Panaz... Panaz... Panaz...
Yang 'itu' adalah 'warisan'... 'warisan' berpuluh tahun dah... yang 'Sarip Dol' tu sesuka hati nak minta menjadi 'pengganti' apa kes ?? walaupun ianya mungkin BERGURAU semata, perlu la sesuai pada tempatnya... perlu sesuai pada orangnya...perlu sesuai pada keadaannya... Jangan ada niat hendak menutup pintu rezeki orang lain... tak elok.... 'Dia' masih mempunyai beberapa orang 'pewaris' yang sah... so.. please BACK OFF from OUR properties...
Yang Sarip Dol kat umah aku ni pulak... sesuka hati tok wan dia jer dok tido atas bumbung PKD aku... hampehssssss... Nak kena jirus ayor jugak la ni gamaknya....
Sunday, August 14, 2011
Saturday, August 13, 2011
Demam Angry Birds
Aku akui.. memang agak ketinggalan jika nak dibandingkan dengan Mr. Hubby dalam 'games world'... Sejak bertukar dari Cybershot ke Smartphone which is Android, Mr Hubby memang tak lekang dengan games... dari satu ke satu games yang dia deleta & donlod, delete & donlod....
Last 2 week masa jenjalan kat Tesco ngan family aku... budak gemok dok mencari cover untuk engpong dia... Aku terpandangkan satu replika patung bulat... muka bengis tahap tak ingat.... hahahah.... kaler merah gitu....
itulah ANGRY BIRDS yang sekarang ni orang dok pulun layan... Aku ja yang tertinggal... hahahahah....
So... kat Tesco Penang aritu, aku terpandangkanlah satu replika yang cukup-cukup ngam dah ngan mataku sebab ianya aku tatap setiap malam sebelum tido...which is penyakit 'hantu games' dari Mr.Hubby dah berjangkit padaku.... hahahahaha.. Sana sini ada dia ni... sampaikan ke tanglung pun depa design benda ni... vavi pun ado... itu yang buat tersenyum-senyum... sikit hari lagi sure T -Shirt pun akan ada gambo benda alah ni.... Ker memang dah ado tapi aku je yang tatau??? hahahahaha....
Tuesday, August 09, 2011
Blusher... Blusher... Blusher & Chubby... chubby... chubby...
Jom kita citer bab mekap... :-)
Aku memanggggggg suka mekap.... Stock mekap aku ada la 2 kotak kasut. 2 kotak kasut tu mekap yang aku jarang-jarang sangat pakai. Tunggu nak di 'let go' kat sapa-sapa jer...Yang aku selalu usung kehulu-kehilir is 3 cute pouch.... Yang dalam tu semua yang aku sayang.
BLUSHER... BLUSHER.. BLUSHER...
Ko tak pakai blusher? hmm... tak pa.. tak pa. terpulang pada individu jugak. Blusher merupakan penyeri kepada keseluruhan mekap yang kau pakai. Kalau tang mata, bibir, kening, eyelash suma dah cantik, tapi kat pipi tu 'kosong'.... ianya akan mencacatkan keseluruhan makeup yang dikenakan dimuka. So far blusher yang aku boleh rekomenkan adalah blusher dari brand Esteelauder, Dior & Simplysiti. This 3 brand is good in blusher presentation. I've used this 3 brand since 2009. Simplysiti dah masuk tahun kedua tapi tak habis-habis lagi. :-)
Sebelum mengenakan blusher, make sura kaler lipstick ko selari / selaras / seragam dengan blusher yang bakal ko tenyeh ditulang pipimu. Jangan lipstick kaler pink, blusher ko kaler peach. Lipstik kaler merah cabai, blusher kaler pink pulak...Kedaung beb.... Pakai elok-elok atau tak payah pakai langsung. Jangan pakai terlalu terang or terlalu pudar. Ikut kesesuaian acara / event yang bakal ko pergi.
CHUBBY... CHUBBY.. CHUBBY...
Jangan sesekali sebab kita chubby, kita jadikan ianya sebagai alasan untuk tak 'bersiap' dengan sepatutnya. Yes, I'm chubby person. But I love make up sooo much. I also wearing high heel. I also wearing mascara... hahahah... Chubby dan make up merupakan dua definasi yang berbeza... please don't mix it macam kerabu pucuk paku dengan kerang. :-)
Jangan sebab kita chubby, kita malas nak bersiap... haaa... time tu jangan nak salahkan orang lain bila ada ja yang juih-juih mulut kat kita sebab kita tak jaga keterampilan... Jangan TUA sebelum waktunya.
