Tuesday, November 08, 2011

Mulut Longkang

Note : Entry ni tak ada kena mengena langsung dengan Mr.Hubby....
This is an ANGRY entry, Kindly SKIP if you feel UNCOMFORTABLE... ^__^

Sekali kepercayaan yang aku bagi dinodai, sooo sorry. I won't trust it again at all. Bila aku hulurkan kasih sayang mahupun gurauan, tapi bila dibalas dengan kata-kata yang berupa 'celaka, cibai, pukimak, macam gampang'... hahahahah... sorry la wei...dari hujung rambut sampai hujung kaki memang aku pangkah. Bukan pangkah undi...tapi pangkah meluat dengan manusia yang tak ada adab ... by the way... siapa yang  'celaka, cibai, pukimak, macam gampang' kalau bukan dirimu sendiri? cer citer cer citer... sapa yang selalu baca entry kat blog aku akan tahu siapa yang selalu jadikan 'celaka, cibai, pukimak, macam gampang' tak ubah bagaikan zikir dimulut...dan sapa yang close dengan aku akan mudah untuk mengetahui..... so pity that young lady....

Baru sangat hidup.... baru nak kenal dunia dah bongkak dan angkuh... tak lama lagi akan tergelincir la jawabnya. Itu lumrah pada manusia-manusia yang sentiasa rasakan dirinya cukup sempurna. Manusia-manusia yang merasakan diri mereka sentiasa betul. Manusia-manusia yang egonya mengatasi keimanan dan akal fikiran... ha... manusia itulah yang akan mudah jatuh tergelincir dengan sikap dan sifat mereka sendiri.

Kesian.... biar je lah.... Buang masa buang tenaga kalau nak layan manusia macam ni.... Bior je... bukan rugi apa pun kalau dia terus hanyut.... bior je si luncai terjun dengan labu-labunya.... biarkan... biarkan...

Ha Ha Ha....











Nasihat la konon....


Note : Entry ni tak ada kena mengena langsung dengan Mr.Hubby....
This is an ANGRY entry, Kindly SKIP if you feel UNCOMFORTABLE... ^__^


Eeeee... tak boleh blah betul... 

Sendiri jalan tak betul macam orang mabuk...sendiri jalan pun dah macam orang lalok....
ada hati nak betulkan orang.... Kita ni.. kalau nak bagi nasihat kat orang lain, kena make sure diri tu betul dulu... kena make sure diri tu 'elok' dulu. Kena pastikan diri tu 'bersih suci murni' luar dalam dulu (ala-ala syampu sunsilk gitu... hahahahaah) ... Then barulah boleh nak bagi nasihat kat orang sana sini. Macam tu baru orang hormat kat kita... Dah tu pulak... siap ungkit pasal masa depan sipolan-sipolan lagi...  Alahai... kesian sungguh aku pada manusia haprak yang sebegini... 'masa depan' sendiri pun entah macam mana rupanya...entah terang, entah malap, entah kelam, entah suram... hak hak hak.... ada hati pulak tu nak bercakap pasal masa depan orang? so pity you.... kesian... Tapi, maaflah banyak-banyak ya... aku tak ada masa extra nak bantu ko perbetulkan diri ko yang pincang tu... Truly sorry... hak hak hak... siap nak suruh aku fikir tentang masa depan lagi tu.... lawak...lawak....

Sebab apa aku tak nak perbetulkan, sebab ko manusia yang tak boleh nak ditegur. Tak boleh nak diberi nasihat... kalau tegur... or diberi nasihat, cip*p  tu TERSENTAP-SENTAP macam apa lagi dah... so... yang LOST biarkan lah terus LOST.... aku tak rugi apa-apa... ^__^

Ala... lorrr... perumpamaan seperti : kain sendiri terkoyak sampai nampak cip*p pun ko  tu masih dok sibuk sibuk nak perbetulkan kain orang... (perumpamaan ikut suka kepala tokwan haku lerrrrr) . solat 5 waktu pun ko nak tunjuk2... ala... sekejap je pun aku tengok... lepas tu berterabur balik... sebab apa? sebab niat ko tak ikhlas, niat ko solat sebab nak menunjuk-nunjuk... Niat ko kerana manusia.. bukan kerana ALLAH.... again, pity you.

