Tuesday, November 09, 2010

I'm Back !!!

Alahai..... dah tiga hari langsung tak update blog....
Aku sibuk sangat-sangat since last Friday...huwaaaa.....

Memori duka sepanjang 12 tahun aku dok balik Terengganu....balik kali ni kena minor accident. Habih sportrim angah..!! LINGKUP !! So balik kali ni aku pi mai pi mai ke workshop keta je la... hilang plan nak ke Masjid Kristal...hilang plan nak amek gambo banyak-banyak kat Terengganu...

Semua kisah suka duka aku akan updatekan dalam label 'Terengganu'... 1 by 1 aku akan ceritakan di dalam ni.... adeh..... dok plan satu satu nak buat entry yang mana dulu. Hati aku kecewa dek sportrim 2K plus-plus angah yang dah lingkup !!! adoi aiiii....

Catch up with u soon...very soon....

Friday, November 05, 2010

Oya Oya Oya - Part 1

Ha...aku tak pernah buat entry pasal adik aku yang lasttttt....pompuan & sedang menuntut di Politeknik...(Politeknik mana...aku terpaksa rahsiakan....hahahah...biarlah rahsia....)

Dia dok merungut entry pasal dia tak ada langsung.....hua hua hua...bukan aku tak mo buat...cuma tadak masa weih....sibuk bebenor...kang mak aku lak complain entry pasal dia tadak....hahahahah.... sok sok tok menakan aku lak complain entry pasal dia tadak...haru aku...kih kih kih....

Oya Oya.....suka berkelahi dengan kakak. Macam ayam dengan itik...macam anjing dengan kucing... riuh rendah rumah kalau depa dok berkelahi. Yang kakak pantang diusik, melenting. Yang oya suka mengusik... Aku ngan oya beza 15 tahun beb...hahahaha...ops...nanti ko leh agak pulak umo aku.... ngeh ngeh ngeh... 



Besday oya hari ni 031110...hihihihi...genap 18 tahun dah weih... eppy besday weh oya gumuk.....

Dia ni pun sawan hamik gambo sendiri...hahahah....cuma angah jer yang tak berapa nak gemo amik gambo sendiri...

Time aku publish entry ni aku berada nun jauh di pantai timur tanah air...aku balik Terengganu maaaa.....visit my FIL yang not very well.
Namun aku tetap juga usahakan untuk publish entry paling kurang pun satu untuk sehari semasa percutian aku ni... Well.... got to go for now....love you all...

p/s ; Hah Oya...along dah publish ni...nanti along sambung lagi ya mok.... muahssss....

Thursday, November 04, 2010

Penang International Airport

Penang International Epot dalam proses pengubahsuaian...bukan kat area dalam...cuma kat area luar kat tempat parking tu je.... View ni tak berapa lawo la.. aku snap jugak la nak bagi info kat korang. Cuma area Ground Floor ja yang tak berapa nak menarik sangat aku  kira. Nampak macam usang sikit maybe sebab epot ni pun dah lama.




Eh...eh...amoi ni nyibuk jer masuk dalam gambo aku..... Arrival Hall kat ground floor ye... cuma kalau nak turun ke ground floor dari 1st floor tu, ko kena turun tangga...no escalator....sedikit koman derrrr...





Kaunter tiket Air asia di Penang epot.  Yang ni depa upgrade dah. Dulu tak ada macam ni. Aku gi epot sebab menemankan kazen aku beli flight tiket dia nak pergi Langkawi next week.... Area tiket ni bertentangan dengan Check in area...

Dah menggigil dah kepala lutut dia sebab 1st time nak naik kapal tebang sorang-sorang....everyone has their 1st time rite?? so, ko jangan nak dok gelak kat orang yer....












Ni pulak kaunter Firefly...

Itu dia kazen aku....hahahaha....blogger jugak...sapa?? ha...pandai-pandailah korang carik... bujang lagi tuuu...

Tapi aku pun sometimes orang ingat solo molo.... sebab selalu sangat merayap kehulu kehilir... nak buat macam mana...dah hubby ai sporting youuu....jangan jeles....

Ada bos kat tempat keja aku pun dok ingat aku ni bujang lagi...sebab masih comey kot?? comey ker?? ngeh ngeh ngeh...jangan nak ngengada.....

Wednesday, November 03, 2010

Pasar Malam

Dah agak lama aku tak jenjalan kat pasar malam. Bukan tak suka...cuma 'masa' agak sempit. Malas betul nak bersesak-sesak kat pasar malam tu sorang-sorang. Aku lebih suka pegi pasar malam dengan baby. Senang. And hari sabtu lepas dah tak tahu nak makan apa, baby ajak aku pegi pasar malam. Weh...lama tak pegi, best jugak sekali sekala menjenguk kesibukan pasar malam kat umah aku.




Meriah ko... cuma pemandangan yang tak berapa nak 'selesa' melihat banyaknya 'pelancong asing' yang berpusu-pusu dipasar malam. Dan aku terfikir...aku ni kat Malaysia ke kat Bangladesh? takpun kat Burma? Idok pun aku dok kat Indon sekarang nih? hahaha...cuba ko bayangkan....betapa ramainya 'mereka-mereka' itu disini...