Tutup ke-chubby-an kita tu dengan berpenampilan menarik dan senang mata memandang. My hubby is a smart guy... it's doesn't matter sebab I'm always confident to walk with him together with my full confident... Sebab, jarang-jarang sangat aku berjalan dengan hubby tanpa mempersiapkan diri terlebih dahulu. Rasanya kalau dalam 10 kali tu, sekali je kot aku biarkan muka aku 'kosong' tanpa secalit make up.
Tak ada salahnya untuk si chubby yang comel mengenakan high heel... dan tak ada siapa boleh marah bila si chubby yang comel make up grand2 untuk nampak cantik, selari dengan minah-minah slim melim diluar sana. Be urself & make urself pretty.... :-)
So.. tunggu apa lagi??
DRC itu sememangnya 'ADA' dan masih bernafas...!!!
One of my 'little sister' pernah bertanya pada aku a few month back. DRC tu siapa dan bagaimana hubungannya dengan ku. Suara yang sama juga pernah dalam ketawa menafikan kewujudan DRC dalam salah satu episod kehidupanku yang lepas dan masih wujud sehingga kini. Okeyyy... DRC is held a tittle of 'Professor Madya Dr' ..... from Universiti DOT DOT (Maybe KL) dan pernah bernaung dibawah satu bumbung dan satu naungan dengan Mr. Hubby. It's long long time ago. An old story that not supposed for me to publish here.
He/She also as a lecture for my niece.... What a small world..... :-)
Jantina DRC? Biarlah menjadi rahsia demi kebaikan semua pihak. Hubungan aku dengan dia.... Sekadar sahabat a.k.a teman untuk berkongsi cerita pada waktu-waktu yang tertentu dan sudah pastinya pada waktu-waktu yang amat terhad. Umur DRC? 'He' or 'She' is born in 196_. That's it. Itulah DRC yang mana sudah pasti namanya perlu aku simpan sebaik mungkin demi kebaikan bersama. I knew 'him' or 'her' since 2006. Kalau aku tak silap, 2 month sebelum abah meninggal. Yes. 1 day before my birthday. Hahahaha....
Mengenali DRC menjadikan aku sedar bahawa, apa yang kita ada hari ini adalah harta yang terbaik. Harta yang paling bernilai. Aku tak mahu My Hubby menangis meratap hiba seperti mana DRC pernah menangis dulu. Aku tak nak air mata seorang suami gugur kerana keegoan seorang isteri. Aku juga tak mahu harta kekayaan menutup ruang kasih sayang antara aku dan suami. Yes... DRC adalah satu kisah duka yang mana aku anyamkan kisah pilu itu didalam 'Syurgaku Padanya' - dengan keizinannya. Hahahaha... this person never missed to ask about my manuscript. Always & always.
Perihal kakak juga dia tak pernah lupa. Padanya seringkali aku khabarkan perihal kakak... dan padaku dikhabarkan olehnya perihal 'DIA' yang egonya menggunung dan sedalam mana hatinya seringkali tercalar. Sukarnya tatkala hati terguris dan jiwa tertekan dek himpitan keadaan yang sukar untuk dirungkai.
As usual... 'He' or 'she' is really-really UNPREDICTABLE... sukar untuk aku ramalkan setiap gerak geri serta rentak bicara. Yang nyata.... Kisah hati adalah sebuah kisah pilu yang terlalu sukar untuk dizahirkan dengan mata pena. Biarlah ianya terus besembunyi nun jauh didasar hati. Hargailah segala apa yang kita ada kini kerana sememangnya kini apa yang aku ada.. apa yang DRC ada adalah harta yang terbaik kurniaan dariNYA.
P/S : For my 'little sister'... sememangnya DRC itu wujud dan masih bernafas... ! Further your study in UTM then you'll know how nice he/she is.... :-)
That is DRC - Professor Madya Dr. Caldina ( Just a name for his/her 3rd car ) Hahahahhaha....
May Allah bless... for both of us....
Friday, August 05, 2011
Penjawat Awam Dapat Bonus 2 Bulan...????
