Showing posts with label Woman Stuff. Show all posts
Showing posts with label Woman Stuff. Show all posts

Wednesday, November 24, 2010

Novel Chenta - Part 1

Koleksi peribadi yang bukan dengan semua orang aku akan berkongsi...
Aku start kumpul novel time aku form 2 rasanya. Arwah abah mula-mula belikan aku Novel Creative... Sebelum tu aku rajin dok baca novel Nancy Drew dan siri penyasatan Anak-Anak Hadi.

Banyak jugak yang dah hilang. Ada kengkawan yang pinjam pastu terus buat macam harta sendiri. Sebab tu aku serik nak bagi pinjam dah kat orang2 sembarangan. Aku rasa dalam 20 buah ada kot hilang dari simpanan aku. Even adik-adik aku nak pinjam pun aku tengok dulu...inikan orang luar... hehehehe...tak dapat chekkkk.... sebab tu my collection ni berada dalam master bedroom... because it's my PERSONAL PROPERTY.

Tapi dah namanya adik beradik kan... aku bagi jugak pinjam atas nama perkongsian. But i'll always monitor la... kat mana lokasi terkini buku-buku aku.... mana tahu dok landing baik punya kat bawah katil ke...kat bawah meja makan ker...kat bawah sofa ke.... hahahaha.... But I always remind them... 'Buku along jangan keluar dari rumah mak...' meaning that... adik-adik aku tak boleh dengan sesuka hati meminjamkan novel2 aku kat orang lain.

...So...tak leh la salahkan aku kalau aku a bit kidikut pasal my story book... Sememangnya pengalaman banyak mengajar kita erti hidup.... mengajar kita supaya lebih berhati-hati dimasa akan datang. 

Saturday, October 16, 2010

Facial Blotter

Perempuan oh Perempuan....

Benda-benda wajib yang perlu ada bagi seorang perempuan adalah alat makeup. Tak sah kalau tak ada alat makeup, namun sepenting mana ianya pada seseorang perempuan bergantung kepada individu itu sendiri.
Tapi  pada aku...wajibbbbbbbbb ada.

Yang paling aku tak gemar bila muka berminyak-minyak bila dah siap berdandan. Mak aiii...kalau la boleh diperah minyak dari muka, sure dah boleh buat minyak masak....uwekkkkk.

Bila muka dah berminyak-minyak tu, ha...mulalah muka nampak berkilat2... itu gunanya 'FACIAL BLOTTER'
Kertas minyak ni pula ado macam-macam jenis.


All total view of Facial Blotter yang aku dah nerai...


Hok nih jenama KOSE. Reganya RM10.00 satu pack
SA Clinique cadangkan untuk cukupkan RM100.00 dan boleh claim voucher RM20.00....bagus betul SA Clinique Sunway Carnival.



Hok ni lak ZA punya. Rega dalam RM 7.90 time aku boli beberapa bulan sudah.


Hok ni pulak Guardian punya. Rega dia dalam RM4.99 kalau aku tak silap. Brand Clean & Clear aku tak leh pakai la....naik jerawat macam ruam. Tak tau pasal apa. Any idea???

Thursday, October 14, 2010

Exfoalting Scrub - Part 2

Tadaaaaaaaaa....pudar sudah pimples scar dimukaku....yehaaaaa.....tonyoh scrub punya result. Kalau nak harap toner semata-mata....hampessssss...boleh but lambat sikit berbanding dengan penggunaan scrub yooo.

Zappppppppp...aku dah rembat Exfloating Scrub Clinique...OMG....i love it soooo much the very very much. Lembut ko pipi aku time bangun tido. bersih je muka. Mungkin yang melembutkan muka tu bukan scrub, tapi Moisturizer dia yang gel tu rasanya. Exflaoting scrub hanya membantu mengeleluarkan kulit mati from our face surface... ( wah...jadi omputih laks...gegegegege.)


Ini ghupanya Exfloating Scrub yang aku rembat that day. Oi....pekin duit makan hari-hari yer nak rembat benda ni... Bukan apa, kenduri angah lagi 6 minggu ja...nak la jugak nampak cantik. Silap-silap haribukan  orang bertanya

A : Aik...sapa tu? Kakak pengantin ke?
B : Ha...kakak sulung pengantin....
A : O....comeynya....dah ada orang dah ke?
B : Ish...dah ada anak dara dah.... tu suami dia ( sambil memuncungkan mulut menghala kepada my baby)

wakakakak....ko tak seronok ke kalu orang sembang macam tu? mak eppy nyah.....saham tinggiiiiiiii lagi tuuu.... hua hua hua



Yang kocik-kocik tu freebies yang aku dapat from Clinique. Ko kena ramah tamah la sikit dengan SA Clinique...Turnaround yang botol biru tu 7.5 ml +  15ml ko...yang 7.5 ml dah dekat sebulan aku pakai... yang 2 pek biru tu 1.5 ml x 2 pcs. Soooo...aku dah ada 18ml. Fuhhh...rasanya leh tahan dalam 2-3 bulan kot.... lega...... Awal tahun depan pulak la kena cari turnaround...Selamatttttttt budget aku....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...