Saturday, March 19, 2011

Tesco @ 12.55 Malam

AIYAKKKK.... LUPO BOLI ADIAH.....!!!
Penangan tengok wayang citer 'Unknown' punya pasal la...aku terlupa sungguh nak membeli hadiah kat member Mr. Hubby. Kihkihkih...nasib baik mood Mr.Hubby ok malam tu.....


KEADAAN TESCO YANG LENGANG...
DEKAT KOL SATU PAGI BEB....
Kui Kui Kui... dengan muka selambanya aku menguis-nguis Mr. Hubby malam tu. ajak dia gi Tesco memboli adiah untuk kawan dia yang melangsungkan majlis pernikahan esoknya. Nasib baik ler ada Tesco yang tutup jam 1am setiap weekend. Ada gak tempat nak memboli time-time emergency nih. Takkan nak berlenggang kangkung kot time gi kenduri tu nanti. Dah la kawan tempat kojer dia lak tu.... Udah 3rd time lol... udah 3rd time nikah dah kawan kita tu....

MR. HUBBY YANG MENONONG DEK
 KERANA MENGANTUK YA AMAT... HAHHAHA....







1st, wife dia meninggal, 2nd divorce yang mana time divorce tu arwah yang 1st dok ada lagi... so...this time harap-harap biarlah kekal ke akhir hayat. Insyaallah. Semoga bertemu bahagia yang dicari yer.... Ha... Mr.Hubby.... Ai tingat la time kita dok sembang-sembang dulu...


"Baby nak kawen lagi dak?"
"Hmmm... napa?"
"Ada niat nak pasang 2-3 ker?"
"Insyaallah...tak rasanya. Banyak susah dari senang...cukuplah yang dok ada ni haaa....best la seminggu dua...lepas tu... sakit kepala...Tanggungjawab tu yang berat...ingat senang nak pikul 2-3 tanggungjawab sekaligus??? "

Fuhhhh...!!! lega teman mendengarnya... jangan nak pasang cawangan sana-sini yer... Minta dijauhkan walaupun ianya halal disisi agama. Kesian kat anak-anak yang terpaksa berkongsi mak bapak. 

Tapi pada yang telah ditakdirkan hidup berkongsi... pandai-pandailah membawa diri. Bijak-bijakanlah akal fikiran tu untuk mengemudi.... bukan senang nak bela anak orang....Dan bukan ringan tanggungjawab setelah 'bersalaman' dengan tok kadi... kewkewkew....

May Allah Bless


Friday, March 18, 2011

Rumah Antu Kak Limah Versi Taiping

Enjit...enjit semut....sapa sakit naik atas.....


Hahahaha.... aku dah 4 kali ulang tengok citer hantu kak limah. So on... last few week aku balik ke kampung kelahiran aku.... dan terpandangkan rumah kosong nih.... Tak perlu aku nyatakan rumah siapa...dimana... yang aku dapat agak... agak-agak ko ada tak hantu kak limah versi taiping dalam umah kosong nih?? 

Ops... nampak pulak kepala my hubby dok tengah mencari-cari mata kail yang berterabur sebab plastiknya diterbangkan dek angin petang tu. Hihihihihi....
Ish...rumah kalo tak der orang duduk.... sapa yang duduk? antu..... but parit depan umah ni la tempat mak aku, hubby aku rajin dok mancing. Banyak ikan jugak...leh la tahan... 


Kat mana ler tuan umah ni yer... kui kui kui... 
Ni kalo tuan umah tu baca entry aku ni... maunya dia ligan aku ngan parang sebab publish picture umah dia tanpa kebenaran.... aterrrr.... umah kosong kan kan kan....

Ops.... sorry yer mak long melah.... raya posa kita bermaafan yer.... kewkewkew

Thursday, March 17, 2011

Kalau Nak Tengok Wayang 'Midnight'

Mak oiii.... mana keta aku??? 

Kuor jer dari Tanjung Golden Village Cinema @ Jusco Seberang Perai City aritu, lepas aku nengok Unknown Movie nasib baik aku tak meraung.... gila ko.... tak pernah-pernah jadi macam ni kat aku sepanjang aku dok in out cinema.

Kan aku kata nak citer perihal insiden time aku nengok Unknown aritu... Sawan sekejap ko... time sampai, aku naik kot pintu lain, nak balik turun kot pintu lain, inilah akibatnya. SESAT !!!




TGV not so user friendly la weih kalo nak nengok Midnight. Baik pergi GSC@Sunway Carnival Mall. Parking senang, nak cari keta bila kuar wayang tengah-tengah malam pun senang. Ni idok...tercongok-congok aku. Dah la jalan sengsorang... Malam tu bila aku inform Mr. Hubby, hah... gelak besar dia.


Then... sib baik la aku ada snapkan number tiang time aku baru sampai that day. Itulah gunanya camera tomey yang sentiasa ada dalam handbang aku. Ada gak pekdahnyer.

This is number tiang yang aku snap... Kalo ko pakai handphone yang ada camera, better do this step kalau ko enter to the huge basement parking lot. Manalah tahu.... naik kot lain, turun kot lain.... macam aku.... kewkewkew....

And rega tiket pun aku rasa GSC murah lagi... beza kat RM2 jugak ler.... So... which one do u prefer??
May Allah Bless





Wayang...wayang...wayang & wayang

Bila aku stress.... aku tengok wayang...
Bila aku tention... aku tengok wayang...
Bila aku depress...aku tengok wayang...
Bila aku buntu... aku tengok wayang...
Bila aku keliru... aku tengok wayang...
Bila aku lonely... aku tengok wayang...