Malam tu aku bedal mee sup perut dan baby amik mee sup ayam jer. Perut-perut segala macam ni baby tak makan. Ekekekek...rugi la baby oiiii.... But makan benda-benda tu pun bukannya elok sangat. Tak bagus. Sekali sekala ok la ko nak bedal...



Baby nya food. Malam tu makan ni ja. Tadak benda lain dah. Oklah...kenyang jugak walaupun kuantiti meenya 'ciput'...standardlah kan meniaga zaman sekarang.


Makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan...ingat tu....

Tuesday, November 02, 2010

Jual Bayi

HOH.... 

Nyawa manusia bukanlah untuk diperdagangkan.... Apatah lagi nyawa bayi yang baru sahaja menjenguk dunia. 

Pantaulah segala apa jua perkara yang menimbulkan keraguan walaupun ianya perkara yang remeh temeh. Tidak perlulah menunding jari. Sebaliknya bersama-sama berganding bahu membenteras segala perkara yang pincang demi kebaikan semua pihak. 

Kita kongsikan artikel dibawah untuk peringatan semua pihak.


2010/11/02

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menjalankan siasatan dalaman sekiranya wujud salah laku di kalangan petugas berikutan laporan yang mendakwa kakitangan JPN disyaki bersubahat menjual bayi. 


"Sekiranya didapati ada unsur-unsur salah laku dan penyelewengan, jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan berdasarkan perundangan sedia ada," kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Zulkifli Rahmat, dalam satu kenyataan di sini.



Berita Harian hari ini melaporkan terdapat kakitangan JPN disyaki bersubahat dengan sindiket penjualan bayi bagi memudahkan urusan pendaftaran bayi dan pengeluaran sijil kelahiran asli tanpa prosedur yang ketat.


Laporan itu mendakwa selepas transaksi jual beli, pembeli dibawa oleh anggota sindiket atau kakitangan hospital ke Pejabat JPN, manakala "kaki" mereka di kalangan kakitangan jabatan sudah sedia menunggu untuk mendaftar dan pengeluaran sijil kelahiran lengkap dengan nama bayi menggunakan bin atau binti bagi pasangan Islam dan bapa serta ibu bagi yang bukan Islam. 

Berhubung dakwaan pembabitan petugas JPN dalam kes itu, Zulkifli menjelaskan bahawa sistem pendaftaran kelahiran di JPN adalah dikawal dan kelulusan setiap permohonan tidak dilakukan oleh petugas kaunter secara berseorangan. 

"Bagi tujuan kawalan dan keselamatan, JPN juga mempraktikkan sistem kelulusan berperingkat di mana setiap permohonan pendaftaran kelahiran perlu disemak oleh penyelia sebelum diluluskan dan dikeluarkan sijil," katanya. - BERNAMA 

Sumber Rujukan : Berita Harian Online.

Tarikh Melihat Anak Bulan Aidiladha

Raya Haji dah nak tiba. Sekarang ni sekejap je hari berganti hari, bulan berganti bulan...dan kita dah pun nak masuk ke tahun 2011. Dalam lebih kurang 2 minggu lagi kita nak sambut hari raya aidiladha pulak. Bagi yang mampu untuk membuat 'korban' tu, sudah pastinya tidak ketinggalan untuk merebut peluang. Inilah salah satu masa dan peluang untuk bersama-sama kita mengeratkan ukhwah... insyaallah...semoga kita semua diberkati...amin... 


Tarikh lihat anak bulan aidiladha petang 6 November

2010/10/30


KUALA LUMPUR: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 November ini, bersamaan 29 Zulkaedah.

Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.


Sementara itu, 30 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah, ialah:
1. Pontian Kecil, Johor.
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.
5. Pulau Angsa, daerah Kuala Selangor, Selangor.
6. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor. 7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, selangor Darul Ehsan
8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak.
9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.
11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.
12. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.
13. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.
14. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu.
15. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
16. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.
17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.
18. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.
19. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan.
20. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak.
21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.
22. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.
23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.
24. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.
25. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.
26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.
27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.
30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. 

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga. - BERNAMA 

Sumber : Berita Harian Online

Petrosains - DinoTrek @ Jaya Jusco Seberang Perai City

DinoTrek @ Jaya Jusco??? Ai... biar benar...

Benar tak benar pun, memang dah ada Dino Trek kat Penang... Ko jangan tak percaya. Tapi belum bukak lagi. Coming soon on November 2010. Ni dah 1st November.... bila bukaknya aku tak sure la. But they said on the board is on November 2010.... kalau on 30hb pun still November jugak kan kan kan???






But sekali imbas aku nengok rega tiket dia idok ler semahal kat KLCC nun.... less than RM10. ok la tu....daripada ko nak mencerapak ke KLCC...ngan parking lagi...ngan LRT lagi... baik orang-orang belah utara pegi yang ada kat Jaya Jusco tu udah ler.... jimat duit, jimat tenaga....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...