Aku sudah jatuh CHENTA.... Pada siapa? Pada Apa? ESOK aku publish yer.... heheheheheheh
Nak tidur dengan Chenta-Chenta hatiku.... muahahahhaa
Love U....
Wednesday, September 21, 2011
Tuesday, September 20, 2011
Aku Terasa
Yeap... memang aku terasa... terasa sangat-sangat
(Entry ni tak ada kena mengena langsung dengan Mr.Hubby - Dont get me wrong wokay)
Kadang kala kita lupa. Setiap sesuatu yang berlaku itu bersebab. Bukan saja-saja. Kita hidup selaku manusia ni perlu melengkapkan diantara satu sama lain. Yang lebih melengkapkan yang kurang, yang cerdik melengkapkan yang tiada kepandaian, yang kaya melengkapkan yang miskin.... banyak lagi yang boleh melengkapkan diantara manusia.
Aku terasa.. memang aku terasa malam ni. Pedih sangat-sangat....Tapi demi satu silaturahim, demi satu ukhwah, adakalanya aku perlu mendiamkan sahaja apa yang aku terasa. Demi satu persahabatan aku terpaksa pendamkan. Aku menjadi pendengar yang setia. Tapi sampai bila. Sebelum bercakap aku akan berfikir... adakah kata-kata aku itu akan mencoretkan luka pada sahabat aku.... tapi... bukan darinya yang seringkali berkata-kata ikut sedap telinganya sahaja. Biarlah... semoga persahabatan dan ukhwah ini sentiasa dilindungi, biarpun aku sudah seringkali terasa hati....
Memang dia sempurna... tetapi itu tidak bermakna dia perlu memandang hina pada yang tidak sesempurna dirinya.....
May Allah Bless....
Keikhlasan Seorang Hamba
Pelik tapi benar....
Mungkin inilah sikap dan sifat manusia akhir zaman. Aku bercakap bukan menandakan aku arif, warak mahupun pakar bab-bab ni....walhal aku sendiri banyakkkkk sangat kekurangan yang masih perlu untuk aku perbaiki...
Aku bercakap dari pemerhatian serta pemikiran aku selaku hambaNYA yang kerdil lagi lemah. You may skip this entry if u want to... I tak paksa pun you baca.... :-)
Untuk apa dicanangkan satu dunia bila kita bersedekah jariah? Perlu ke nak war war kan seanterio bumi akan amal jariah yang kita dah keluarkan? Perlu ke nak inform satu bumi berapa juta rupiah duit ringgit yang dah kita laburkan di tabung-tabung masjid dan surau? Perlu ke kita heboh satu Malaya hari ni 7-8 juzuk Al-Quran yang dah kita baca? Perlu ke kita guna pembesar suara memaklumkan kepada satu negeri yang hari ni berapa jenis solat-solat sunat yang dah kita buat? Perlu ke heboh satu Asia berapa mulut anak yatim yang dah kita bagi makan? Perlu ke semua tu jika ianya amalan dari seorang hamba kepada penciptanya?
Buat amal ibadat , sedekah jariah apa pun kena ikhlas kerana ALLAH SWT. Bukan untuk dicanang-canang mahupun bukan untuk membangga diri. Bukan juga untuk bersifat menunjuk yang kita mampu nak buat itu dan ini... walhal kalau tangan kanan memberi sedekah... tangan kiri tak perlu tahu sama sekali. Disinilah KEIKHLASAN kita akan terserlah. Bukan payah untuk menjadi hamba yang benar-benar soleh....dan bukan susah pun untuk tergelincir dan menjadi yang sebaliknya... Semuanya bergantung kepada niat dan keikhlasan kita selaku hamba.
Ikhlaskan anda?
May Allah Bless
Rasa Hati
Hampir 3 bulan aku mendiami Istana Cinta.
Istana yang tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Cukuplah untuk didiami bersama insan-insan tersayang. Cukuplah dengan apa yang ada. Istana yang cukup sempurna pada aku. Sempurna pada Mr. Hubby. Ada taman mini dihadapan istana, berserta kolam ikan hasil kerja tangan bersama Mr. Hubby bertahun yang lalu.
Bila kehidupan ini kita rasakan sempurna, sempurnalah ia. Bila apa yang ada kita rasa sudah cukup memadai, cukuplah ia. Apabila jauh disudut hati kita bahagia... bahagialah ia...
Sejuta rasa syukur kerana memiliki seorang suami yang penyayang, cukup sabar pada setiap karenah aku. Dikurniakan seorang puteri yang semakin membesar. Semoga kakak menjadi anak yang soleh dan menjadi seorang hamba yang beriman kepada penciptanya. Betullah... Allah memberi memberi rezeki pada saat-saat yang tidak diduga. Dan itu yang aku rasa. Alhamdulillah.
Jangan sesekali membandingkan diri kita dengan yang lebih, jangan sentiasa mendongak keatas kerana kita akan terlupa dengan apa yang kita ada. Sentiasalah merenung pada yang kurang dan tiada, kerana dari situ kita akan tahu untuk BERSYUKUR dengan apa yang telah dianugerahkan....
Sayang Padamu.... ;-)
Friday, September 16, 2011
Sawan Baking
Gilosssss...
