Showing posts with label Harian Metro. Show all posts
Showing posts with label Harian Metro. Show all posts

Friday, August 05, 2011

Penjawat Awam Dapat Bonus 2 Bulan...????

Hahahahaha.... Raya sakan ler dema....
Tapi... bior le apa yang bakal diperolehi itu berpatutan dengan kualiti kerja yang disalurkan kepada rakyat. Jangan la buat kerja dengan konsep " Kerja ke... tak kerja ker... cukup bulan on 25hb dapat gaji " .... 

Kalau penjawat awam yang berkaitan dengan isu KESIHATAN (Kementerian Kesihatan Malaysia) & KESELAMATAN (Polis, Bomba, Air Force, Navy... )  worth it la kalau 5 - 6 bulan sekalipun. Sebab tugas-tugas mereka melibatkan NYAWA manusia dan KESELAMATAN rakyat... tak kira la apa condition sekalipun. Ni just kalau 'supporting staff' contohnya macam kerani, perunding, Pembantu Tadbir, Customer services....layak ke dapat imbuhan yang sama macam mereka-mereka yang memang rakyat tak boleh hidup aman tanpanya? Aku menulis bukan kerana aku tak dapat bonus tersebut ataupun bukan sebab aku apply kerja gomen tak dapat-dapat... hahahah...(apasal la gomen tak offer aku kerja ngan dema? sure boleh jadik pekerja paling berdedikasi...  hikhihhihkhk) 

Ianya berdasarkan fakta mengikut logic akal... Tengok macam pekerja swasta... bonus diberikan mengikut kualiti kerja serta level tanggungjawab. Bukan main pukul rata... itu baru adil. Sebab yang bekerja itu manusia... ada tinggi rendah... bukan mesin yang kita boleh setkan bila nak start bila nak stop.

Sepatutnya memang kena ada beza. Tak boleh main pukul rata memandangkan risiko kerja yang berbeza serta knowledge yang berbeza diantara Jabatan-Jabatan yang tersenarai. Banyak lagi pihak-pihak yang memerlukan bantuan kewangan yang sepatutnya kita lebih prihatin. 

Renung-renungkan.

Rujuk kepada akhbar untuk maklumat lanjut dengan clik :-
Disclaimer :
Entry diatas adalah berdasarkan pendapat peribadi. Tidak bertujuan untuk menyokong mahupun membantah mana-mana pihak. Merujuk kepada Berita Sinar pada 8am, 5/8/2011 - Berkenaan proposal Ceupacs untuk 2 bulan bonus untuk penjawat awam. Mana-mana pihak yang tersinggung, penulis memohon maaf.

May Allah Bless...


Tuesday, October 26, 2010

Golongan OKU Yang Perlu Dilindungi

Mereka golongan yang 'terpilih'...sepatutnya dilindungi dan dikasih dengan penuh prihatin, bukan  dianiayai sesuka hati. Dimana nilai kemanusiaan masakini?

PETALING JAYA: Seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) mati dipercayai kerana perbuatan aniaya di sebuah rumah kebajikan di Seksyen 18, di sini semalam.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun sejurus tiba di PPUM, mangsa disahkan meninggal dunia dan berdasarkan rekod mangsa yang berusia 19 tahun baru lima bulan menetap di rumah kebajikan berkenaan.
“Laporan bedah siasat mendapati mangsa mengalami pendarahan pada anggota badan dan keluarga mangsa mendakwa mangsa dipukul sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Arjunaidi berkata pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu tiada individu ditahan.
Beliau berkata, polis mengambil keterangan keluarga mangsa serta rumah kebajikan berkenaan bagi membantu siasatan. Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.


Sumber Rujukan : Harian Metro (26/10/2010)

Monday, October 25, 2010

Kencing Dimuka Isteri

MasyaALLAH...

Terkejut aku membaca muka depan akhbar Harian Metro hari ni. Zalimnya seorang suami yang kencing diwajah seorang isteri yang menurut akhbar, telah masak makanan yang tidak kena pada selera si suami. Dah tu pulak sanggup melafazkan talak ketika sedang kencing pada wajah isteri.