Hahahahaha.... Raya sakan ler dema....
Tapi... bior le apa yang bakal diperolehi itu berpatutan dengan kualiti kerja yang disalurkan kepada rakyat. Jangan la buat kerja dengan konsep " Kerja ke... tak kerja ker... cukup bulan on 25hb dapat gaji " ....
Kalau penjawat awam yang berkaitan dengan isu KESIHATAN (Kementerian Kesihatan Malaysia) & KESELAMATAN (Polis, Bomba, Air Force, Navy... ) worth it la kalau 5 - 6 bulan sekalipun. Sebab tugas-tugas mereka melibatkan NYAWA manusia dan KESELAMATAN rakyat... tak kira la apa condition sekalipun. Ni just kalau 'supporting staff' contohnya macam kerani, perunding, Pembantu Tadbir, Customer services....layak ke dapat imbuhan yang sama macam mereka-mereka yang memang rakyat tak boleh hidup aman tanpanya? Aku menulis bukan kerana aku tak dapat bonus tersebut ataupun bukan sebab aku apply kerja gomen tak dapat-dapat... hahahah...(apasal la gomen tak offer aku kerja ngan dema? sure boleh jadik pekerja paling berdedikasi... hikhihhihkhk)
Ianya berdasarkan fakta mengikut logic akal... Tengok macam pekerja swasta... bonus diberikan mengikut kualiti kerja serta level tanggungjawab. Bukan main pukul rata... itu baru adil. Sebab yang bekerja itu manusia... ada tinggi rendah... bukan mesin yang kita boleh setkan bila nak start bila nak stop.
Sepatutnya memang kena ada beza. Tak boleh main pukul rata memandangkan risiko kerja yang berbeza serta knowledge yang berbeza diantara Jabatan-Jabatan yang tersenarai. Banyak lagi pihak-pihak yang memerlukan bantuan kewangan yang sepatutnya kita lebih prihatin.
Renung-renungkan.
Rujuk kepada akhbar untuk maklumat lanjut dengan clik :-
Disclaimer :
Entry diatas adalah berdasarkan pendapat peribadi. Tidak bertujuan untuk menyokong mahupun membantah mana-mana pihak. Merujuk kepada Berita Sinar pada 8am, 5/8/2011 - Berkenaan proposal Ceupacs untuk 2 bulan bonus untuk penjawat awam. Mana-mana pihak yang tersinggung, penulis memohon maaf.
May Allah Bless...
Kasut Raya.... yeh yeh.. nak raya....
Bersemangat benau aku nak menyambut raya tahun ni. Bestnya... Minggu depan baru nak tengok kasut raya kakak...sebelum tu kasut raya ibu dah standby lama dah.... Since a few month ago... :-)
Kasut raya baby? tak payahlah sebab kasut baby dah ada 2 pasang yang still new... Camel & Adidas... mamat tu memang jarang beli membeli nih... tapi sekali beli... 'membunuh'.... hahahahaha... So, tahun ni kasut raya sayang ngan kakak udah ler...
High Heel.
Salah satu jenis kasut yang amat-amat menyenangkan kaki aku untuk menapak. It's a signal for your confident eventho akan menyebabkan kita sakit belakang kalau memakainya dalam jangkamasa yang lama. Aku tak kata yang berkasut rata itu tak ada keyakinan. It's depends on individu actually. Ikut keselesaan masing-masing. Sometimes berselipar itu lebih baik untuk kesihatan tulang belakang. But now we are talking about high heel . Definasi yang berbeza.
Jenis high heel, brand, structure, material, shape. Semua memainkan element penting dalam menjadikan high heel itu selesa untuk dipakai. Biasanya dan lazimnya, high heel di counter-counter like Vincci, NYC, Bonia, Sembonia merupakan sebahagian daripada brand yang memasarkan high heel yang berkualiti dan selesa. Mungkin a bit pricey... but untuk diri sendiri rasanya itu tak menjadi isu besar. Kalau ko tengok high heel yang dijual dipasar2 malam. Harga beza la dalam 20 - 30 ringgit, tapi kualiti mak datuk..... kedaung. Pakai sebulan dua ko kena let go kat Majlis Bandaran dah.... Bukan aku menghina high heel pasar malam..terpulang pada diri sendiri nak yang mana.... just wanna to compare the quality berdasarkan pengalaman dan pendapat aku... Sometimes harga high heel yang branded ni lebih murah dari pasar malam. Itu ko Kena tunggu mega sales, then beli. Barulah worth it. For the examples, kasut Bonia ni aku ada 2 pasang, same type, same design. Satu aku dah balun cukup2... still ok lagi kasut tu. Dan satu lagi simpan untuk raya. Harga sepasang after less is RM76.00. Mahal? Wei... Bonia beb... Bonia... Bukan Bosnia. Itu after less 60%.... Aku beli yang 1st pada bulan February 2011 & the 2nd one aku angkut on April 2011. Sodap giler pakai kasut tu...