Lately nih aku perasan yang aku suka sangat la pada kek. Tak kira kek apa.. memang air liur aku akan menitik tap tap tap ngalahkan ujan.... apadehei.... ngalahkan orang mengidam la pulok.... 2 hour ago dalam jam 7.15 cenggitu... aku terpandangkan tin Planta yang dah kosong dalam tong sampah... tengok tin planta pun aku dah terbayangkan kek.... gilos...
| KEK YANG ADUNAN SEMUANYA SEPARUH |
Bukak kabinet dapur.... tengok icing sugar, brown sugar, segala mak nenek barang-barang kuih yang balance aku buat sikut rayer ritu duduk dengan elok jer melambai-lambai macam ngan ratu chatek... gilos again. Memang tahap kritikal dah nih....
Baby dok ralit main games ikan kat smartphone. Aku kuis-kuis.. aku tarik kaki dia.....
"Baby... gi kedai jap beli planta kat sayang..."
Dengan muka kesian aku merayu...
"Nak buat apa dengan planta maghrib2 nih?"
"Sayang nak buat kek...."
"Lorrrrr.... esok je la..."
'Tak mo kawan...."
Last-last... aku selongkar fridge dan terjumpa la separuh buttercup. Itupun balance dari sikut raya. Dalam tak sampai 15 mint kemudian.. kek aku dah dalam oven... dengan size resepi yang aku buat separuh.... dah buttercup pun ada separuh je... so, separuh je la semua adunan kek express aku.... Dan now.. saat entry nih aku publish... kek itupun dah separuh masuk kedalam perutku..... heheheheh....
May Allah Bless....
Wednesday, September 14, 2011
Cinta
CINTA -
Ayat keramat yang sering membuatkan kita tersenyum. Kehadiran CINTA merupakan frasa yang terindah dalam kamus kehidupan kita yang bernama manusia. CINTA melambangkan kasih sayang, pengorbanan, kerinduan serta keinginan untuk memiliki dan dimiliki.
Perlukah, wajarkah, berbaloikah memusnahkan dua CINTA yang sedia ada semata-mata mahu membina sebuah CINTA yang belum tentu ada bahagianya? belum tentu ada keikhlasannya? Belum tentu CINTA itu hingga kehujung nyawa...?
Pada aku, cukuplah disini. Menyintai dan dicintai oleh seorang khalifah yang menjadi nadi pada kehidupanku, sudah cukup untuk mendefinasikan pengertian CINTA pada diriku. Jatuh CINTA itu mudah, namun untuk mempertahankan CINTA itu adalah sesuatu yang bukan mudah.... memerlukan pengertian, adunan serta timbang tara yang betul dan seimbang...
CINTA - Hiduplah dihati kami suami isteri diiringi dengan keredhaanNYA....
Nasi Ayam For Mr.Hubby
Pepagi hari... @ 7.15am aku dah merempit dengan moto Honda Cup lama milik Mr.Hubby. Hoi... terketaq-ketaq weih bawak moto... udah ler tadak lesen moto... jalan raya pulak humak aiiiii... sibuk ngalahkan highway PLUS time raya....
Tujuanku dengan ikhlas sepenuh hati bahkan melimpah ruah... memboli ayam untuk dibuat nasi ayam pada Mr.Hubby. heheheheh... apa punya ayat derrrr.... @ 8.00am aku selamat tiba kembali di rumah bersama seekor ayam yang telah disembelih... hahahahah... takkan balik dengan ayam yang kena langgor pulak kan?
Sambil masak nasi ayam, sambil aku dok update segala mak neka cerpen yang aku nak email kat Karangkraf petang sat lagi. Dok terperap dalam lappy pun tadak guna jugak... hahahhah... Sotong sekilo masih setia menanti dalam singki.. malehnyerrrrrr.....
Nak load gambo sotong ker gambo ayam? Ker gambo aku? Ker gambo DRC? hahahah... Gulp... Gambo DRC? huiks..... nak mampos lima nam kali? ker nak kena flying kick laju-laju pat belas kali???? tak bleh...tak bleh....apa pun tak boleh !!!! hahahahahah
Btw... DRC dah selamat kembali ke tanahair.... touchdown bumi Malaysia terchenta jer terus text aku kata dah selamat mendarat... apadeheiiii.... Souvernier nyer mana??? hahahahah....
Tujuanku dengan ikhlas sepenuh hati bahkan melimpah ruah... memboli ayam untuk dibuat nasi ayam pada Mr.Hubby. heheheheh... apa punya ayat derrrr.... @ 8.00am aku selamat tiba kembali di rumah bersama seekor ayam yang telah disembelih... hahahahah... takkan balik dengan ayam yang kena langgor pulak kan?
Sambil masak nasi ayam, sambil aku dok update segala mak neka cerpen yang aku nak email kat Karangkraf petang sat lagi. Dok terperap dalam lappy pun tadak guna jugak... hahahhah... Sotong sekilo masih setia menanti dalam singki.. malehnyerrrrrr.....
Nak load gambo sotong ker gambo ayam? Ker gambo aku? Ker gambo DRC? hahahah... Gulp... Gambo DRC? huiks..... nak mampos lima nam kali? ker nak kena flying kick laju-laju pat belas kali???? tak bleh...tak bleh....apa pun tak boleh !!!! hahahahahah
Btw... DRC dah selamat kembali ke tanahair.... touchdown bumi Malaysia terchenta jer terus text aku kata dah selamat mendarat... apadeheiiii.... Souvernier nyer mana??? hahahahah....
| Hamik koooo...gambo sotong yang menunggu dengan penuh setia untuk dibersihkan..... |
Subscribe to:
Posts (Atom)