Entry ni aku dedikasikan khas untuk adinda kesayanganku....ANGAH GUMUK....
Along dan abang nak ucapkan jutaan terima kasih pada mu sebab dengan penuh ikhlas dan rela hati mempelawa dan mengizinkan along pinjam keta mu untuk balik ke Terengganu minggu depan. Alhamdulillah... Allah saja sahaja yang dapat balas budi baik mu tu gemok weih.... kereta along uzur sikit...kesian nak kuda dia balik jauh-jauh... banyak nak kena pomen before berjalan jauh. Banyak berjasa keta tu....
Kalau ada masa dan kelapangan, along nak bawak mak pergi Masjid Kristal nanti. Oya gemuk tak jadi nak ngekor sebab sibuk dengan final exam Tak apalah...akalu ada rezeki nanti kita gi jalan ramai-ramai....sekali ngan Yan...hihihihi... Dah nak bertambah ahli keluarga dah kita eh....
Kucing-kucing yang mu anto hari tu dah siap sepenuhnya...abang yang buat...hihihihi.... along buat jugak...buat-buat sibuk je la...
Dah nak kahwin ghupanya adik aku ni... ingatkan kocik lagi...dah beso dan gemok lak tu...
Bila dah jadi suami nanti... jadilah suami yang membahagiakan isteri. Jadi suami yang bertanggungjawab dan pikullah amanah Allah itu dengan sebaik-baiknya. Semoga rumahtangga yang dibina diberkati dan kekal keakhir hayat. Ingatlah Ngah... ISTERI ITU BUKANLAH HAKMILIK...TETAPI ANUGERAH. Bukan semua orang mampu memilik 'isteri'...hargailah anugerah yang Allah kurniakan itu sebaik mungkin.
Kalau tak tahu, tanya...Tak tak arif mengemudi, minta nasihat. Kerana setiap perkahwinan itu datangnya secara pakej. Disitulah bahagia, disitulah derita, disitulah ceria dan disitulah juga duka. Dugaan demi dugaan akan datang kerana Allah akan menguji hamba-hamba yang dikasihi. Perlu tetapkan hati serta kuatkan iman. Bohonglah kalau ada yang berkata tak pernah tergigit lidah antara suami isteri... itu asam garam dalam rumahtangga...Pandai-pandailah angah mengemudi bahtera kehidupan suami isteri nanti.
Abah dah tak ada nak bagi nasihat. Hanya mak, kita-kita 3 beradik, abang dan kakak sahaja yang tinggal.
Along nak tunjukkan kasih sayang along dengan wang ringgit, along tak mampu. Hanya huluran kasih sayang yang ikhlas, masa serta perhatian sahaja yang dapat along berikan. Along dengan abang sentiasa ada dibelakang angah jika perlukan apa-apa pandangan serta nasihat. Insyaallah along akan bantu apa yang perlu.
Salam Sayang buat Angah Gemok...
To be Continue....