby conquer tv tengok Dragon Balls. Hadoiiii... So, kena tunggu tayangan ulangan after lunch nanti. Berdebar-debar  yunk sebab tengok cita zombie sorang-sorang. kalau kat cinema feel dia lain.... kat umah sengsorang feel dia lain....



CSI aku dah stop follow dah. Makin mengarut-ngarut jalan cerita dia. Dan dah terlalu lama rasanya SCI's on the AXN. Asyik muka yang sama jer... nak la jugak tangok muka hero lain kat CSI tu.

Zombie Kampung Pisang? ke Wlking Dead? :-)




Wednesday, September 14, 2011

Frozen

Ha... Frozen...

Cita ni aku cakap ko.... berbulan-bulan aku mencari DVD nyer. Gila ko...penang tak masuk cita ni. Takkanlah aku nak mencerapak gi KLCC semata-mata nak tengok cita nih. Aku tengok trailer dia best gilerrrrr....

Dah memang pun aku minat ngan genre cita-cita suspen cenggini.
Ha..... puas mencari disana sini. last-last member office aku ajar aku cara-cara nak donlod....
jeng jeng jeng....dah jadik sawan mendonlod la pulak. - ni early last year punya cerita derrrr....

Pastu pulak last month dah kuar kat HBO weih... best best best.... Ko check ler sendiri timetable HBO for this movie.... takkanlah aku nak kena semak satu-satu timetable HBO then publish kat sini ye dak?

Happy HBO @ Home Box Office... - siap leh promote ASTRO ko..... hahahahah

Thursday, May 19, 2011

NUR KASIH THE MOVIE....

Hhuhuhuhhuuhuh... sedey...sedey...sedey bangat citernyer..... huhuhuhuhuu

Tapi kan... aku tak la sampai tangkap leleh lagi.... aku kan tabah emosinyer....
Kome tengok ler sendiri yer... tak der kuasa teman nak cerita2... sob...sob...sob....
(sedey tak abeh lagi daaaaaa)

Thanks a lot to baby yang sponsor ticket Nur Kasih The Movie....



P/S : Baby... citer KARAK next week... sponsor eh...???? muahahahah....

May Allah Bless....

Thursday, April 21, 2011

Mari Berfoyer-foyer....

Yehaaaaa... time untuk berfoya-foya...!!!
Hari ni cita baru kuor.... dah tu... buat-buat tak faham...????  hari ni adalah hari untuk aku merayap lol.....

MOVIE MARATON...!!!

Monday, March 14, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

MENDUKACITAKAN...!!!!

Yes... for me, Hikayat Merong Mahawangsa is teribble..!!! amat amat mendukacitakan.... Filem yang terlampau banyak la sangat CGI sehingga jadi tak logik.. tak masuk di akal dan for the first time for me as 'HANTU WAYANG'.... aku terlena about 5 minute time tengok cerita ni. Hah..... punya la teruk... banyak sangat CGI sampai dah jadi macam kisah video game. Promo punyalah hebat... tapi, cerita? hampes ...!!! Time orang2 Rome bersembang, pandai pulak script dalam bahasa omputih.... time puteri cina pun hentam omputih... pehal??? cakap la cina... zaman tu puteri cina tahu ke bahasa omputih??? adoiiii..... 

Baik cerita hantu kak limah, modal ciput, cerita sempoi dan berbaloi-baloi. orang pun puas hati nengoknya... betullah,....less is more.

And for the next day, aku tengok Unknown.... about this movie@TGV aku akan citer kemudian....
Ada jugak pekdahnya dari cita HMM yang kroiiittt.... cet.... rugi duit tiket aku... agaknya KRU Movies pun aku nak kena pangkah cam cita Senario gamaknya..... 

Pendapat aku.... tak yah la bazir nak invest cash kat HMM.... promo sakan but citer...it's TOOO BADDDD





Friday, February 18, 2011

Sanctum 2011


Yes... movie again...
Aku stress & itu menjadikan aku perlu something untuk release the stress. Semalam aku merayap ke GSC again. Alone again. Nobody besides me. Sanctum Movie. Cukup best & 10/10 markah for this kinda movie. Tak rigu tiket yang ko beli memandangkan ceritanya 1jam45minit. Tanpa jemu, tanpa boring & tanpa rasa terganggu dengan jalan cerita yang cukup kemas & menarik. Pergolakan ayah dan anak serta view yang cukup.... fuhhhh...!!!! how to tell you??

Aku pun tak tahu kenapa bila stress mesti kena tengok wayang... maybe dah sebab minat kot?

Wednesday, February 16, 2011

SINI ADA HANTU

Latest movies yang aku tenbgok on last Saturday. Cita bengong but very the very entertaining. Sesuai kalau nak released tension with this kinda movie.

Pengolahan yang agak longgar.... tapi mampu untuk memaparkan semangat Satu Malaysia dalam movie ni.

