Monday, January 24, 2011

Rosak Fius

Bila bosan menguasai minda..... bila idea yang diharapkan muncul hilang entah kemana... menjadikan aku betul betul betul 'rosak fius'....

Jemari kat notebook but my mind empty, tak ubah macam dustbin yang dah diangkut isinya oleh Majlis Perbandaran..... adoiiiii

Penat! mental & fizikal aku penat hari ni...
Tambahan pulak Astro yang sepatutnya macam-macm ada.... tak ada apa weih.... takkan aku nak tengok Jimmy Neutron kot? woish.... I'm blurrrrrr!!!

Nak buat apa malam ni???? adoilaaa....
STRESS sangat2 bila my baby tak ada...!!!! huwaaaa...!!!!

Saham Masih Tinggi atau Dugaan Semata??

Hmmm.... topic yang agak panas bagi aku.
Look....

Aku dok tengok, dan baby pun ada sometimes sudah perasan, bahawasanya isterinya ini adakalanya seringkali dipandang/dijeling dan ada jugak yang berani tersenyum manis nak ngorat walhal baby duduk sebelah dan berjalan disebelah aku....

Woi...woi...woi... (kepada yang memandang...) ko sedor ke idok yang ko sedang mencuri-curi pandang munger ditaman larangan?? erk.....
Baby tak la pulak tunjuk muka tak suka. Dan sudah tentu baby sedia maklum yang kuasa veto ada padanya. Dah aku isteri dia.... bukan awek atau kekasih orang yang pandang2 dan jeling2 tu tadi.... so...setakat orang mencuri pandang dan mencuri menjeling isterinya...apalah sangat iyo dak???

Yes... memang aku akui. A bit pelik bila diambang 34 tahun sekarang makin ramai yang menjeling, memandang dan tersenyum padaku. Eh ellowww..... hubby aku seribu kali encem kalau nak dibandingkan dengan senior2 yang dok tersenyum cam kambing tua. Wakakakaka....atau...semua tu sememangnya dugaan semata-mata. Iyalah... hidup kan penuh dengan dugaan demi dugaan....

Nak dikata saham makin tinggi...saham apa lagi yang tinggal sebab seluruh saham hati, perasaan serta cinta kasihku hanya untuk baby yang amat amat amat aku kasihi.

Semoga ikatan ijab & kabul ini kekal sehingga ke hembusan nafasku yang terakhir....

BLOGGING - Sebab 'RINGGIT MALAYSIA' atau 'KEPUASAN'...???

YES...
BLOGGING - Sebab 'RINGGIT MALAYSIA' atau'KEPUASAN'...???

Ko kena pilih... ko menulis semata-mata sebab 'ringgit malaysia' atau sebab mencari 'kepuasan'?
Secara peribadinya, pada aku, menulis merupakan satu media untuk menzahirkan apa yang ko rasa. Menzahirkan sesuatu yang dinamakan perasaan selain daripada berkata-kata. Penulisan merupakan satu media untuk ko mentafsirkan sesuatu idea direct dari otak ko terus pada jari jemari yang menaip. Bukan semua orang boleh menulis. Sama jugak bukan semua orang boleh menyanyi.

Ringgit Malaysia yang ko dapat dari menulis merupakan satu 'imbuhan' yang dapat menaikan semangat ko untuk terus berkarya. Kepuasan dari apa yang ko tulis itu ko sendiri yang dapat rasa. Bukan orang lain. MELAINKAN ko menulis dengan penuh jiwa dan 'soul'. Bukan boleh main hentam keroma ko nak menulis. Ini pendapat aku. Sebab a few blogger yang aku tahu sememangnya dah hidup mewah dengan hasil penulisan. Aku? mak aiiii.... manuscript masih on going walaupun merangkak-rangkak....

Wish me luck in writing.

May ALLAH bless....

" AKU , BEN ASHAARI dan ELEE MARDIANA "

Kindly open this 2 blogger site to view further.
benashaari & eleemardiana


Usaha murni seorang sahabat. Sanggupkah kita sekadar memandang tanpa melakukan apa-apa yang termampu? Fikir-fikirkan....

MENANTI SINAR BAHAGIA

Trip To Jay Bee - Part 1

Yes.... I'll story the morry about my lovely land....Jay Bee.

Disini. Di tanah Johor ini bukannya ada siapa-siapa. Nobody here. No ones here. Booo liawwww....
Tapi aku sendiri pelik kenapa aku cukup-cukup sayangkan tanah Johor. Rindunya aku pada tanah Johor tak pernah surut, tak pernah pudar sejak sekian lama. 22 tahun tanah Johor bagaikan sudah sebati dalam diri.

Cuma disana aku rasa bagaikan ada cinta. Ada jiwa dan ada rindu. Pada siapa aku sendiri tidak dapat meneka. Floating dohhh... pada UTM? Noooo lahhhh... No ones there. No more in Skudai... aku rasa jiwa aku ada disana. Masih bertapak kukuh disana walaupun sudah terlalu banyak perubahan yang berlaku di tanah Johor. Bukan pada sapa-sapa..... dont take it for granted yerrrr....

Kenapa story about jaybee ni dah lama baru aku publish? almost a month lepas aku balik dari Jay Bee.. Sebabnya... sebabnya.... aku menulis dengan perasaan, dengan penuh rasa kasih dan sayang yang jitu. Bukan boleh main menaip tik tok tik tok jer. Kena ada feel. Baru korang yang baca boleh 'rasa' perasaan yang sama macam aku rasa....

Sorry weih.... aku hold jap....
To be continue soon... very soon. Bagi aku 2-3 hari nak dulukan minute meeting tapak & technical yer...
Love u always...


MAy Allah Bless....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...