Monday, April 18, 2011

Aik.... ada 'Adik' la pulak...???

Bisikan hati seorang sahabat tatkala terserempak di CIMB Autocity sabtu lepas...

Ha... don't ever u dare to break my heart again....
Tak kisahlah.. adik ke, kakak ker... abang ker.... most important thing is...
(No matter she/he is male or female...)

1) I've a lot-lot of experience with those kind of people yang merenyam macam kena miang buluh.
2) I know how to trace the 'buaya' looks like... no matter buaya jantan or buaya betina...
3) Aku dah cukup masak dengan this 'kenyit-kenyit' @ office or factory OR adik-adik abang-abang lain pak lain mak nih....
4) Scandal mendal spender or whatever aku dah khatam banyak kali...then, jangan ingat sesuka hati tokwan or bapak ko nak menipu yek...sorryyyyy....
5) Alhamdulillah kerana memiliki pengalaman hidup yang bukan sedikit about human behaviour....

WHAT EVER IT IS... BACK OFF FROM MY PROPERTIES...!!!

Ha ha ha... 
nak gelak pun tak lepas dah ni... yes.. mula mula adik... pastu close friend... after that???
what's is going on????
Here some opinion yang maybe usefull... take it or leave it. 
Kepada Buaya Jantan or Buaya Betina (Tak kisahlah bujang or dah kawen...) diluar sana yang tak ingat nak mati tu... here some note for you...

a) Kepada Buaya Jantan yang tak sedor diri...

- Alang-alang nak berscandal... carilah someone yang 10 kali lebih bagus from ur wife... apa barang tengok minah-minah kilang or staff2 office yang belum tentu ada value/dara... cit...
- Alang-alang nak menghancurkan rumahtangga... cari la Doctor ke, Engineer ke... Lawyer ke... ini minah yang tak cukup rupa...(hoh...antu kak limah lagi lawo....) berbaloi la jugak....
- Alang-alang nak buat saham akhirat untuk masuk neraka... carilah yang ada taste sikit.... ni pakai pun baju bundle...muka pun pakai sabun popinjay...Lipstick pon lipstick rowok kat Taman Selat nun or beli kat Downtown/Uptown.....apa kes.... ish ish ish...geli aku... apa punya selera daa....


b) Kepada Buaya Betina yang ada hati nak merobohkan masjid orang....

- Alang-alang nak jadi penghancur rumahtangga orang...carilah yang poket tebal lima nam kaki.... boleh jugak la dok kikis sikit-sikit...
- Alang-alang nak pakai 'benda' 2nd hand.... carilah yang bawak Brabus... untung-untung boleh la tumpang senang 2-2 kaki
- Alang-alang nak jadi perempuan jahat yang merosakkan masjid orang... carilah yang ish... pendek kata.... yang hebat-hebat la... apa barang main sapu tak tengok kiri kanan jek.... what a bad taste u're..

p/s : tak geli ke nak pakai 'barang' 2nd hand??? 

Aku hanya boleh kata pada kawan aku yang dah sob sob sob dok nangis....

-Sabar...ingat tuhan... allah tu maha adil dan maha mengetahui...
-Setakat minah or mamat low class yang jadi pilihan... cit... apa kes...???
-Nina... jom...kita nengok wayang.... i can be your shoulder to cry on...

May Allah Bless....
& May Allah show the way kat buaya-buaya ni untuk bertaubat....

Again.... APA ABANG-ABANG...?????? BILA MASA PULAK KORANG JADI ADIK BERADIK..???



Bonia Vs Casio Sheen

Cadangnya nak 'meminang' jam baru. Cadangnya nak guna sekali sekala jek jam Bonia aku. So... ada la satu hari tu gi tengok-tengok kat kedai jam...

So... ada la berkenana ngan Casio Sheen. Berkenan memang berkenan... 

Kali kedua aku gi belek Sheen...a bit ringan. Macam tak berapa sedap jer bila bubuh kat tangan. Tong teng tong teng je tangan aku rasanya. Most likely aku macam dah tak berkenan dah kat sheen dah. Ringan sesangat... udah jadik macam jam pasor malam je gayanya.... tapi rega leh tahan..RM325 after less 20%. Tambah 200 lagi dah leh amek Bonia.... Mana maunya.... 

Confirm tak jadik amik Sheen. So on. maybe I'll request a new Bonia watch from baby. Yolah...sebab Bonia yang aku pakai sekarang ni aku beli guna duit sendili lol.... apa salahnya bermanja bermesra dengan husband sendiri ye dak? Lagipun Bonia punya shape cukuplah 'manisnya' bila dah tersarung di pergelangan tanganku ini. muahahahahaha...

P/S : Baby... BONIA SATU ...!!!!

Friday, April 15, 2011

A Gift....from the South Sea...