Hantu yang perlbagai, tak seram sangat.... tak macam Kurafat yang seram tahap membunuh.

As usual...aku mencanak sengsorang ke GSC. Bosan dowh... my baby kerja on last Saturday.

Enjoy the movie.....

May Allah Bless








Sunday, January 23, 2011

KURAFAT



THUMBS UP FOR THIS MOVIE.....
Dah 2nd time aku buat review about this movie... memang berbaloi la weih...kalau nak tengok 2 kali pun no hal punya....

Congrats for Syamsul Yusof & Crew...

Saturday, January 15, 2011

Kurafat & Faster

Iya.... Movie Marathon again...

Yeap. Aku mencanak pegi sengsorang ke Sunway Carnival hari Khamis aritu. Sambil menyelam minum air bergelen-gelen. That wonderful day is my day. Hadiah untuk diri sendiri. melayan hati, menjamu mata dan menenagkan minda sambil mencari ilham....
Hahahaha.... Aku bawak keta punyalah sentimental sambil layan lagu jiwang Nike Ardilla. Hok aloh.... jiwang karat lol semalam.... Traffic sepanjang perjalanan aku pun a bit sentimental...jalan lengang. maybe sebab orang opis tak kuar lagi gamaknya.

1st Movie is 'Kurafat'

Thumbs up for this movie. Ada message yang jelas dan terang. Sharp. Improvement yang baik dari Shamsul Yusof. Ada gaya serta cara penyampaian yang tesendiri walaupun acapkali aku tengok disebalik pashmina aku dek gedebak gedebuk hantu yang keluar...alahai.... pedulik apa orang nak kata... dah la in cinema orang tak berapa nak ramai.... selang lima kerusi baru ada orang...woiii tengok cita antu sorang-sorang...sapa tak seram?? Kalau ko pun aku rasa ko akan tengok disebalik celahan jari yang menutup muka...!!! Congrats Shamsul... jangan buat filem stereotype macam yang dah berlambak2 kat wayang lately...


2nd Movie is 'Faster'
Fuh.... best giler cita ni wei.... tembak sana tembak sini....drift lagi... racing lagi...fuiyooo....silap aku tak bawak baby tengok sama this movie. This kind a movie is my hubby type. Cita melayu sorry yer,,,,baby tak layan...
The Rock si heronyer... mak aiiii.... But dia kureng sesuai la watak ganas... tak nampak sweet... Overall...cita dia memang best...

tak la macam cita 'Senario-The beach Boy' yang aku tengok tahun lepas....%#@*&&^^%...rasa macam nak je hempuk tiket tu kat toilet... memang hampas giler... from that point, memang aku dengan geng opis dah berikrar...tak kuasa dah nak layan Senario punya movie. Buang duit buang masa....

Wednesday, December 08, 2010

The Next Three Days

TOUCHING !!!

Setelah berminggu-minggu aku langsung tak berkesempatan nak menjenguk GSC... last week aku cilok sat kesana. Tengok 'The Next Three Days.

Memang berbaloi-baloi weh...2 jam lebih movie dia. Kisah keluarga yang cukup menyentuh perasaan. Sayangnya si suami pada isteri tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...

You should watch this movie.... sikit jer lagi nak tangkap leleh beb.....

Saturday, November 27, 2010

2 Alam

Aku dah tengok movie ni minggu lepas lagi. 

Good movie. Banyak yang dapat kita renungkan dari penyampaian serta olahan cerita yang berkaitan dengan hidup dan kematian. Tapi ianya untuk tontotan 18 tahun keatas sahaja memandangkan banyak terdapatnya adegan-adegan ranjang yang tidak keterlaluan. 

Olahan yang kurang kemas namun tidak mencacatkan jalan cerita. Penyampaian yang berkesan cuma ada beberapa adegan yang pada aku perlu disampaikan dengan lebih teliti dan perlu lebih fokus kepada objek dan watak utama.

Kesimpulannya, hidup ini terlalu singkat. Sekelip mata sahaja mungkin kita sudah tidak bernyawa. Kemewahan itu tidak pernah menjanjikan bahagia. Seandainya kemewahan itu mampu untuk membahagiakanmu, bersyukurlah. Kita perlu sentiasa merenung jauh kedalam diri. siapa kita dan dimana kita berpijak.

Friday, November 19, 2010

Titanic 2010

Disuatu malam di Rain City Castle....

"ala...mu donlod cite apa gemok..?" Soal angah gumuk padaku
"Cita antuuu..." Mengerekot muka angah...hok aloh...dia kan penakut sket...
"Donlod la cita Titanic..."

