Sharing Is Caring....
Tanda
ISTERI
DERHAKA
Kita jangan keliru, apabila wanita
disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah
sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela
dengan baik oleh suami.
Seorang isteri tentulah mempunyai
tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara
yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang
mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:
"Aku pernah
bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri
?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah
suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang
paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling
berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."
(Riwayat Bazar dan
al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula
Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku
dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku
perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi
dab Ibnu Hibban)
Jika ada para isteri yang tidak
menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap
tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya,
maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri
yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang
derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada
agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau
tanda isteri derhaka:
Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan
suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bermaksud: "Aku
lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada
pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka
ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa
demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan
suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya
seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat
al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
"Kebanyakan ahli neraka adalah
terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah
seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka
berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak,
mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak
bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila
seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa
nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan
kebajikannya."
Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami
akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam: " Seorang
wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah
kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu
hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."
(Riwayat Ibnu
Majah)
Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam: "Tidak boleh
seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak
dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan
tidak izin suaminya."
(Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Keluar rumah tanpa izin suami
"Apabila perempuan keluar rumah,
sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan
semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia
kembali."
(Diriwayatkan oleh
Thabarani di dalam al-Awsat)
Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bermaksud:
"Mana-mana isteri yang meminta
suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram
baginya bau syurga."
(Riwayat Abu Daud
dan Tirmizi)
Isteri yang tidak menunaikan hajat
suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam:
"Apabila memanggil suami akan
isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka
akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."
(Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri
atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat
nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua,
khususnya kaum isteri.
May Allah Bless...
No comments:
Post a Comment