A story from a friend of mine... (muahhahahahah...)
One Upon a Time....
Bukan hengggg bekkkk.... bukan Dior...not Bonia..... Bukan Clinique dan bukan juga Lancome....
(aik... betul ke bukan Lancome...??? muahahahahaha....rahsie...rahsie...)

"Kalau you tak nak...lantingkan je kat sikecik tu...I'll buy something else for your upcoming birthday"
Anyway... thanks a lot for the wonderfull gift. One more thing , if 'have'another next time tak payah la bawak 2-3 orang escort time makan. Pelik sangat orang memandang. Bukannya ada penembak tepat or pembunuh upahan pun kat 'sana'... Any some more...you're out from your whiten official and all those so many nail-nail at ur uniformkan... no need all those bodyguards around. Try to be a normal human like others. If not.... it will push you to the limit. be rasional la weh.... but kalau dah undang-undang dah tetapkan macam tu... what should i do...
But somehow.... thanks for the compliments. Really appreciate it.


May Allah Bless... for all of us.
May Allah Bless also...for both of LIFE....


Kahwin Satu Lagi...???

HONESTLY, AKU COPY PASTE ENTRY NI DARI SEORANG SAHABAT... iina.blogspot.com
Sama-samalah kita jadikan renungan...
Friday, 28 March 2008
Hari ini aku dapat email yang diforwardkan oleh group x-ftsm menarik email ini.. mengenai kisah seorang suami yang ingin nikah seorang lagi.. bagus nie baca untuk pengajaran :)

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"


Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?



Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja.



Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.



"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.



" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.



Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.



" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.



Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.



"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya.



Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.



"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.



"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.



"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"



"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.



"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"



Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistinalah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.



Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.



Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.



Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.



Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Pagi ini, Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tiba-tiba..



Tit tit... sms menjengah masuk ke inbox hensetnya yang diletakkan di atas meja.



"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,



"Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.



Kepada:



Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...



Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,



Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.



Abg yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.



1. Dengan ukuran badan ala-ala model,dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...



2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak Abg. Aliyah sayangkan Abg...



3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,nanti dia akan menjadi ibu pada zuriatAbg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...



Abg yang disayangi,



Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.



Abg yang dicintai,



Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.



Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...Aliyah sayangkan Abg.



Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. dari air tangan Aliyah.



Salam sayang,



Aliyah Najihah binti Mohd Hazery



Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!



Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!



************MORAL OF THE STORY :



Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.






Thursday, April 14, 2011

Lancome Foundation 001

Taraaaaa....

This is the 1st time aku buat entry pasal Lancome rasanya... yes... I'm a new Lancome user actually. Bukan nak menunjuk...sekadar nak berkongsi pandangan. Dulu masa guna Loreal, bila berpeluh jer dah start la bertapuk-tapuk foundation tu. Aiseyyyy...leceh wei...bercapuk... siap leh nampak all the scar. Mana mau macam tu...

So... last week time aku amek my Solvil et Titus glasses, aku menjengah-jengah lipgloss baru kat Lancome Counter. So... si SA dia Ms. Tan pun kasiklah nerai sikit... bekalan lancome foundation for 1 week koooo... banyaknya mak aiii...seronok ler sayer...

1st time pakai... yes.... biarpun aku berpeluh bagai nak rak.... lencun mukaku ini....but....the face is still glowing mowing you.... aku tak snap lagi picture foundation tu.. almaklumlah... masih dalam 'Quarantine Stage'.... hahahaha... nanti ai snap kasi u tengok hok mano yang ai dok guna wokay.....

Rega? toksah dok cakap kat sini. Ada ler 3 kali ganda then Loreal nya foundation. But less is more u know. No matter la apa yang ko tempek dimuka... yang penting ko selesa dan orang yang memandang pun selesa...cukuplah ye dak?



May Allah Bless



Saturday, April 09, 2011

I'm Away...

I'm away to KT for few days... Hari Ahad petang aku akan bertolak..but, kalau in between ada kesempatan, aku akan load entry about 'Hachiko'.... Bukan anjing... but something else... kaler ijau-ijau panjang gitu....
wakakakaka... tunggu...

Yang kedua...
About Lancome....
Tomey-tomeynyer.... anak sapa la tu.... ada kosong????
Tadak... Yilek ...orang punya dah lol....

May Allah Bless

Thursday, April 07, 2011

SOLVIL et TITUS

Berpinar-pinar mata ni. Rasa pelik semacam pulak dah bila pakai new glasses. Bukan sebab frame, sebab power. Maybe take time kot sebelum mata aku nak match dengan new power. Aduhai.... Sabarlah mata.

Frame aku warranty setahun dan lenses aku waranty for 6 month. Kira orait la.








Dark Brown memang menjadi minat aku sejak dulu. Senang nak match colour dengan baju. By the way... takkanlah nak meeting ko nak wear glasses yang colourful.... ingat aku ni cikgu tadika?




May Allah bless.... for all of us.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...