Udah banyak kali gak dia suruh aku donlod cita Titanic 1997 tu. Tapi dek kerana aku lebih berkenan kat cita-cita yang bercorak serammmm...aku abaikan seketika permintaan angah gumuk....waakakakaka... & minggu lepas baru aku donlod cita tu...tak tahu la camna ghupanya...hahahah

Aku donlod pun cita-cita lama yang dah tak main kat panggung dah...tengok la cita apa pulak... kalau best recomended...aku donlod...kalau idok...tak kuasa teman...

well...well well.... Bukan niat nak menghancurkan industri perfileman negara...aku donlod pong cita-cita omputih yorrr.... cita-cita luar negera... aku bab-bab cita melayu ni agak kureng sikit nak nengok... depends pada pengarah jugak la... sebab ada hari tu aku ngan geng opis pegi la tengok wayang satu cita ni...aduhai.....rasa mcm nak hempuk2 tiket tu ke muka pengarah... cita bodo.... pasal 'beach boy'... aduhaiii....siap ada scene lari setempat gituuuu

Sedih betul tengok cita tu...macam tu punya ngok ngek punya cita pun depa boleh buat filem??? aterrr.... macam mana industri perfileman negara nak berkembang ke negara-negara luar kalau otak pengarah pun dah ala-ala kembang semangkuk buat cerita...??? sendiri pikiaq okey....

Sunday, October 24, 2010

Movie - The Orphan

Berkisar tentang satu keluarga bahagia yang mengambil seorang anak yatim untuk dibuat kawan kepada anak kecil mereka yang 'istimewa', tidak boleh bercakap dan tidak boleh mendengar.


Misteri asal-usul anak yatim (Esther) semakin menjadi tanda-tanya apabila banyak berlakunya kejadian aneh dan pembunuh berkaitan dengannya. Esther sering menggoda ayah angkatnya dan seringkali menimbulkan masalah disekolah.

Tanpa disangka-sangka rupanya Esther adalah seorang wanita dewasa yang lari dari rumah sakit mental, dan menyamar sebagai anak yatim.

Moral of the story is :-

1) Berhati-hatilah sebelum menerima seorang yang asing didalam keluarga kita.
2) Berhati-hatilah sebelum menerima seseorang sebagai kawan walaupun kita tengok dari luaranya baik dan boleh dipercayai.
3) Life History checking is very important..!!! for any relationship....No matter whom..!!!


Thursday, October 21, 2010

The Canyon

Good Movie....
Aku menonton film ni on 19/10/2010 @ 10.34pm... itupun aku amik dari notebook angah, transfer dalam external hard disc aku.
Interesting movie. Berkisar pada sepasang suami isteri yang berbulan madu di 'Canyon'. Disitu keakraban, pengorbanan si isteri terpamer dengan begitu nyata tatkala suaminya mengalamai kecederaan sewaktu mereka mencari jalan keluar dari canyon.



Movie tahun 2009 ni banyak adegan suspen dan romantik yang membuatkan jalan ceritanya lebih menarik. Si isteri terpaksa memotong kaki suami yang buruk akibat tidak mendapat rawatan perubatan setelah jatuh dari cenuram di Canyon. Dan terpaksa membunuh suami yang sudah terlalu nazak untuk meneruskan perjalanan. Dan tak sampai lima minit selepas membunuh suaminya, helicopter bantuan pun tiba.



Moral Of The Story is :-

1) Perlu berfikir panjang sebelum mengambil sebarang keputusan dalam  apa jua situasi.
2) Nyawa adalah hak ALLAH dan hanya dia yang berhak untuk menghidup dan mematikan.
3) Selidik dahulu tempat yang anda akan tuju / bercuti. Kaji tentang faktor keselamatan, bantuan yang ada jika berlakunya kecemasan.

To Be Continue on the NEXT Movie....

Wednesday, October 20, 2010

Buried 18th October, 2010

Wayang Time...!!!

Again aku sengsorang menerjah Golden Screen Cinemas. My pren dah kena kidnap dengan boipren dia...
Standard la orang tengah berchentaaaa....

Aku tengok cita 'Buried'...
Cita pasal pemandu trak yang dikidnap oleh pengganas. Yang aku agak tak happy....setiap kali cita pasal pengganas...sure orang islam...orang Iraq...Orang Iran....mesti tunjuk orang yang pakai serban & kopiah...

Siapa yang pengganas yang sebenarnya ni...?? Siapa yang suka campur urusan negara orang lain selama ni..??


Back to the movie...
Ko percaya tak yang selama 100 minit ++ cita ni view dia hanya semata-mata dalam coffin? Aduh....rugi rasanya beli tiket RM8.00 hengget... 






Cuma yang ok sikit tu adalah semangat nak hidup watak utama cita ni...kental beb.... but aku macam 'lemas' dan 'tak cukup nafas' bila nengok cita ni... dah...view dia semedang dalam coffin jer..... memang the one and only pelakon dia... a bit boring pada sapa-sapa yang sukakan cita adventures, perang-perang...

Huik.....'EAT PRAY LOVE' orang kata okeh.....aku tak dak masa lagi nak gi tgk.....nantilah...
Chow dolu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...