Tuesday, January 11, 2011

Sawan Malas Menaip Sudah Tiba.... Uweksssss

Hah...apa dah jadi?
Semangat aku dah senget benget dah ni... pening...pening.... Idea banyakkkkkkkkk but nak menzahirkan pada satu penulisan, mak aiiii....liat ngalahkan getah sekerap. What happen?

Nak continue manuscript pun liat.... nak continue cerpen pun liat... nak menaip pun liat... nak mengetuk-ngetuk stylus kat PDA aku pun liat... pendek kata semuanya LIATTTTT...

Kalau ada sesiapa yang dah mengambil semangatku untuk menulis dan menaip ni...sila pulangkan balik... I'm stuck without them....

Thursday, January 06, 2011

Teh Pahit vs Losyen Pati Halia

Inilah 2 rakan baikku sejak hari Isnin yang lepas. sakit perut yang memulas-mulas. Diserikan lagi dengan cirit birit yang tak henti. Tali perut macam dipulas-pulas bagaikan tuala basah. Memang best punya la feel dia. Kat office sahaja hari tu aku 'melaburkan' saham ada la kot 23 kali. Semua ni penangan char kuew teaw yang hubby aku makan malam tu. Aku cuma makan saki bakinya sahaja. Bukan bersungguh pun makan. & Nahhhhh... hamik ko.... 23 kali !!! tak termasuk saham-saham yang dilaburkan kat rumah lagi. Makin meningkat tua ni makin sensetif la pulak perut aku. 

aku siap bawak bekal teh kelat ke opis. Losyen pati halia tu pulak aku sapu kat perut...bukan untuk mengempiskan perutku yang dah kempis ni...(hahahahah)...sekadar nak bagi sedikit rasa kelegaan pada perut yang memulas-mulas. Best lotion ni. feel better la guna time mcm ni.

Ko kalau nak makan char kueh teaw ke.... kerang rebus ke... kalau kat kedai tu tengok-tengok sama. aku rasa kerang dia hari tu tak berapa masak or tak berapa fresh rasanya. Sebab tu perut aku rejectttt.... Hadoi














Hati Aku Terluka Lagi

Sampai bila???

Berapa tahun lagi agaknya aku nak kena kendong duka ni? Berapa lama lagi agaknya aku nak kena makan hati?? Dan selama mana lagi aku perlu pertaruhkan sebuah ikatan demi satu kebahagiaan yang sia-sia??? Setebal mana lagi kasih yang bersisa? yang aku rasakan saban hari hanya tinggal senipis kulit bawang?? Jangan sesekali menyalahkan aku seandainya kasih yang senipis kulit bawang itu terlerai suatu masa nanti....

No matter what.... as a 'dot dot dot'... the right is still mine... No matter what...how...when...where... I STILL HAVE THE VETO POWER !!! U got it??? So... jangan nak pandai-pandai menjuihkan bibir dan menunjukkan jari telunjuk kat aku...dan jangan sibuk nak turut bersuara tatkala aku bersuara pada hak aku.... buat la macam mana sekalipun.... DIA TETAP MILIKKU!!! Not yours !!! 

Tak ada mana-mana mahkamah didunia di yang akan menang kalau nak fight bab ni. Dan tak ada mana-mana hakim pun yang akan menyebelahi !!! Sudah pasti Tak ada peguam yang sanggup mewakili....Walhal dunia mungkin akan mentertawakan dek tingkah yang tunjuk 'wayang'....

Hak aku tetap hak aku walau sejuta tahun sekalipun aku terpaksa pikul DUKA itu. So...u as a --------------.... Better know your limit.... tak kisahlah siapa ....apa taraf .... berapa kaya atau sengkeknya.... satu soalan untuk dijawab.... Tak rasa 'PELIK' ke????




Tuesday, January 04, 2011

My New Working Station

Haa..... I'm back...!!!

Aku menghabiskan masa dari 9 to 5 from Monday to Friday kat sini. Kat sinilah aku bertapa hampir dua tahun dah... ops.... kat 1st florr ni baru 2 minggu actually. Kiranya this is the view for my new office lah... Ground Floor tuan punya building nak amik balik....so.... geng Contractor plus Consultant kena duduk sekali kat 1st floor. Kira oklah sikit kot. Tak la bising sangat macam masa duduk kat ground floor dulu.



