Thursday, February 24, 2011

Jangan Paksa Kasih Sayang

Bila engkau pernah membenci, pernah untuk tidak menerima, kemudian engkau rasa akan 'kehilangan', dan tatkala kau mahu kembali untuk mengasihi, kembali menumpang kasih untuk memujuk hati yang pernah kau lukai, hati yang pernah kau sakiti, tidakkah kau rasa malu pada diri sendiri? Perjalanan kita sudah ditentukan. Sama jugak macam jodoh. 

Aku sayangkan 'dia'. Aku cintakan 'dia'. Pada keredhaan dia terletaknya syurgaku. Akan kupertahankan walau apa jua sekali ribut taufan serta ancaman-ancaman dari mereka-mereka yang tidak pernah mengerti akan makna sebuah kasih sayang suami isteri, anak menantu. Dari mereka-mereka yang tidak pernah mahu menerima betapa agungnya kasih sayang yang dianugerahkan. Dari mereka-mereka yang tidak meneriman ketentuan dari yang esa....

Mujurlah insan-insan kesayanganku begitu mengasihi dia. Begitu menyayanginya. Dan jangan sesekali kau paksa aku untuk mengasihimu dengan selayaknya kerana kasih sayang ini sememangnya bukan untukmu yang pernah menolak jauh kehadiranku. Jangan sesekali kau memaksa aku untuk menyayangi kerana hati serta kasih sayang ini telah mati untukmu.....

May Allah Bless....




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...