Thursday, March 17, 2011

Kalau Nak Tengok Wayang 'Midnight'

Mak oiii.... mana keta aku??? 

Kuor jer dari Tanjung Golden Village Cinema @ Jusco Seberang Perai City aritu, lepas aku nengok Unknown Movie nasib baik aku tak meraung.... gila ko.... tak pernah-pernah jadi macam ni kat aku sepanjang aku dok in out cinema.

Kan aku kata nak citer perihal insiden time aku nengok Unknown aritu... Sawan sekejap ko... time sampai, aku naik kot pintu lain, nak balik turun kot pintu lain, inilah akibatnya. SESAT !!!




TGV not so user friendly la weih kalo nak nengok Midnight. Baik pergi GSC@Sunway Carnival Mall. Parking senang, nak cari keta bila kuar wayang tengah-tengah malam pun senang. Ni idok...tercongok-congok aku. Dah la jalan sengsorang... Malam tu bila aku inform Mr. Hubby, hah... gelak besar dia.


Then... sib baik la aku ada snapkan number tiang time aku baru sampai that day. Itulah gunanya camera tomey yang sentiasa ada dalam handbang aku. Ada gak pekdahnyer.

This is number tiang yang aku snap... Kalo ko pakai handphone yang ada camera, better do this step kalau ko enter to the huge basement parking lot. Manalah tahu.... naik kot lain, turun kot lain.... macam aku.... kewkewkew....

And rega tiket pun aku rasa GSC murah lagi... beza kat RM2 jugak ler.... So... which one do u prefer??
May Allah Bless





Wayang...wayang...wayang & wayang

Bila aku stress.... aku tengok wayang...
Bila aku tention... aku tengok wayang...
Bila aku depress...aku tengok wayang...
Bila aku buntu... aku tengok wayang...
Bila aku keliru... aku tengok wayang...
Bila aku lonely... aku tengok wayang...

It's better than me membawa diri jauh ke KL or JB macam yang selalu aku lakukan dulu kan?? It's better than me marah-marah merapu bila dah over depression kan?? It's better than me dok buat benda-benda merapu kan?? So... thanks god. Sebab adanya GSC & TGV yang selama ni dok meringankan beban yang aku tanggung. Jangan tak percaya yang aku selalu buat movie marathon. 4 movie in 1 day. Jangan buat-buat heran yorrr...

It's all happen because I have no place to talk to...No ones know... No ones will understand because you are not standing in my place...

So... BACK OFF...!!!
kui kui kui... nak nengok citer apa minggu ni ek....

BILA PUDAR CINTA DIHATI..

A story of my friend.

"Awak dah gemuk... Awak dah makin berisi....eee... Badan awak dah berlapis-lapis...."


"Awak dah gemuk... Awak dah makin berisi....eee... Badan awak dah berlapis-lapis...." Cuba ko bayangkan perasaan my friend ni. Tup-tup laki dia keluarkan statement maut cenggitu. Aik....time nak suruh dilayan on the bed... Tak pulak si Laki ni nampak segala macam isi yang berlapis-lapis tu.  Tetiba jer semua tu hilang when we talk about sex ek? Dah memang dasar dinamakan 'jantan'. Spesis ni, (mungkin ada la yg Ok...dalam 20% kot...no ones know) memang jenis tak tahu malu. Aku pun terfikir la jugak. Para Isteri ni kalau laki sakit ke...tak larat ke... Setia ja menemani. No matter la laki dia gemuk, pendek, badan sekeping, tempang hatta muka macam longkang sekalipun, si isteri tetap setia wokay... 

Kalau sebaliknya? Hampeh... Kalau masa kahwin dulu my friend ni bekas ratu cantik, bekas model... Lain la cerita. But si jantan ni kena la suluh muka kat cermin toilet dulu & say...'layak ke aku nak kahwin dengan that type of woman?' Allah dah tetapkan jodoh kita. Terimalah dengan seadanya. Hatta isterimu sebesar almari yang berjalan sekalipun, dia tetap ibu kepada anak-anakmu. Isteri yang melengkapkan hidupmu, wanita yang menerima segalaekuranganmu. Bersyukurlah sebab ada jugak isteri. Ada je lelaki kat luar sana yang hampir sempurna segala segi tapi masih berseorangan. (I know a few man from this type)  Dan laki member aku ni yang hidup pun ala-ala 'tak lebih tak kurang' ni, ada jugak perempuan yang sanggup jadi isteri dia . So? Fikir-fikirlah sebelum nak menyakitkan dan melukakan hati isterimu. Nak komen boleh, but biarlah dengan bahasa yang lembut dan tidak melukakan. Bukan main serbu macam orang tak beradab. Main serbu  macam jantan kaberet (aku amek dari ayat my previous entry...hahaha ). Be rasional. Sebab emosi wanita ni fragile. Sekali terluka, parut tu dia bawak sampai mati. She will forgive, but not forget. So, PLEASE THINK....!!!