Agak selesa & agak 'privacy' walaupun terpaksa berkongsi bilik dengan Resident Engineer... Kira ok la jugak memandangkan dia jarang ada kat opis. Time aku snapkan picture ni, aku dok tengah YM dengan angah & oya... biasalah..zaman IT dan teknologi. But...kerja kena siap dulu... Bohonglah kalau ko kata ko tak berinternet bila facilities WiFi ada kat office. standardlah tu kan.... pandai-pandai la ko membahagikan masa... whatever it is....tanggungjawab ko pada tugas seharian patut didahulukan....

Frame picture baby & kakak biasanya aku akan kuarkan letak atas meja time working hour je. Time balik aku simpan dalam laci balik... for safety reason... Biasalah... manusia ada macam-macam jenis... ko sendiri tahu kan kan kan...???

Thursday, December 23, 2010

Again Not Well

Aku demam balik...!!! dengan heavy selsema semua cukup. Kat opis pun aku dah berbungkus dengan pashmina. Kerja gila...Aircond opis dah off pun aku still menggigil. Tangan ni tak payah cakap la...sejuk yang amat sangat. Dengan nafas yang tak berapa teratur... rasa macam nak kena asthma attack pun ada...but aku boleh tahan lagi.... malas nak ajar bergantung pada inhaler semata-mata.

Asal batuk je ada kahak...batuk je sekali ngan kahak.... tension betul.... Yang kakak pulak demam tak kebah-kebah.... kesian anak aku... kalau la demam tu boleh berpindah tuan.... biarlah aku yang menanggung demam tu walau seteruk mana sekalipun ia...

Alhamdulillah.... angah dengan mak jaga kakak cukup baik... pagi tadi depa yang bawak kakak ke klinik. This is 2nd time dah.... moga-moga serasi la dengan klinik yang ni. Aku ni pulak...apekehalnya sejuk tak abis-abis lagi? menggigil dohhhh..... sejuk sangat-sangat.....


Dr. Caldina @ Sunway Carnival Mall - Part 3

20th November 2010, 1:45pm@ Sunway Carnival Mall

Again aku nak sambung about this person...
Aku rasa janggal la jugak bila on that day wee all shopping barang2 dapur untuk mak dia. Segala macam mak nenek yang dia angkut. Dah tu pulak main amik je... tak jenguk langsung bila tarikh expirednya. Senang eh ko Dr....main redahhhhh jer... risau jugak pada mata-mata yang memandang. But my lovely baby know about this. Nothing to hide lol from my lovely baby....

Ha...time aku buat entry ni...dah lama dia meneggelamkan diri. Sibukkkkkkkk.... urusan untuk berpindah dari Selatan tanahair ke KL. Nak tukar segala macam benda, sekolah budak2, barang2 rumah.... segala macam mak nenek yang nak kena pikir gamaknya. Dengan preparation untuk lecture di KL lagi....

Tak per Dr weih...I faham dan cukup-cukup faham..... Itulah salah satu sifat serta sikap u yang i faham... yang lain-lain tu....adoi ai...maleh ler teman nak memahami...wakakakaka....
Dr tahu aku ke Jay Bee last week. But....sooo quiet & of course it toooo difficult to meet up. Haaaa... Beribu orang kenal dia...berlonggok student kat sana... ssshhhhh...!!! Jangan dok cari penyakit eventho we just a friend... a friend wokay....kome jangan gatai-gatai mulut nak buat gossip pulak...


But you know what Dr... I love Jay Bee soooo  much.... WHY....??
I ALSO DONT HAVE THE ANSWER LOL....



Hati Aku Terluka

Yes... Itu yang aku rasa...

Seringkali itulah perasaan yang menghantui jiwa aku sejak berbelas tahun yang lalu. Ada bagaikan tiada... Wujud bagaikan bayang-bayang...

Aku hilang 'dia'.... hilang dalam terang dan terpisah dalam nyata. Satu-satunya kesilapan terbesar dalam hidup seorang wanita, isteri dan ibu. Salah Siapa? Mampukah aku menunding pada keadaan atau pada mereka-mereka yang mengambil kesempatan pada sebuah kekurangan?? 

Aku tak mampu untuk mengundur masa... Aku tak mampu untuk berdiri dan aku tak mampu untuk memeluk lantaran keadaan yang serba kurang itu. Berdosakah aku seandainya seringkali memohon padaNYA agar kembalikan 'dia' padaku, kembalikan sinar itu dan kembalikan seorang 'Tesoro' sepertimana berbelas tahun yang lalu????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...