It's better than me membawa diri jauh ke KL or JB macam yang selalu aku lakukan dulu kan?? It's better than me marah-marah merapu bila dah over depression kan?? It's better than me dok buat benda-benda merapu kan?? So... thanks god. Sebab adanya GSC & TGV yang selama ni dok meringankan beban yang aku tanggung. Jangan tak percaya yang aku selalu buat movie marathon. 4 movie in 1 day. Jangan buat-buat heran yorrr...

It's all happen because I have no place to talk to...No ones know... No ones will understand because you are not standing in my place...

So... BACK OFF...!!!
kui kui kui... nak nengok citer apa minggu ni ek....

BILA PUDAR CINTA DIHATI..

A story of my friend.

"Awak dah gemuk... Awak dah makin berisi....eee... Badan awak dah berlapis-lapis...."


"Awak dah gemuk... Awak dah makin berisi....eee... Badan awak dah berlapis-lapis...." Cuba ko bayangkan perasaan my friend ni. Tup-tup laki dia keluarkan statement maut cenggitu. Aik....time nak suruh dilayan on the bed... Tak pulak si Laki ni nampak segala macam isi yang berlapis-lapis tu.  Tetiba jer semua tu hilang when we talk about sex ek? Dah memang dasar dinamakan 'jantan'. Spesis ni, (mungkin ada la yg Ok...dalam 20% kot...no ones know) memang jenis tak tahu malu. Aku pun terfikir la jugak. Para Isteri ni kalau laki sakit ke...tak larat ke... Setia ja menemani. No matter la laki dia gemuk, pendek, badan sekeping, tempang hatta muka macam longkang sekalipun, si isteri tetap setia wokay... 

Kalau sebaliknya? Hampeh... Kalau masa kahwin dulu my friend ni bekas ratu cantik, bekas model... Lain la cerita. But si jantan ni kena la suluh muka kat cermin toilet dulu & say...'layak ke aku nak kahwin dengan that type of woman?' Allah dah tetapkan jodoh kita. Terimalah dengan seadanya. Hatta isterimu sebesar almari yang berjalan sekalipun, dia tetap ibu kepada anak-anakmu. Isteri yang melengkapkan hidupmu, wanita yang menerima segalaekuranganmu. Bersyukurlah sebab ada jugak isteri. Ada je lelaki kat luar sana yang hampir sempurna segala segi tapi masih berseorangan. (I know a few man from this type)  Dan laki member aku ni yang hidup pun ala-ala 'tak lebih tak kurang' ni, ada jugak perempuan yang sanggup jadi isteri dia . So? Fikir-fikirlah sebelum nak menyakitkan dan melukakan hati isterimu. Nak komen boleh, but biarlah dengan bahasa yang lembut dan tidak melukakan. Bukan main serbu macam orang tak beradab. Main serbu  macam jantan kaberet (aku amek dari ayat my previous entry...hahaha ). Be rasional. Sebab emosi wanita ni fragile. Sekali terluka, parut tu dia bawak sampai mati. She will forgive, but not forget. So, PLEASE THINK....!!!


Wednesday, March 16, 2011

HIV



Bukan setakat SEX rambang...SEX terlarang atau SEX murahan yang banyakkkkk la sangat terjadi sekarang ni... (even depan mata aku pon ado... what can I say? semua dah besar panjang...pandai-pandai la judge yang mana HALAL yang mana HARAM...)


CARA TERKINI HIV BOLEH MEREBAK....
(Somebody yang know about this, kindly comment ok? KKM person maybe??? My Big Bro...Angah... komen sikit...)

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati... .

4. Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... ..mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda.

Sila 'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja...

Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan, MALAYSIA.

Tuesday, March 15, 2011

Disini Budak Gemok Bersekolah....

Kat sini ler budak gemok a.k.a angah bersekolah. Dulu dia tak ler gemo.... tapi sekalang...itu budak hoh...sudah gemo sebab dia gemo adalah...sebab dia suker makan & suker tido macam Oya yang gemok jugak..... (pehal bahasa aku neh...)

Hahahahah.... aritu jenjalan kat umah adik angkat my mum, nengok Dr. Abu yang sikalang sudah encem.... dulu arr...ini budak banyak gemokk.... gemok pendek lagi kooo...pipi dia tembam... sikalang...tengah study kat mesir... bakal Dr. tu..... Dr. Abu balik mesia sebab kat tempat dia ada rusuhan lol.... so...kite stop jap citer pasal Dr. Abu.... hahahahah...satgi ada pulak yang berkenan nak buat menantu.... hahahahah....


Ni sekolah angah...sekolah oya aku dok amek gambo... erk... aku nak kena gi sekolah kakak la amik gambo...satgi sentap pulak budak gemok kat TM tu... Saje je publish entry nih.... camera gemok kan ada kat Oya...so, aku tolong la snapkan hari tu sebab my Lumix always in my giant handbag.... Aterrr gemok weih....ingat along snap sesaja je ker? tak gheti-gheti nak belanja Pizza ker.... Mc D ker.... paling idak pun Bawal Panas ker...... paham-paham la yeeee... Apa ke nama cikgu yang close ngan mu dulu tu??


May Allah Bless

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...