VINCCI.... Aku tak banyak kasut brand ni. Ada la 4-5 pasang aku rasa campur dengan 2 pasang yang dah berhabuk dalam almari kasut. Ada sepasang aku beli ngan harga RM15 ja... yang itu Oya nak mengorat pakai time raya. :-) Tinggi wooooo.... tutup depan lagik. Vinnci raya ni ni aku nak match ngan handbag Guess aku yang gedabak tu. Also for raya... :-) - RM 49.95 after less 50%..
Haa.... jangan pulak ko mengamuk kat sugar daddy, sugar mummy, suami orang, isteri orang or anak-anak ikan... atau kekasih gelap ko dengan hentak-hentak kaki nak benda-benda branded... beli guna duit sendiri la wei... baru berkat. :-) ... Jangan pulak nak kikis orang sana sini yer.... Ataupun.. pujuk-pujuklah Mr. Hubby sendiri untuk belikan.... Bukan pujuk hubby orang..... kah kah kah....
Haa.... jangan pulak ko mengamuk kat sugar daddy, sugar mummy, suami orang, isteri orang or anak-anak ikan... atau kekasih gelap ko dengan hentak-hentak kaki nak benda-benda branded... beli guna duit sendiri la wei... baru berkat. :-) ... Jangan pulak nak kikis orang sana sini yer.... Ataupun.. pujuk-pujuklah Mr. Hubby sendiri untuk belikan.... Bukan pujuk hubby orang..... kah kah kah....
Walaupun their colour a bit different... hentam sajalah labu.... janji RAYA ...!!! Baju raya aku masih kat tailor lagi...hadoiiii....
SALAM LEBARAN.....
May Allah Bless....
Thursday, August 04, 2011
Anti Blemish Solution
Jerawat....
Benda yang paling aku benci bila dia bertandang dimuka.... Nak kata aku tak basuh muka... berkoyan-koyan skincare aku. Dok beratur ngalahkan budak-budak sekolah kat perhimpunan tetiap pagi senin. Dari produk cap ayam, cap itik, cap tenggiling sehinggalah ke counter product aku dah guna. Alhamdulillah, nanpak gaya macam dah sesuai dengan Clinique. Lagi murah dari NV dan sewaktu dengannya.
Berbalik pada Anti Blemish Solution yang aku guna previously. memang makan tahun jugak la aku guna 'Clean & Clear' Ok jugak kesannya. Then a few week ago, aku bertukar pada Oxy 10. Pehhhh... pedih gila bila titik kat jerawat. But kesan dia better then Clean & Clear aku rasa. Esok pagi jerawat aku dah kecut bila aku start sapu sebelum tido.
Thennnn.... one of my frend suggest Anti Blemish Solution from ORIGIN. Botol cinonet 10ml. Cute miut botol dia. Senang sumbat dalam Handbags. Price for 10ml is RM..... (Less than RM 70) Aku maleh bebenor nak mention the price in here sebab, it's a bit pricey compare to other blemish solution cream / lotion. But kesan dia... better better better than oxy 10. Tapi kena tengok jugak pimples ko tu jenis yang macam mana. It's didn't work on pastules type. Alah... yang ada bengkak merah tu... jangan la cari penyakit dok picit-picit or belai-belai... parut dia memang makan masa yang lama nak hilang dari muka ko...
See the bottle? Tak padan ngan rega.... tapi berkesan. Itu yang penting. Inilah salah satu penangan bila aku stress.... hahahahahah.... The result is worth it if you compare to the price....
May Allah Bless.
Subscribe to:
Posts (Atom)