Satu lagi... jangan la dok tayang-tayang adegan berlaga segala berlaga itu ini dengan orang yang bukan muhrim... kalau dah suka sangat nak 'berlaga'laga' sangat pun, jangan la dok tunjuk merata.... Don't be tooo tooo tooo cheap. Kesian kat mak bapak... Macam yang aku selalu cakap.... walaupun bangang... jangan la dok nak tunjuk sangat kebangangan tu kat orang.... meluat orang tengok...  Tak kesian kat mak bapak eh? Dosa mereka sendiri pun dah tak larat mereka nak tanggung... ni nak kena tanggung 'tempias' akibat perbuatan anak-anak pulak... Insaflah.... bawak-bawak la bertaubat dengan setiap kemungkaran yang 'mungkin' sedang dan yang sudah dilakukan.

May Allah Bless YOU !!!
Ha Ha Ha....




Saturday, November 05, 2011

Salam Aidiladha DRC...

Salam Aidiladha, Professor Madya Dr. Abdul 'R'. a.k.a Dr. Caldina....

(Few of my blogger friend always ask me... who are you... Truly, You're my friend, my big brother & in some situation, you're my reference....)

Kekadang inilah hakikat hidup yang perlu kita hadapi. Apa juga anugerah yang diberikan oleh Allah kepada kita, ketahuilah, ianya adalah yang terbaik buat kita. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jangan memandang pada sesuatu keindahan yang bukan milik kita. Yang bukan hak kita. Yang mana kita tidak layak sama sekali untuknya. Sesungguhnya, Allah itu maha mengetahui tiap sesuatu.

Hati manusia kita tak boleh nak kawal DRC.... bukan boleh dipaksa-paksa untuk sayang, cinta, rindu, dan menerima kita sepertimana kita menerima dirinya... Jangan paksa hati'nya' DRC.... lagi you paksa... dia akan lagi jauh jauh dan jauh dari you...

I'm glad to hear that you're safely arrived Kedah. Raya Aidilfitri di Kedah, dan raya Aidiladha juga Kedah. Alhamdulillah.... As you mom said.... You're a good son.

Manuscript? Just a few pages for today. I'm so tired after baking 2 pcs of cake for Aidil Adha. Drive safely on your holidays. 

May Allah Bless... for all of us...








Friday, November 04, 2011

Tart Nenas Untuk Hubby...

A Touching Story..
Dulu aku memang jenis yang tak berapa suka nak merenyah itu ini... Nak nak bab masak or buat kek or buat biskut raya.... Nak dijadikan cerita.... Kelmarin dulu ntah sawan apa yang melanda, aku buat satu bancuhan tart nenas. Dapat la dalam 105 pcs. Ngap ngap ngap sambil bakar tu, tinggallah dalam 90pcs macam tu. Aku susun dalam bekas kedap udara then letak la atas meja makan. Hubby balik kerja, lepas basuh tangan terus dia bukak bekas kuih tart tu you.... mak aiiiii... kembang kuncup hidung ni dek menahan sebak sebab my hubby makan my 1st time tart nenas yang aku buat sendiri... Biasanya main rembat kat umah mak je....


Ok... habis bab kelmarin dulu....
Pagi tadi, dalam pukul 4am macam tu... aku terjaga oleh panggilan alam.... ish.... aku kejut baby teman gi toilet... penakut maaaaa....

" Baby... baby nak gi toilet dak? "
2 - 3 kali panggil baru hubby aku menguit....
"Teman sayang gi toilet jap..."
"ok.... hmmm... kuih tart tu ada lagi tak?"
"HAH !!!" 

Hubby aku nak makan kuih tart @4am??? mak aiiii...... sob sob sob.... tersentuh hati kecil seorang isteri yang baru terbukak hati nak belajor buat biskut itu ini.... hak hak hak....

Sob..Sob..Sob....
Bila Hubby makan 7-8 biji tart nenas aku pagi tadi... terdetik sejuta rasa sayang pada dia. Dia menerima aku seadanya. Segala kekurangan aku diterimanya dengan sepenuh hati. Terdetik doa dihati agar Allah peliharailah pernikahan ini sehingga ke akhir hayat kami....
Aku amat bahagia.... Alhamdulillah...

May Allah Bless....







Blend Eyeshadow

Hohohohohho.... Berkurun tak upodate blog... Ampehssss... aku dilanda penyakit malas ya amat... amat amat malas.... semalas-malasnya....

Moh moh moh citer bab mekap.... hahahahaha....

Aku siap amik gambo lagil untuk entry kali ni. Walaupun ya ampun... punyalah malas nak upload gambo.... This entry is about eyeshadow. How do you 'blend' the colour...( not blender wokay...)


