Saturday, October 09, 2010

Clinique Oh Clinique

Huih....memang berbaloi-baloi... 
Pada suatu ketika....a few month ago, ai cukup berminat sungguh dengan iklan-iklan berkenaan dengan Clinique 3 Step yang famos de amos tu. Bertagak-tagak nak membeli. Maklumlah reganya 100 ++ gitu. Time tu ai dok pulun guna NV. Dah dekat 3-4 tahun jadi pengguna NV yang cukup-cukup setia. Berbalik pada Clinique, (NV ai citer len kali wokay...) tengok punya tengok, dok ushar baik punya,,,zappsssss one fine day tu ake rembat terus 3 step tu. Botol yag gedabak2 punya besor... rembat secara 'seludup' memandangkan semua barang-barang tu ai beli tanpa mendapat keizinan my baby. Fuhhh.... main rembat secukup rasa je....



Time mula-mula ai pakai Clinique nih...muka naik jerawat biji-biji macam ruam tu. Then ai stop for a month jugak lah...sambung tonyoh NV kat muka. Pastu my office mate jumpa 2-3 info dalam tenet yang menyatakan bahawa produk NV tu terlalu la banyaknya hydrokinon..membuatkan ai sentap seketika... harga Clinique lebih murah kalau nak dibandingkan dengan NV (sebab botolnya besar gedabak-gedabak) then ai terus ubah haluan ke Clinique. Pakai Clinique dalam 2 minggu secara berterusan, kulit muka dah dapat menerima Clinique sepenuhnya. Walaupun kesannya tidaklah secepat NV, but ai yakin sebab Clinique dah lama bertapak dan telah diuji secara dermotology dan tak ada pulak terdapat pada mana-mana webpage memaklumkan tentang bahaya or kesan tak elok produk nih...after this ai akan pamerkan pelbagai jenis produk yang dah pernah i tonyohkan pada kulit muka ai sebelum i menggunakan Clinique....lagi satu, muka ai taklah nampak putihhhhh melepak time guna NV dulo-dulo tuuu... back to my natural skin colour. Better... by rite, kalau muka putih melopak but kulit tak sihat pun tak der maknernya iyo dok???

Friday, October 08, 2010

Kedai Jam @ Tesco Bukit Mertajam

Again hangin satu badan...
Bateri jam tangan ai kiok almost 2 days dan itulah satu-satunya jam tangan yang ai sayanggggg sangat-sangat. Sangat-sangat sayang sebabnya itulah satu-satunya jam mahal yang ai ada....Bonia 101.2 yang KD pakai...alah..model ni kuar dalam tahun 2007 macam tu. Harga? uik....time ai beli dulu tu dalam RM 635.00. Time tu time 'senang' sikit...sikit je tak banyak....kui kui kui.... what? murah ko kata? bagi ai inilah satu-satunya jam mahal yang ai beli... Selagi tak lingkup selagi itulah ai godam habis-habisan....


Nak dijadikan cerita...
Rehat time jumaat tadi ai pegilah ke tesco Bukit Mertajam nak tukar bateri yang dah kiok tu. Ai bawak 2 utas jam tangan. Satu brand GC Steel dan satu this Bonia watch. Sampai je kedai tu, ai bawak kuor yang GC Steel dulu...budak hinguisan tu kata :-

Kedai Jam    : Kak...bateri untuk jam ni RM12


Ai kata         : Ok....jam ni? (Sambil tunjukan jam Bonia ai kat budak tu...)


Kedai Jam    : O...jam ni bateri dia RM20


Ai Kata        : Kenapa pulak yang GC Steel ni RM12 dan Bonia ni RM20? pakai bateri yang sama kan?

Budak tu mengganguk disamping tekial2 dok belek jam Bonia ai...

Ai Kata       : So....jenama jam menentukan harga bateri walaupun bateri yang sama digunakan untuk jam branded & jam cap ayam?

Soalku dengan suara yang sedikit hangin....Budak perempuan hingusan tu mengangguk.

Kedai Jam   : Kena bukak skru tali dia dulu kak...baru boleh bubuh bateri baru.

What? ko nak pelerai tali Bonia aku semata-mata nak tuko bateri? Aikk...sengal ke hapa budak nih? Apa lak kaitan bateri jam dgn tali jam? Gila!!

Ai kata       : Tak payah tukarlah dik...silap haribulan dengan jam bonia akak tu sekali kena 'let go' ke dusbin....


Budak hingusan tu terkial-kial bila aku ambik balik jam tangan kesayangan aku ni dari dia....hampesssssssss

Moral of the story is :

1) Jangan hantar service barang-barang bernilai anda kepada budak-budak hingusan...pergilah kepada yang pakar walaupun sekadar untuk tukar bateri jam !!

2) Betapa berbezanya nilai jenama....baju yang sama, kaler yang sama tapi kena duduk dalam beg plastik yang berasingan...hampessss

& hampagas untuk kedai jam di Tesco Bukit Mertajam...!!! Ai never ever visit ur shop anymore!!

                  

Jamuan Raya 2010...

