Wednesday, October 13, 2010

MIL vs Menantu - Part 1

Fuh....topic panas beb....


Ntah kenapa lepas makan tadi aku terfikir nak buat entry ni. Dan terlintas difikiran aku beberapa MIL kengkawan yang aku kenal secara langsung dan tak langsung yang berperangai agak 'kureng'...
Aku tahu ramai diluar sana yang 'not so close' with MIL. Anyway... sebab nak jaga hati para suamilah, setiap onar yang ditimbulkan oleh MIL yang 'kureng' itu ditelan oleh isteri-isteri. Cuba kita renungkan beberapa perkara seperti berikut untuk diambil sebagai iktibar agar kita tidak lakukan perkara yang sama terhadap anak menantu kita dimasa akan datang:-


1) MIL takut hartanya atau tanahnya yang sekangkang kera jatuh ketangan menantu. Walhal mak bapak menantu tu sendiri pun berlonggok harta tak habis makan tujuh keturunan!

2) MIL jenis kolot yang masih nak sibuk-sibuk menentukan jodoh anak-anak. Dia seakan terlupa bahawa jodoh pertemuan itu ketentuan Allah...bukan ketentuannya. Dan cuma tahu nak  meracuni rumahtangga anak menantu dengan menyatakan hajatnya yang tidak kesampaian. Dan memaklumkan pulak kepada menantu itu tadi yang dia sendiri sudah ada pilihan untuk anaknya....(Tak ke terluka & terhiris hati menantu tadi? )


3) MIL yang sering berpura-pura baik terhadap menantu bila berhadapan dengan anaknya pada satu masa. Menyembunyikan sifat buruk seorang MIL terhadap menantu.

4) Isu perbezaan negeri kelahiran serta asal usul mungkin menjadi punca perbalahan diantara MIL dan menantu. Cara hidup MIL dan menantu yang berbeza era dan zaman juga mungkin menjadi isu perbalahan.

5) MIL yang mengongkong anak lelakinya walaupun sudah bertahun anaknya mendirikan rumahtangga.

6) MIL yang tanpa sedar akan sikap buruknya itulah yang bakal meyumbang kepada kehancuran sebuah cinta..!!!



Enam perkara diatas sekadar pendapat peribadi berdasarkan cerita-cerita yang aku dengar, tengok dan teliti terhadap kehidupan insan-insan disekelilingku. Tapi harus diingat bahawa masih ramai lagi MIL yang menyayangi menantu lebih daripada anaknya sendiri. ( Like my mum...heheheheh)

Terpulanglah pada seorang MIL samaada nak membantu anak menantu agar memiliki rumahtangga yang bahagia ataupun tersenyum gumbira melihat keruntuhan rumahtangga anak menantunya..

To be continue....



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...