Friday, October 29, 2010

Cukai Tanah

Tahun 2010 dah nak abis dah dan dah nak masuk tahun 2011..... ko dah bayor cukai tanah ko untuk tahun 2010? kalau belum...pandai-pandailah buat pembayaran sebelum tindakan undang-undang diambil yer....



INFO BIL CUKAI TANAH


Bil cukai tanah dihantar mulai bulan Januari hingga Mac kepada tuan tanah yang mempunyai alamat yang lengkap.

Tuan tanah yang tidak menerima bil hendaklah datang ke Jabatan Tanah dan Galian Perlis untuk mendapatkan salinannya. Sila bawa bersama resit pembayaran terdahulu untuk memudahkan anda membuat rujukan.

Nama dan alamat dalam bil adalah untuk tujuan surat menyurat sahaja. Hakmilik ditentukan dengan merujuk kepada suratan hakmilik.

Jangan ceraikan bahagian Salinan Pejabat dengan Salinan Pembayar yang terdapat di dalam bil cukai tanah anda.

Sebarang bil yang mempunyai maklumat yang tidak tepat hendaklah dikembalikan kepada 
Jabatan Tanah dan Galian Perlis.
Bayaran selepas 31 Mei akan dikenakan denda lewat seperti berikut:


RM 5.00dan kurang= RM 1.00
RM 5.01hingga RM 25.00= RM 3.00
RM 25.01hingga RM 50.00= RM 4.00
RM 50.01hingga RM 100.00= RM 6.00
RM 100.01dan lebih= 8%

Jika Notis 6A disampaikan bayaran RM 5.00 setiap satu notis akan dikenakan. Jika cukai tanah tidak dijelaskan dalam tempoh tiga (3) bulan seperti yang ditetapkan di dalam notis, tanah itu akan dirampas di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara.
Sila pastikan anda membawa bersama dokumen-dokumen berikut bagi tujuan semakan dan bayaran bil cukai tanah:
 Bil Cukai Tanah, Geran Tanah dan No. Kad Pengenalan



P/s : Pada sapa-sapa yang belum membayor, silalah rajinkan diri pegi bayor sebelum tindakan undnag-undang dikenakan yer..... Hidup 1 Malaysia !!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...