Dari jauh,
Dia berjalan, melangkah dengan senyuman lesu
Hah....wajah pilu itu juga yang dipamerkan padaku....
Dia masih seperti dulu....
Wajah tetap sendu, suram dan bisu seperti selalu.
Bait demi bait, patah demi patah.
Setitik demi setitik. Namun dia cuba sembunyikan satu rasa pilu.
Wahai sahabat yang aku kasihi....yang aku sayangi...yang aku cintai
Luahkan, keluarkan, walaupun ianya amat pahit.
Lantaran aku sendiri merasa pilu
Sepertimana kamu
Jari jemari kaku untuk terus berkata-kata.
Matamu.. terlalu polos tidak berjiwa
Matamu tetap sering berkaca
Matamu masih bernada sendu
Kerana dia kamu jadi begitu.
No comments:
Post a Comment