Showing posts with label Marriage Life. Show all posts
Showing posts with label Marriage Life. Show all posts

Monday, April 04, 2011

Patut Ke Macam Tu...???

Seminggu dua ni rasa macam aku akan publish bab-bab yang a bit suam-suam kuku...not so hot not so cool... but based on my true knowledge & experience. 

Bercakap tentang tanggungjawab dan independent...
(This idea come bila aku tengok Dr. Fadilah kamsah punya show last week...)
I know a few people.... All of them are married & ada la jugak a few of them is from my very close friend/person. No matter who. But, ko amik je la this story as panduan dan pengajaran wokay...kan ke sharing is caring.... kui kui kui.

Ada segelintir suami-suami yang suka la sangat bersikap 'lepas tangan' bila dapat isteri yang ala-ala superwoman. Dari sekecik-kecik kuman perkara sampailah sebesar-besar dunia punya matter, isteri superwoman ni lah yang kena uruskan. Tak percaya? hahahahah... aku dah jumpa a lots of this kind of husband. Adakah sebab dunia dah nak terbalik or memang trend dunia akhir zaman macam tu? Eiiii.... layak ke golongan ni dipanggil husband?? Mementang la isteri ko tu iron lady, boleh buat itu ini...ko lepas tangan je eh... tu tak kira bab-bab nafkah lagi. Weh... isteri ko tu manusia... ada hati ada perasaan... consider la sikit... 

Bab-bab nafkah ni... (nafkah batin toksah cakap la...bab ni semua lulus....gred A++ lagi...siap dapat 3.9 CGPA gituuuu) 

si suami tadi tu kalo isteri dia gaji riban-riban jutan-jutan.... humak aiiii...siap goyang kaki goyang gerudi macam inul lagi ko yek...tak rasa malu ke makan duit bini??? Tak rasa 'pelik' ke bila isteri yang keluarkan duit untuk itu ini... kimak toiii.... chit porrahhhh.... kasi makan taik la ini worang.... 
Lain la kalau si suami ni sakit ke...lumpuh ke...nazak ke.... itu lain cerita. Ni sihat segar bugar siap rajin dok melawa gitu....apa kes??? Lain hal la kalau isteri tu memang jenis 'tak apalah abang...abang rest je...suma keja saya akan buat...cari rezeki, basuh keta, bayar bills...kemas rumah...masak....' 

Aku ada kawan yang dah divorce dah pun....divorce pun sebab nafkah. Dia lemas sebab husband dok asyik la makan duit dia... dia tak nak la husband dia ni dok  berdosa sebab makan hasil isteri tanpa relanya. So...the solution is divorce and yang jadi mangsa anak-anak. Salah siapa dan siapa nak jawab? Memang la orang senang je akan cakap...'dah tak ada jodoh...' OR 'dah takdir macam tu, nak buat macam mana...' But kita ada akal fikiran kan? Nak-nak pulak si suami yang ada 9 akal 1 nafsu...napa tak nak guna yang 9 tu untuk berfikir??

So...para isteri-isteri... ingat-ingatlah... jangan tunjuk sangat capability serta kebolehan serta sikap kepimpinan yang ada dalam diri tu.. bukan apa... kalau boleh tak nak la golongan suami-suami hampesss ni tambah berdosa kan sebab failed sebagai suami dek kerana terlalu dok bergantung pada isteri-isteri superwoman ini .. simpan je semua aksi-aksi superwoman tu sebab isteri adalah untuk DILINDUNGI...dan bukan MELINDUNGI....

Hukum is Hukum. No matter who you are, whats the level ur position, Tanggungjawab tetap tanggungjawab no matter who,what, when, where.

May Allah Bless.




Saturday, November 20, 2010

Suami Kita Adakah Milik Kita...?? [Part 1]

Buat tatapan para isteri diluar sana....

Sungguhpun suami kita tu milik kita, hak kita, harta peribadi kita... jangan sesekali kita lupa yang suami kita tu juga manusia biasa. Lagi kuat kita 'mengikat'....lagi kuat mereka akan meronta-ronta untuk melepaskan diri. Yang terbaik yang harus kita lakukan adalah 'memegang' mereka macam kita memegang tali layang-layang. Kita lepas sikit-sikit, then kita tarik balik pelan-pelan.

Jangan sesekali direntap sebab tali layang-layang tu akan putus dan kita akan kehilangan. Manusia ni kalau lagi kita kongkong, lagi la mereka dengan sedaya upaya akan  cuba untuk melarikan diri dari kita. Itukah yang korang mahu?

Lets say husband kita ni ada spare part kat luar...
Ok...ko kena cool...jangan sesekali loncat. Baik buruk si suami ko dah tahu. So... be professional beb... Tak guna ko terus makan hati dengan segala kecurangan yang suami ko dah buat. Tengok pulak dengan perempuan yang macam mana dia dok mengayat tu. Kalau la jenis perempuan tu a very the very low class..... apa ko nak heran? ko tak rugi apa pun... suami ko yang punya... dan cuba ko tanya suami ko.... sakit demam dia siapa yang jaga... susah senang duit ringgit sapa yang sama-sama tanggung.... then...he should know siapa yang dia patut berikan sepenuh perhatian. Bukan a very very the low class punya perempuan.

As long as they all belum buat perkara-perkara yang dilarang agama.... u still need to be patient. Berdoa agar perkahwinan kalian dilindungi. Kalau dah terlajak segala serbi... aii... ko tak gheti2 nak angkat kaki??

btw.... kalau dia bertemu dengan perempuan yang high high class... mungkin ko perlu muhasabah diri ko... mungkin dia sudah berjumpa dengan seseorang yang mungkin juga terbaik baginya... lepaskanlah dia.. tak guna ko menahan sedangkan dalam hati cintanya sudah mati. 

Memang ko Sayang... tapi sayang tak semestinya bersama...

Sunday, October 31, 2010

Pesanan Buat Suami - Part 2 (11 - 23)

Sambungan info 'Pesanan Buat Suami' buat teman-teman yang meziarahi blog SalTesoro...


PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah



11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Saturday, October 30, 2010

Pesanan Buat Suami - Part 1 ( 1 - 10 )



PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah




Bersamalah jadikan info dibawah sebagai panduan untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri. Jadilah Seorang suami yang unggul dan berjaya... Insyaallah....


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

Wednesday, October 20, 2010

Panduan Memilih Isteri

"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." - Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a
Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?
Gadis itu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah.
Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita.
Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar 'sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'.
Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita.
Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno.
Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda.
Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita.
Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis.
Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian.
Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.
"Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim." (Hadis riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.)
Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis.
Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda.
Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa.
Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.
Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:
Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:
'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. 
Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis.
Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri.
Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.
Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.
Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi.
Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti.
Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua.
Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda.
Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.
Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak.
Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki.
lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah.
Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas.
Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam.
Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu.
Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.
Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama.
Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu.
Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'.
Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!
Sumber Rujukan : HD, 17 OKT 2010 22:50 | MOHD SUKRI OTHMAN | EDITOR: DORAEMONG13

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...