Wednesday, November 03, 2010

Pasar Malam

Dah agak lama aku tak jenjalan kat pasar malam. Bukan tak suka...cuma 'masa' agak sempit. Malas betul nak bersesak-sesak kat pasar malam tu sorang-sorang. Aku lebih suka pegi pasar malam dengan baby. Senang. And hari sabtu lepas dah tak tahu nak makan apa, baby ajak aku pegi pasar malam. Weh...lama tak pegi, best jugak sekali sekala menjenguk kesibukan pasar malam kat umah aku.




Meriah ko... cuma pemandangan yang tak berapa nak 'selesa' melihat banyaknya 'pelancong asing' yang berpusu-pusu dipasar malam. Dan aku terfikir...aku ni kat Malaysia ke kat Bangladesh? takpun kat Burma? Idok pun aku dok kat Indon sekarang nih? hahaha...cuba ko bayangkan....betapa ramainya 'mereka-mereka' itu disini...





Malam tu aku bedal mee sup perut dan baby amik mee sup ayam jer. Perut-perut segala macam ni baby tak makan. Ekekekek...rugi la baby oiiii.... But makan benda-benda tu pun bukannya elok sangat. Tak bagus. Sekali sekala ok la ko nak bedal...



Baby nya food. Malam tu makan ni ja. Tadak benda lain dah. Oklah...kenyang jugak walaupun kuantiti meenya 'ciput'...standardlah kan meniaga zaman sekarang.


Makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan...ingat tu....

Tuesday, November 02, 2010

Jual Bayi

HOH.... 

Nyawa manusia bukanlah untuk diperdagangkan.... Apatah lagi nyawa bayi yang baru sahaja menjenguk dunia. 

Pantaulah segala apa jua perkara yang menimbulkan keraguan walaupun ianya perkara yang remeh temeh. Tidak perlulah menunding jari. Sebaliknya bersama-sama berganding bahu membenteras segala perkara yang pincang demi kebaikan semua pihak. 

Kita kongsikan artikel dibawah untuk peringatan semua pihak.


2010/11/02

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menjalankan siasatan dalaman sekiranya wujud salah laku di kalangan petugas berikutan laporan yang mendakwa kakitangan JPN disyaki bersubahat menjual bayi. 


"Sekiranya didapati ada unsur-unsur salah laku dan penyelewengan, jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan berdasarkan perundangan sedia ada," kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Zulkifli Rahmat, dalam satu kenyataan di sini.



Berita Harian hari ini melaporkan terdapat kakitangan JPN disyaki bersubahat dengan sindiket penjualan bayi bagi memudahkan urusan pendaftaran bayi dan pengeluaran sijil kelahiran asli tanpa prosedur yang ketat.


Laporan itu mendakwa selepas transaksi jual beli, pembeli dibawa oleh anggota sindiket atau kakitangan hospital ke Pejabat JPN, manakala "kaki" mereka di kalangan kakitangan jabatan sudah sedia menunggu untuk mendaftar dan pengeluaran sijil kelahiran lengkap dengan nama bayi menggunakan bin atau binti bagi pasangan Islam dan bapa serta ibu bagi yang bukan Islam. 

Berhubung dakwaan pembabitan petugas JPN dalam kes itu, Zulkifli menjelaskan bahawa sistem pendaftaran kelahiran di JPN adalah dikawal dan kelulusan setiap permohonan tidak dilakukan oleh petugas kaunter secara berseorangan. 

"Bagi tujuan kawalan dan keselamatan, JPN juga mempraktikkan sistem kelulusan berperingkat di mana setiap permohonan pendaftaran kelahiran perlu disemak oleh penyelia sebelum diluluskan dan dikeluarkan sijil," katanya. - BERNAMA 

Sumber Rujukan : Berita Harian Online.

Tarikh Melihat Anak Bulan Aidiladha

Raya Haji dah nak tiba. Sekarang ni sekejap je hari berganti hari, bulan berganti bulan...dan kita dah pun nak masuk ke tahun 2011. Dalam lebih kurang 2 minggu lagi kita nak sambut hari raya aidiladha pulak. Bagi yang mampu untuk membuat 'korban' tu, sudah pastinya tidak ketinggalan untuk merebut peluang. Inilah salah satu masa dan peluang untuk bersama-sama kita mengeratkan ukhwah... insyaallah...semoga kita semua diberkati...amin... 


Tarikh lihat anak bulan aidiladha petang 6 November

2010/10/30


KUALA LUMPUR: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 November ini, bersamaan 29 Zulkaedah.

Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.


