Friday, February 25, 2011

Gomen Nasai

AKU NAK SAMBUNG MENULIS....!!!
Yes, itu yang dok berlegar-legar kat kepala otak aku sekarang ni. Bukan stress sebab lipstick patah ke... bukan stress sebab eye shadow aku pecah ke... bukan jugak stress sebab tali handbag aku putus ke.... no...no...no.... 

Aku stress sebab nak cari point, nak kena catch up balik rantaian manuscript yang aku dah buat dulu.... adeh..... kena masuk dalam cerita la nampak gayanya.... Bagi aku setahun untuk come out with this new baby.... my true, others story, our experience, their love, his sadness, Dr. Caldina words 
(gomen Nasai Prof...) dan semua akan aku adunkan dengan sebaik yang mungkin. Insyaallah....


May Allah Bless....

Thursday, February 24, 2011

Jangan Paksa Kasih Sayang

Bila engkau pernah membenci, pernah untuk tidak menerima, kemudian engkau rasa akan 'kehilangan', dan tatkala kau mahu kembali untuk mengasihi, kembali menumpang kasih untuk memujuk hati yang pernah kau lukai, hati yang pernah kau sakiti, tidakkah kau rasa malu pada diri sendiri? Perjalanan kita sudah ditentukan. Sama jugak macam jodoh. 

Aku sayangkan 'dia'. Aku cintakan 'dia'. Pada keredhaan dia terletaknya syurgaku. Akan kupertahankan walau apa jua sekali ribut taufan serta ancaman-ancaman dari mereka-mereka yang tidak pernah mengerti akan makna sebuah kasih sayang suami isteri, anak menantu. Dari mereka-mereka yang tidak pernah mahu menerima betapa agungnya kasih sayang yang dianugerahkan. Dari mereka-mereka yang tidak meneriman ketentuan dari yang esa....

Mujurlah insan-insan kesayanganku begitu mengasihi dia. Begitu menyayanginya. Dan jangan sesekali kau paksa aku untuk mengasihimu dengan selayaknya kerana kasih sayang ini sememangnya bukan untukmu yang pernah menolak jauh kehadiranku. Jangan sesekali kau memaksa aku untuk menyayangi kerana hati serta kasih sayang ini telah mati untukmu.....

May Allah Bless....




Monday, February 21, 2011

Pada Dia Yang Bisa Mengerti

Biasanya aku lelap tidur...
Terbangun 'tuk fikirkan diri mu
Mengenangmu yang kini telah jauh
Biasanya aku tenang tidur
Terbuaiku mengingat dirimu
Mencintamu namun kau terlalu jauh

Kucuba lupakan dirimu
Mengingatmu hancurkan hatiku
Dahulu seia sekata,
Namun kini semua telah berlalu

Sayang kuingatkan dirimu....
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.
Sayang kuingatkan dirimu....
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.

Ohh....






DRC

Aku Rindu.... Sangat Sangat RINDU.

Friday, February 18, 2011

Schubert Serenade

Schubert Serenade

It's so beautiful...
the sadness bleeds out so strongly because of the passion from the emotions, of the players, and the overall stunning nature of the piece.
It's these kinds of songs that make people tear in their eye and put their hand over their hearts while listening.
It's again broken my heart......


May Allah Bless & May Allah Show Me The Way





Sanctum 2011


Yes... movie again...
Aku stress & itu menjadikan aku perlu something untuk release the stress. Semalam aku merayap ke GSC again. Alone again. Nobody besides me. Sanctum Movie. Cukup best & 10/10 markah for this kinda movie. Tak rigu tiket yang ko beli memandangkan ceritanya 1jam45minit. Tanpa jemu, tanpa boring & tanpa rasa terganggu dengan jalan cerita yang cukup kemas & menarik. Pergolakan ayah dan anak serta view yang cukup.... fuhhhh...!!!! how to tell you??

Aku pun tak tahu kenapa bila stress mesti kena tengok wayang... maybe dah sebab minat kot?

Wednesday, February 16, 2011

SINI ADA HANTU

Latest movies yang aku tenbgok on last Saturday. Cita bengong but very the very entertaining. Sesuai kalau nak released tension with this kinda movie.

Pengolahan yang agak longgar.... tapi mampu untuk memaparkan semangat Satu Malaysia dalam movie ni.

Hantu yang perlbagai, tak seram sangat.... tak macam Kurafat yang seram tahap membunuh.

As usual...aku mencanak sengsorang ke GSC. Bosan dowh... my baby kerja on last Saturday.

Enjoy the movie.....

May Allah Bless








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...