Wednesday, September 14, 2011

Cinta

CINTA -

Ayat keramat yang sering membuatkan kita tersenyum. Kehadiran CINTA merupakan frasa yang terindah dalam kamus kehidupan kita yang bernama manusia. CINTA melambangkan kasih sayang, pengorbanan, kerinduan serta keinginan untuk memiliki dan dimiliki.

CINTA juga sering dikaitkan dengan tidak bermata. CINTA tak pernah mengenal siapa, bila, dimana, mengapa. CINTA juga seringkali menjadikan kita alpa dan leka dengan keindahan perasaan. Lupa pada alam sekeliling. Kenapa CINTA itu hadir tatkala tidak diundang dan pergi tatkala hadirnya membawa bahagia? Ceritera CINTA adakalanya tak masuk diakal. Mengapa perlu dikejar CINTA yang bukan milik kita? Mengapa sering meratap hiba tatkala CINTA itu sememangnya terlalu payah untuk dizahirkan lantaran perbezaan agama, darjat serta status diri? Mungkin juga CINTA yang hadir itu sekadar ujian untuk melihat sehebat mana CINTA yang sedia ada itu bertahta dihati?

Perlukah, wajarkah, berbaloikah memusnahkan dua CINTA yang sedia ada semata-mata mahu membina sebuah CINTA yang belum tentu ada bahagianya? belum tentu ada keikhlasannya? Belum tentu CINTA itu hingga kehujung nyawa...?

Pada aku, cukuplah disini. Menyintai dan dicintai oleh seorang khalifah yang menjadi nadi pada kehidupanku, sudah cukup untuk mendefinasikan pengertian CINTA pada diriku. Jatuh CINTA itu mudah, namun untuk mempertahankan CINTA itu adalah sesuatu yang bukan mudah.... memerlukan pengertian, adunan serta timbang tara yang betul dan seimbang...

CINTA - Hiduplah dihati kami suami isteri diiringi dengan keredhaanNYA....





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...