Sementara itu, 30 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah, ialah:
1. Pontian Kecil, Johor.
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.
5. Pulau Angsa, daerah Kuala Selangor, Selangor.
6. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor. 7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, selangor Darul Ehsan
8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak.
9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.
11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.
12. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.
13. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.
14. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu.
15. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
16. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.
17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.
18. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan.
19. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan.
20. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak.
21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.
22. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.
23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.
24. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.
25. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.
26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.
27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.
30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. 

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga. - BERNAMA 

Sumber : Berita Harian Online

Petrosains - DinoTrek @ Jaya Jusco Seberang Perai City

DinoTrek @ Jaya Jusco??? Ai... biar benar...

Benar tak benar pun, memang dah ada Dino Trek kat Penang... Ko jangan tak percaya. Tapi belum bukak lagi. Coming soon on November 2010. Ni dah 1st November.... bila bukaknya aku tak sure la. But they said on the board is on November 2010.... kalau on 30hb pun still November jugak kan kan kan???






But sekali imbas aku nengok rega tiket dia idok ler semahal kat KLCC nun.... less than RM10. ok la tu....daripada ko nak mencerapak ke KLCC...ngan parking lagi...ngan LRT lagi... baik orang-orang belah utara pegi yang ada kat Jaya Jusco tu udah ler.... jimat duit, jimat tenaga....



Monday, November 01, 2010

Pertunangan

Kepak kebom kebom kepak kebom....

Ha...bau-bau nasik minyak sudah mali..... Sudah terbau-bau bunga rampai, sudah terngiang-ngiang paluan kompang. Sudah terbayang-bayang pelamin nan indah...
Sapa kahwin? aku..?? isk...kome ni..teman dah lama dah bersanding. Cuma honeymoon jer sampai sekarang nih...hahahah.... Keluarga aku akan terima orang baru on 3/12/2010....ish.... tak lama dah weih.... Pejam celik pejam celik dah tiba hari bahagia.... Aku dah standby 2 pasang baju kurung untuk 3 & 4 hb Desember tu. Bukan baju mahal-mahal...ala kadar jer... itu yang termampu... :-)



Sekarang ni macam-macam jenis hantaran yang ada. Yang kat atas ni ko jangan pulak ingat buah manggis...benda ni kuih weih...ntah kuih apa aku pun tatau sebab kawna mak aku yang bagi.

Penuh jugak lah katil dengan pelbagai jenis hantaran yang nak dibawa ke rumah perempuan. Sekrang ni mak aku dok tengah sibuk buat persiapan untuk kenduri. 

Kucing-kucing akan kubawa pulang minggu ni untuk dikumpulkan...hehehe....dah kot 1000 ekor.... jenuh pulak mak aku nak bagi makan wiskes...

hahahah...bukan kucing idop la ko.....kucing yang dibuat dari span untuk dihadiahkan kepada para tetamu sebagai tanda ingatan dihari kenduri nanti.... aku sure kena VOGUE...tak boleh tidak walaupun aku kakak pengantin dan bukan pengantin....!!!!





Sunday, October 31, 2010

Kucing Kucing Kucing

Comeynyer....
Kucing ni kan binatang kesayangan Rasullullah.

Binatang juga ada perasaan. Ko tengok kucing, dia boleh tahu tau kita suka atau idok dengan dia. Dia boleh tahu kehadirannya itu menyenangkan kita atau sebaliknya. Ko jangan sesuka hati tokwan je nak sepak terajang kucing yang dok mengiau ngiau kat kaki ko... berdosa tahu dak...

Baby cukup suka ngan kucing... tapi aku tak la berminat sangat nak bela kucing. Kakak pun minat kucing too but kucing kakak dah kena 'langgar lari'...hahahah... ada cerita disebalik adegan 'langgar lari' ni... I'll tell u later haaa....

Inilah 'Tam'....kucing baby suatu ketika dulu. Sekarang ni Tam dah lama tak balik umah. Sejak Putih acciddent orang langgar depan umah aku. Dah ajal Putih kena langgar lari... balik keja petang tu baby tanam kat semak tepi taman. Sedih la jugak...but nak buat macam mana. Rasanya Tam nampak kot Putih kena langgar...itu yang dia pun jadi phobia nak balik umah....










Ini lak kucing milik kedai depan opis yang aku selalu gi makan. Malas gilo ko kucing nih...tido je kojer dia. Kalau dia berjalan, terkedek-kedek macam itik pulang petang sebab badan dia gemok....hahahah






Aku amik candid je picture kucing gemok tu sebab dia ni pemalu....see see see...mana nak senyum pong amik gambo....hahahahah.... jokes only yer....betapa comeynya kucing-kucing ni....ingat weih...ko jangan dok tibai kucing sesuka hati...BERDOSA...

Pesanan Buat Suami - Part 2 (11 - 23)

Sambungan info 'Pesanan Buat Suami' buat teman-teman yang meziarahi blog SalTesoro...


PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah



11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...