Again hangin satu badan...
Bateri jam tangan ai kiok almost 2 days dan itulah satu-satunya jam tangan yang ai sayanggggg sangat-sangat. Sangat-sangat sayang sebabnya itulah satu-satunya jam mahal yang ai ada....Bonia 101.2 yang KD pakai...alah..model ni kuar dalam tahun 2007 macam tu. Harga? uik....time ai beli dulu tu dalam RM 635.00. Time tu time 'senang' sikit...sikit je tak banyak....kui kui kui.... what? murah ko kata? bagi ai inilah satu-satunya jam mahal yang ai beli... Selagi tak lingkup selagi itulah ai godam habis-habisan....
Nak dijadikan cerita...
Rehat time jumaat tadi ai pegilah ke tesco Bukit Mertajam nak tukar bateri yang dah kiok tu. Ai bawak 2 utas jam tangan. Satu brand GC Steel dan satu this Bonia watch. Sampai je kedai tu, ai bawak kuor yang GC Steel dulu...budak hinguisan tu kata :-
Kedai Jam : Kak...bateri untuk jam ni RM12
Ai kata : Ok....jam ni? (Sambil tunjukan jam Bonia ai kat budak tu...)
Kedai Jam : O...jam ni bateri dia RM20
Ai Kata : Kenapa pulak yang GC Steel ni RM12 dan Bonia ni RM20? pakai bateri yang sama kan?
Budak tu mengganguk disamping tekial2 dok belek jam Bonia ai...
Ai Kata : So....jenama jam menentukan harga bateri walaupun bateri yang sama digunakan untuk jam branded & jam cap ayam?
Soalku dengan suara yang sedikit hangin....Budak perempuan hingusan tu mengangguk.
Kedai Jam : Kena bukak skru tali dia dulu kak...baru boleh bubuh bateri baru.
What? ko nak pelerai tali Bonia aku semata-mata nak tuko bateri? Aikk...sengal ke hapa budak nih? Apa lak kaitan bateri jam dgn tali jam? Gila!!
Ai kata : Tak payah tukarlah dik...silap haribulan dengan jam bonia akak tu sekali kena 'let go' ke dusbin....
Budak hingusan tu terkial-kial bila aku ambik balik jam tangan kesayangan aku ni dari dia....hampesssssssss
Moral of the story is :
1) Jangan hantar service barang-barang bernilai anda kepada budak-budak hingusan...pergilah kepada yang pakar walaupun sekadar untuk tukar bateri jam !!
2) Betapa berbezanya nilai jenama....baju yang sama, kaler yang sama tapi kena duduk dalam beg plastik yang berasingan...hampessss
& hampagas untuk kedai jam di Tesco Bukit Mertajam...!!! Ai never ever visit ur shop anymore!!
No comments:
Post a Comment