Wednesday, March 16, 2011

HIV



Bukan setakat SEX rambang...SEX terlarang atau SEX murahan yang banyakkkkk la sangat terjadi sekarang ni... (even depan mata aku pon ado... what can I say? semua dah besar panjang...pandai-pandai la judge yang mana HALAL yang mana HARAM...)


CARA TERKINI HIV BOLEH MEREBAK....
(Somebody yang know about this, kindly comment ok? KKM person maybe??? My Big Bro...Angah... komen sikit...)

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati... .

4. Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... ..mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda.

Sila 'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja...

Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan, MALAYSIA.

Tuesday, March 15, 2011

Disini Budak Gemok Bersekolah....

Kat sini ler budak gemok a.k.a angah bersekolah. Dulu dia tak ler gemo.... tapi sekalang...itu budak hoh...sudah gemo sebab dia gemo adalah...sebab dia suker makan & suker tido macam Oya yang gemok jugak..... (pehal bahasa aku neh...)

Hahahahah.... aritu jenjalan kat umah adik angkat my mum, nengok Dr. Abu yang sikalang sudah encem.... dulu arr...ini budak banyak gemokk.... gemok pendek lagi kooo...pipi dia tembam... sikalang...tengah study kat mesir... bakal Dr. tu..... Dr. Abu balik mesia sebab kat tempat dia ada rusuhan lol.... so...kite stop jap citer pasal Dr. Abu.... hahahahah...satgi ada pulak yang berkenan nak buat menantu.... hahahahah....


Ni sekolah angah...sekolah oya aku dok amek gambo... erk... aku nak kena gi sekolah kakak la amik gambo...satgi sentap pulak budak gemok kat TM tu... Saje je publish entry nih.... camera gemok kan ada kat Oya...so, aku tolong la snapkan hari tu sebab my Lumix always in my giant handbag.... Aterrr gemok weih....ingat along snap sesaja je ker? tak gheti-gheti nak belanja Pizza ker.... Mc D ker.... paling idak pun Bawal Panas ker...... paham-paham la yeeee... Apa ke nama cikgu yang close ngan mu dulu tu??


May Allah Bless

Cik Carlo Rino

Cik Carlo Rino... selamat mendiami 'rumah' baru yer.... leh la kawan ngan 'new baby' & Mr. O2....
Itupun setelah 4 kali tuan rumah 'menjenguk' Cik Carlo Rino latest edition di sebalik cermin kaca sejak 3 bulan yan lalu.... Cuma nasib baik juga tuan rumah tak kena halau dek amoi SA Pacific.... sebab asal ke Pacific jer... menjenguklah tuan rumah pada Cik Carlo Rino... even time tuan rumah pergi pacific dengan family tuan rumah pun, tuan rumah curik-curik menyelinap kat rumah sewa Cik Carlo Rino.... sob..sob...sob

Finally..... Cik Carlo Rino latest edition for zip type of purse berjaya disunting....Itupun mujur tuan rumah dah berpekin-pekin dan berjimat cermat secermat-cermatnya mengumpulkan 60 ke 70 hengget sebulan untuk meminang Cik Carlo Rino.... ish ish ish... duduk bebaik tau dalam rumah baru.... kawan elok-elok yer ngan 'new baby' (a special gift dari Mr. Hubby) & Mr. O2... jangan gado-gado....

Alhamdulillah diatas rezeki yang diberi oleh Allah swt...

Ada sebab yang tersurat about this Cik Carlo Rino.... nanti-nantilah tuan umah publish....


May Allah Bless



Monday, March 14, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

MENDUKACITAKAN...!!!!

Yes... for me, Hikayat Merong Mahawangsa is teribble..!!! amat amat mendukacitakan.... Filem yang terlampau banyak la sangat CGI sehingga jadi tak logik.. tak masuk di akal dan for the first time for me as 'HANTU WAYANG'.... aku terlena about 5 minute time tengok cerita ni. Hah..... punya la teruk... banyak sangat CGI sampai dah jadi macam kisah video game. Promo punyalah hebat... tapi, cerita? hampes ...!!! Time orang2 Rome bersembang, pandai pulak script dalam bahasa omputih.... time puteri cina pun hentam omputih... pehal??? cakap la cina... zaman tu puteri cina tahu ke bahasa omputih??? adoiiii..... 

Baik cerita hantu kak limah, modal ciput, cerita sempoi dan berbaloi-baloi. orang pun puas hati nengoknya... betullah,....less is more.

And for the next day, aku tengok Unknown.... about this movie@TGV aku akan citer kemudian....
Ada jugak pekdahnya dari cita HMM yang kroiiittt.... cet.... rugi duit tiket aku... agaknya KRU Movies pun aku nak kena pangkah cam cita Senario gamaknya..... 

Pendapat aku.... tak yah la bazir nak invest cash kat HMM.... promo sakan but citer...it's TOOO BADDDD





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...