Tuesday, October 26, 2010

Caldina - Cerita Sebuah Kehidupan - Part 2

Okeh...aku sambung lagi catatan aku tentang Dr. Caldina ni...(Toyota Caldina was his latest vehicle - aku takut ko pelik la bila aku bubuh namanyha as Dr. Caldina...)
Ko kena baca Caldina - Cerita Sebuah kehidupan - Part 1  then baru faham.....











Dr. Caldina pernah 'menyentuh' tentang kakak....tentang hati aku selaku seorang isteri dan ibu...
I'll write about this on last Part. Not now wokey....
Ada orang menyatakan bahawa kita boleh beli kebahagiaan. Boleh ker? Ada pula yang berkata bahawa kebahagiaan itu akan hadir bila kekayaan berada disekeliling kita. Bercakap tentang Dr. Caldina Aku cukup senang bersahabat dengannya sebab dia ni poyo, selamba dan tak ada ego yang terlalu tinggi untuk seorang yang memegang gelaran 'Prof.Dr' dan dia ada satu 'instinct' yang ntahlah...susah nak aku jelaskan. Yang pastinya dia ni poyo...hahahaha...sorry Dr... Ko tanya la student2 ko detail a.k.a makna poyo tu yer.... :-)

Kekadang Dr... kita tak nampak apa yang orang nampak pada kita. Betapa kecewanya kita...betapa terlukanya kita... betapa tergurisnya kita dengan kehidupan yang ada. Ketahuilah bahawa ALLAH akan menguji hamba-hamba yang dikasihi. Dan you beruntung kerana tela diuji dengan ujian-ujian yang akhirnya mematangkan you.


Begitu juga dengan betapa bahagianya kita...gembiranya kita... semua tu bersebab Dr.. Kalau kita tak membahagiakan diri sendiri...siapa lagi yang nak membahagiakan kita?


Dan kita sering terlupa bahawa bintang tetap setia menemani bulan selagi wujudnya malam. Dan kita juga sering terlupa bahawa Allah menurunkan hujan sewaktu cuaca panas kerana ingin menghadiahkan kita pelangi... dan life must go on Dr...whatever happen. Hidup ni terlalu singkat jika nak dibebankan dengan masalah. Dr. ada segala-galanya. Soal terguris hati, terluka jiwa itu adalah lumrah sebuah kehidupan dan juga sebuah perkahwinan. Anggap saja ianya macam 'perasa tambahan a.k.a Ajinamoto' pada warna-warna kehidupan Dr....


Do u remember.... satu ketika dalam tahun 2006 kita pernah 'bertengkar dalam diam'?? hahahaha...it's so funny bila ada yang tersalah anggap dan tersalah bicara. Almost a few month jugak la rasanya. Ataupun nak dekat setahun jugaklah I think... Then baru in touch balik friendship kita tu, bila dah 'clear' everything.... so so funny... tak pernah jadi lagi insiden 'bodoh' macam tu...


I lost touch about your true & personal life now Dr... Masih 'sama' seperti 3 tahun yang lalu? atau sudah 'berubah' kepada sesuatu yang lebih baik? masih ada yang terluka? terasa? terguris? Ataupun Dr. sedang bahagia? (itu yang I harapkan...) Ada yang menyatakan bahawa 'carilah kebahagiaan untuk diri sendiri walaupun terpaksa merangkak'....u know what i means Dr?? 


To Br Continue @ Part 3...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...