Isteri tu nak masak pun dah cukup besar rahmat. Suami patut melindungi isteri, bukan bertindak zalim keatasnya. Lelaki macam tu secara peribadi aku namakan sebagai binatang, bodoh & tak ada iman. isteri bukanlah hamba abdi yang boleh dibuat sesuka hati. Ikut nak terajang sumpah seranah apatah lagi kencing pada wajahnya. Rasa aku binatang pun tak buat macam tu, kencing pada muka sesama binatang...

Satu pengajaran juga bagi wanita-wanita. Pastikan hak anda tidak diambil ringan walaupun anda bernikah dinegara jiran. Kalau apa-apa berlaku, sekurang-kurangnya hak anda dapat dipertahankan. Sekarang ni banyak talian bantuan yang dapat melindungi wanita-wanita yang teraniaya dan salah satu darinya ialah :-

Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat

Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana,
Jalan Dato' Onn,
50515 Kuala Lumpur.
MALAYSIA
Tel: 03-2693 0095
Faks: 03-2693 4982


Jangan teragak-agak untuk menghubungi nombor-nombor bantuan ataupun Balai Polis yang berhampiran dengan anda sekiranya mendapati ada jiran/saudara/kenalan anda yang terlibat dengan penderaan wanita & kanak-kanak. Bersikap lebih prihatin tidak merugikan mana-mana pihak, sebaliknya, kita dapat mengelakkan berlakunya kejadia yang tidak diingini.

Friday, October 15, 2010

Pengemis Cilik





Penjaga pengemis cilik  (oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid)

Petikan daripada Hari Metro 15/10/2010


AMPANG: Kumpulan kanak-kanak pendatang Rohingya dari Myanmar yang menjadikan kawasan pusat beli-belah Ampang Point, di sini, sebagai tempat mengemis dipercayai mempunyai ‘sempadan’ mengutip derma bagi memudahkan mereka dipantau penjaga.
TANYA...Muhd Khairun bertanya sesuatu kepada kanak-kanak Rohingya yang mengemis di pusat beli-belah Ampang Point.
TANYA...Muhd Khairun bertanya sesuatu kepada kanak-kanak Rohingya yang mengemis di pusat beli-belah Ampang Point.
SOAL...Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh (kanan) menyoal  wanita yang mendakwa ibu  kanak-kanak yang mengutip derma di kawasan pusat beli-belah Ampang Point, baru-baru ini.
SOAL...Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh (kanan) menyoal wanita yang mendakwa ibu kanak-kanak yang mengutip derma di kawasan pusat beli-belah Ampang Point, baru-baru ini.
Pemantauan Metroplus di kawasan itu selama tiga hari mendapati kawasan tumpuan ramai itu menjadi sasaran kumpulan kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun menjual buku agama. Mereka dibawa individu dipercayai ibu mereka kira-kira jam 5 petang sehingga 10 malam.

Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan berasingan serta mempunyai kawasan mengutip derma masing-masing sambil diperhati penjaga dari jauh.

Selain menjual buku agama dan surah Yasin pada harga RM5 hingga RM10, terdapat juga kanak-kanak yang meminta derma dengan mendakwa mereka pelajar sebuah sekolah tahfiz berhampiran kawasan itu.

Kumpulan kanak-kanak itu akan berpusing tiga hingga empat kali di kawasan sempadan masing-masing meminta sedekah dan ada kalanya meminta pada orang sama beberapa kali.

Apabila seorang kanak-kanak diberi sedekah atau buku jualannya dibeli terutama oleh pelanggan restoran di situ, dia dipercayai akan memberitahu rakan lain sehingga individu berkenaan didatangi lebih ramai kanak-kanak berulang kali.

Metroplus mengadakan tinjauan bersama Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno yang mahu melihat bagaimana kanak-kanak itu digunakan pihak tertentu untuk mengutip derma.

Ketika wakil Metroplus bersama Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh menemubual beberapa kanak-kanak Rohingya, seorang wanita yang berusia 30 tahun menghampiri dan mendakwa ibu kepada enam kanak-kanak yang mengutip derma di kawasan itu.