Raya dok abeh lagikkkk...again makan & makan sampai lingkup diet ai....hahahaha Semalam majlis jamuan hari raya kat site opis. Huih...sibuk ngalahkan jamuan raya kat rumah-rumah bapak menteri. Ayor manis bergelen-gelen laju je menuju ke anak tekak ai. Itu belum dikira lagi dengan berapa potong lemang, berapa ketul ketupat serta berapa belas (berpuluh maybe...) ketul kuih raya yang turut sama melalui esofagusku...wah...saintifik kooo...ntah betul entah idok ler...nanti ai kompom kan ngan my little brother yek...

Setting table biasa-biasa ja...ala kadar itukan lebih afdal. Almaklumlah...dah nama pun kat 'Site Office'. Maka persiapan yang serba biasa namun meriah dan happening la jugak. alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Makanan hanya di 'let go' ke dusbin dalam 3% jer... itupun sebab kuih mee dah yilek, kering kontang belum tiba masanya. Sedap woooo...
Sate pun ado.... cuma yang buat geng-geng opis sedikit panas hati termasuklah bos ai sebab kuah sate ni ciputtttt giler. Memang ciput giler-giler tahap cimpanzi. Jenuh kena amik sikit-sikit ja kuah sate. Sate sedap but service zero the milo. Next order nampak gayanya kena remind awal-awal ta tauke sate nih...siap ko!
Mee kuah yang sungguh menyelerakan. Slurppp...but masih tak boleh menandingi mee kuah daging hok mak ai buat. Perghhhh.... Ai bagi 7/10 la untuk mee nih....
Lomang pun ado jugak....ketupat tak ketinggalan. Semua ai bedal semacan ejr...hoh dah sah-sah musim tak raya susah gak nak jumpa 2 jenis ni ha..dah tu nak tunggu lagik? Lepas syawal sok ai start diet lagi la yer....baby...sayang start diet lepas abeh bulan Syawal ek ek ek....

Thursday, October 07, 2010

Meeting Room Jadi Cafe Otel..??

Fullamak...meeting room ai dah bertuko ghupe jadik hall otel 5 star...cayalah...hahahaha...korang negok ada gaya cam otel punya cafe dok? hahaha...kira boleh la kan... kat sini technical punya geng lol...bukan culinary... dah nama pun site opis kan. Banyak picture ai belum load lagi. Nak kena tunggu combined dengan the others camera yang snap sana sini on that day. Ai will load here soon...very soon.

Tuesday, October 05, 2010

Ai Makan Kenduri Nasi Kaler-Kaler... :-)

Nasi kaler-kaler? Ai ask my mum....ghupanya nama nasi tu Nasi Hujan Panas... Sedap la jugak but a bit oily bila dah dicampur dengan segala macam lauk pauk. Buah tembikai tu ai let go kat pinggan my baby. Not my little girls ya...my hubby la my baby. My little girl I call her as 'kakak'.


Zaman la ni kenduri tadak dah orang mai bawak setalam kat kita. Zaman hidang-hidang tu dah lama benar berlalunya. Sekarang zaman buffettttttt....siap beratur cam nak hamik tiket bas ke Jay Bee  je gamaknya. (Ai will tell you napa Ai sayang sangat-sangat kat Jay Bee...later haaa) Tengah panas wei...habis cair make up teman.  Sudahnya dapat jugak tempat duduk walaupun puas bersesak-sesak. A bit rushing sebab my brother nak terus ke tempat khoje dia dan Ai terus nak ke Ipoh...beli barang-barang munger telur.....

Monday, October 04, 2010

Morayap @ Jusco SPC

Walawei... kita ni mentekedarah ke mencekik ke membela? Itu soalan pertama ai pada member didepan setelah hidangan CRS sampai. Mak aiii... honestly aku baru kali kedua makan kat CRS nih. Bukan selera aku kot. Yang 1st time dolu pun orang bilanjerrr. Bila dah namanya orang bilanjerrrr sah sah wokeh je iyo dok? jangan tolak tuah....
 Ayam BBQ dia...fuhh sodap... But kuantiti dia byk sangat dan telah melingkupkan dietku untuk hari ini...huhuhuhuh


Ha...semua ni telah selamat tiba ke perutku dan perut teman didepan dalam masa tak sampai 30 minit. Hamik ko....makan macam membela jin ke hapa? Buruk lantak. Walhal mcm tu 3-4 org pun leh makan lagi. Burp...kenyang. Alhamdulillah. itu rezeki ai untuk hari ni....

Ipoh Mali

Huh...naik tercabut kaki kanan dan kiri ai dek meronda di Ipoh semalam. Semata-mata untuk mencari barang2 munger telur, beg cenderahati serta perlbagai jenis barang-barang sebagai persiapan 'hari besar' adik lelaki ai...a.k.a angah gumok....
Hankerciffff yang dibalut dan diikat sebagai cenderahati


Naik juling matoku dok nengok munger-munger nih....
Ish....zaman la ni kalu nak kenduri kendara memang serba mudah wei...mcm2 ada kat kedai yang ai pegi semalam....pendek kata, siapkan ongkosnya sahaja.... Tapi kan, kena la survey dulu beberapa kedai then baru buat decision. Kalau idak...tak tahu yang mana lebih murah yang mana lebih mahal. Pendek kata...perkahwinan zaman la ni kalau tak dok belas-belas ribu...jgn harap ler...kawin tu kan sekali seumo idup, ater, takkan nak buat 'asal buat' sudah iyo dok?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...