Let me introduce to you.. my 'sepet eyes'.... Mr Hubby selalu kata mata aku sepet... tapi pada aku.. bukan sepet, mataku ini lebih kepada istilah 'kecik cute'... muahahahahah

Both colour on this picture is coming from SimplySity eyeshadow yang tercabut dari casing. Click - 
SimplySity Eyeshadow 
And the eyeliner comes from Lilian Vital - Cosway.

The colours for me is nice. Aku prefer blend use my own finger than brush. Somehow, ada jugak yang prefer brush sebab tangan tak comot lol....A little big orange on the inside and dark tone on the outside. Eye liner wajib pakai untuk menampakkan effect mata yang lebih sharp. Jangan tengok on my eyebrow yang bersepah tak ketahuan yer... focus on the eye... hahahaha.... But aku dok perati, ramai lagi blogger yang pandai blend eyeshadow. Aku hanya amatur yang belum cukup arif bab blend blend nih... hak hak hak ....

Saturday, October 29, 2011

The Walking Dead


Patutlah ASTRO promo cita ni merata-rata. Memang besh ghupanya. Citer zombie. Aku pun tengok secara tak sengaja last week. Siri terkini episod 2 musim ke 2 aku tak sempat tengok malam tadi sebab Mr.Hubby conquer tv tengok Dragon Balls. Hadoiiii... So, kena tunggu tayangan ulangan after lunch nanti. Berdebar-debar  yunk sebab tengok cita zombie sorang-sorang. kalau kat cinema feel dia lain.... kat umah sengsorang feel dia lain....



CSI aku dah stop follow dah. Makin mengarut-ngarut jalan cerita dia. Dan dah terlalu lama rasanya SCI's on the AXN. Asyik muka yang sama jer... nak la jugak tangok muka hero lain kat CSI tu.

Zombie Kampung Pisang? ke Wlking Dead? :-)




Friday, October 28, 2011

Haiyohhhh...Sangat Stress Woihhhh....

Eeeeeeee......
Nasib baik baking chocolate moist petang tadi menjadi. Terubat la sikit hati. Bila stress... aku ngap ngap ngap. Mr. Hubby kata sedap.... DRC kata nak order masa dia balik raya haji nanti...Hoi... tengok gambo je boleh tau ke sedap ke idok? ampehssss la you.... hak hak hak... mana bleh buat jual lagi... baru 1st time buat lol....

Hadoiiii....
Kadang-kala manusia terlupa untuk membezakan yang mana penting, yang mana sunat, yang mana wajib, yang mana keperluan, yang mana harus, yang mana TAK PENTING sama sekali... Ayat pun dah tunggang terbalik dah...memanmg aku stress...

Dia aku perlu dulukan dari semua-semua.... Dia aku perlu merujuk dari segala segi... Dia berada dihadapan pada setiap gerak langkahku. Tolonglah. Fahami dan mengertilah bahawa Dia mempunyai kuasa mutlak keatas diriku, keatas seluruh jiwa ragaku. Bukannya payah pun untuk memahami. Belajar untuk bertoleransi. Belajar untuk memahami dan belajar untuk berfikiran secara TERBUKA! Itu sahaja. Kerana aku mahu keredhaanNYA melalui DIA. Jangan selalu sangat letakkan aku dalam dilema serba salah. Kerana kesabaran manusia ada batas. Penerimaan manusia juga ada batas. Manis masin pahit hati manusia juga ada batas sebelum ianya menjadi tawar. Susah untuk aku berkata-kata. Bersuara salah, tak bersuara pun salah, Bersuara aku tetap nampak salah, tak bersuara pun aku juga yang nampak salah.... lantaran, apa tindakan yang perlu aku ambil ??

Perlu ke diutamakan pada sesuatu yang kurang penting berbanding dengan periuk nasi kita sendiri? Cuba cerita... things happen with a reason wokay..... tak luak tak bertambah kalau aku ada atau tak ada..... periuk nasi itu lebih penting untuk diutamakan disebabkan deadline yang menghimpit kerana December hanya tinggal sebulan sahaja lagi.... Bukan sengaja atau suka suka untuk menghindari Walimatul Urus.... tanggungjawab sudah terpikul dibahu untuk merealisasikan deadline yang berkait rapat dengan kepercayaan serta amanah yang diberikan pada Mr.Hubby...Arahan untuk menyiapakan dateline dah keluar sebulan yang lalu...Iaitu 2 minggu sebelum undangan walimatul urus itu aku terima. Yang pasti, bukan aku sengaja.... Tolonglah faham pada yang nak faham.... Pada yang tak pernah cuba untuk faham... aku tak mampu untuk memuaskan hati semua pihak....

May Allah Bless....





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...