Wanita yang datang sambil mendukung bayi sebelum itu memerhatikan dari jauh, tetapi datang menghampiri Muhd Khairun dan wakil media selepas dipanggil seorang budak perempuan. Wanita itu mendakwa hasil ihsan orang ramai mereka memperoleh RM30 hingga RM40 sehari kononnya untuk perbelanjaan harian kerana suaminya sakit.
Dia bagaimanapun, kelihatan teragak-agak dan menjauhkan diri apabila semakin banyak soalan ditanya, namun memberitahu dia terpaksa menyuruh anak-anaknya meminta sedekah kerana tiada pekerjaan.
Sementara itu, Muhd Khairun kesal kerana mendapati kanak-kanak itu diperalatkan untuk meminta sedekah sedangkan belum tentu wang berkenaan sampai kepada mereka, malah keselamatan juga tidak terjamin.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa menjalankan pemantauan bagi memastikan aktiviti meminta sedekah itu dibanteras.

“Saya tidak pasti sama ada penjaga mereka itu ibu kandung atau orang lain, malah saya terkejut kerana seorang kanak-kanak yang meminta sedekah kononnya untuk tabung sekolah tahfiz tidak tahu membaca kalimah syahadah dan al-Fatihah.

Inilah penyakit manusia yang malas bekerja dan hanya tahu nak mengambil kesempatan terhadap anak-anak kecil yang sepatutnya pada umur sebegini berada disekolah dan bermain bersama kawan-kawan seusia. Budak-budak ni  bersepah di ststion2 bas...kedai-kedai makan malahan kat Sunway Carnival pun kekadang sesat gak....

Nak mengelakkan benda ni dari berterusan senang saja...JANGAN hulurkan walaupun seposen pun kat depa. Salurkanlah sedekah/bantuan kewangan pada saluran yang betul dan telus. Kat Malaysia ni banyak egensi, baitumal dan NGO yang boleh kita bantu dan ianya dijamin telus dan selamat sampai pada mereka yang BENAR-BENAR MEMERLUKAN.

Wednesday, October 13, 2010

Anak Tak Guna

Inikah yang dikatakan anak tak mengenang budi? Atau Si Tanggang moden versi terbaharu? Cuba bayangkan manalah tahu ibunya nak ke Mekah dengan duit KWSP tu? Tak ke hancur hati seorang ibu? Kok iya pun nak sangat dengan duit tu... nak bayor hutang ke, bayor Along ke...walhal nak shopping sekalipun....mintaklah elok-elok dengan orang tua...tak banyak, sikit sure dia hulur.....ibu mana yang nak tengok anaknya sengsara? Cuba cari seluruh pelusok dunia... satu ibu yang nak biar tengok anakanya menderita. Takkkkkkkkann jumpa punya...

Dahlah anak tunggal kesayangan...menantu pulak yang turut sama bersekongkol... itu bukan menantu...tapi HANTU !!!!


Anak Tunggal Kebas Duit KWSP (Rujukan dari Harian METRO - 13/10/2010)
KUALA LUMPUR: Hancur luluh hati seorang ibu tunggal apabila mendapati wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah ratusan ribu ringgit yang baru diperoleh apabila bersara selepas puluhan tahun bekerja lesap dari akaun banknya.
Lebih menyedihkan apabila pesara kilang elektronik berusia lewat 50-an itu mendapat tahu orang yang melesapkan wang RM117,000 itu ialah anak lelaki tunggal kesayangannya selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bank, di sini. 

Mangsa yang hanya menyedari kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya hilang baru-baru ini, membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan Balai Polis Jinjang, dekat sini. 

Menurut sumber, sebaik melihat wajah anak lelaki dan menantunya bergembira mengeluarkan wang menggunakan kad ATM miliknya, wanita terbabit menangis teresak-esak, menggeletar seluruh tubuhnya dan hampir pengsan. 

“Wanita itu beristighfar panjang dan menjadi tidak keruan apabila rakaman terbabit menunjukkan anak dan menantunya berulang kali mengeluarkan wang simpanannya menerusi ATM daripada RM117,000 hingga tinggal RM15.44 sen,” katanya. 

Sumber itu berkata, mangsa sedih dan kecewa dengan perbuatan anak serta menantunya dan hasratnya untuk membeli rumah menggunakan wang KWSP itu tidak kesampaian. 

“Ketika mangsa membuat laporan, polis sudah mengesyaki kemungkinan keluarga terdekat melakukan perbuatan itu.

“Ini disebabkan dia kehilangan kad ATM yang disimpan di dalam tas tangannya. Bagaimanapun, wanita terbabit enggan menerima kemungkinan itu kerana menganggap anak tunggal kesayangannya itu tidak akan mengkhianatinya ,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...