Monday, December 06, 2010

Dimanakah Aku???

Hilang dalam terang....
itulah definasi tepat yang menggambarkan situasiku daripada seminggu yang lalu..
Aku sibuk...sibuk...sibuk & sibuk dengan persiapan majlis penyatuan 2 hati adik lelaki kesayanganku. Penatnya masyaallah...tak tahu macamana nak aku gambarkan.... kaki rasa macam nak tercabut...mata berat sangat-sangat...letihnya hanya ALLAH saja yang tahu...

Best dapat ahli baru dalam keluarga.... dah tu pulak 'satu kepala'.... hahahah....
CINTA ROTI SAYUR ke jinjang pelamin akhirnya.... Alhandulillah....

Tapi, Alhamdulillah.... majlis berjalan dengan 90% sempurna. Tiada yang lebih sempurna melainkan DIA.
Aku akan update blog aku ni secepat yang mungkin.... biarkan kaki serta jari jemariku berehat seketika... lusa aku dah start kerja, & after that kita PULUN PUBLISH ENTRY YOOOO....!!!!

Love u all....








Monday, November 29, 2010

Pagi Isnin 29/11/2010

Pagi Isnin yang kalut...
pagi Isnin yang cukup tak best...
Pagi Isnin yang hidungku berair...sob sob sob...

Dari semalam lagi dah rasa tak sedap badan. nak kata demam...tak demam...
Nak kata tak larat... larat sehinggakan semalam aku travel sampai ke Klang, Selangor nun...
(This Klang story will publish soon...)

Tapi yang nyata aku FLAT !!! Sakit habis sendi-sendi....tak berdaya lagi dah... Dan memandangkan hari ni ada meeting tapak, hah...terpaksalah aku menggagahkan diri.... dan kalau tak disebabkan meeting, memang awal-awal lagi aku dah ambik MC!!!

Pagi Isnin yang stress stress stress & stress.... huwaaaa...!!!! :-(





Sunday, November 28, 2010

Working Station

Inilah port kesukaan aku untuk meluahkan segala macam jenis rasa. Rasa cinta, rasa sayang, rasa dihargai dan segala rasa seorang manusia yang bernama wanita. Disini jugalah tempat aku meluahkan sejuta rahsia benci, meluat, menyampah, bosan, jemu dan sejuta rasa seorang manusia yang amat kerdil dan penuh dengan seribu kesangsian.


Alhmdulillah.... dulu rasa payah sangat-sangat nak beli notebook. So...last 3 years, baby hadiahkan notebook sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan. So... bila keja dengan Civil & Structure Consultant, aku dapat satu lagi notebook untuk kemudahan aku buat kojer. Alhamdulillah. Rezeki notebook... cuma dok menunggu bila lak baby nak hadiahkan Ipad kat aku... besday tahun depan ke baby?? ngeh ngeh ngeh...

Saturday, November 27, 2010

Catering Grand Gila....

Yor..... nilah view tempat makcik aku dok masak. Dia buat bussiness catering ni dah 7-8 tahun aku rasa. or more than that kot. Equipment memang banyakkkkkkkk... complete set for dari catering untuk budak2 sekolah sehinggalah ke catering Dato Datin Tan Sri & Datin Sri. Ko cakap je nak masak apa. Bila & berapa pax...insyaallah, makcik aku leh bagi quatation.

Haaa....angah nak kenduri ni pun makcik yang masakkan. Semua dah diatur sejak dua bulan lepas lagi. Biasanya kalau mak aku lapang, mak aku akan turun untuk tolong makcik. 

Dan catering makcik aku ni Insyaallah... dijamin memuaskan. Semua peralatan akan diseal bagi tujuan manjaga kebersihan setelah habis satu-satu catering dilaksanakan.


Kalau korang dok mencari catering yang bagus untuk function opis mahupun peribadi, bolehlah email aku yer.... tadak amik extra commission la...cuma membantu mana yang perlu. :-)

2 Alam

Aku dah tengok movie ni minggu lepas lagi. 

Good movie. Banyak yang dapat kita renungkan dari penyampaian serta olahan cerita yang berkaitan dengan hidup dan kematian. Tapi ianya untuk tontotan 18 tahun keatas sahaja memandangkan banyak terdapatnya adegan-adegan ranjang yang tidak keterlaluan. 

Olahan yang kurang kemas namun tidak mencacatkan jalan cerita. Penyampaian yang berkesan cuma ada beberapa adegan yang pada aku perlu disampaikan dengan lebih teliti dan perlu lebih fokus kepada objek dan watak utama.

Kesimpulannya, hidup ini terlalu singkat. Sekelip mata sahaja mungkin kita sudah tidak bernyawa. Kemewahan itu tidak pernah menjanjikan bahagia. Seandainya kemewahan itu mampu untuk membahagiakanmu, bersyukurlah. Kita perlu sentiasa merenung jauh kedalam diri. siapa kita dan dimana kita berpijak.

Kakak - Part 5

@ Pizza Hut once upon a time....

Dah berkeriut-keriut dah muka. Dah senget benget dah wajah menantikan pizza yang dipesan tak kunjung tiba. On that day memang dia proposed nak makan pizza. So....kami berdua je la yang merayap ke Pizza Hut Sunway Carnival. Baby keja, so tak dapat nak ikut.

As usual, kakak ni kalau dia tak minta, memang dia makan sikit je. But kalau dia dah bersuara nak makan itu nak makan ini, haaaa.... memang puas hati la dia makan. On that day dia makan 3 slice pizza Hawaian Chicken + 2 pieces of Deli Wings. Dalam picture ni dia dok makan garlic bread... siap hiris dengan pisau lagi tu... ala-ala western style you....


Macam-macam memek muka yang dibuatnya sementara dok tunggu pizza sampai. Dia tak kira orang dok tengok dia ker....dok kerling kat dia ker.... she will do whatever she want to do. Erkk,..... betul ke pepatah omputih yang menyatakan 'like mother like daughter'...???

Tapi kakak...muka ibu tadak la macam tu.....

Friday, November 26, 2010

Selamat Kembali Asthma..... :-(

Erk..... adeh.... hmmm..
Susahnya aku nak bernafas malam tadi. Tercungap-cungap. Sesak dada. Dah sah sah asthma aku menjelang kembali setelah menghilangkan diri selama hampir 2 tahun. Dan sebab dah tak semput maka aku pun stop la renew inhaler aku. Sampai aku sendiri lupa nama inhaler yang pernah aku guna

Sekali....Nah...hamik ko.... semalam tercungap-cungap semput. Macam nak putus nyawa. Menggigil suma cukup. Sejuk ni tok sah cakap la....

Aku pun tak tahu la aku silap makan apa... rasanya tadak makan apa benda-benda yang sejuk. Yang aku perasan aku selsema sikit semalam. Batuk pun sikit-sikit. Little bit jer...bukan batuk teruk pun.

Petang satgi nak ajak baby gi cari balik inhaler aku tu kat pharmacy. Naya weh...buatnya time duduk sorang-sorang kena asthma attack... sapa nak tanggung...??? Aku berharap sangat agar ianya pergi terus dari hidup aku..... sesak weih....

So.....
maka...
oleh sebab itu...
akan bertambahlah lagi harta khazanah dalam handbag aku... ingatkan aku dah tak payah dok ngusung kehulu kehilir dah inhaler tu..... aku tersilap ghupanya.....
Berat lagi la handbag aku.....





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...