Saturday, September 24, 2011

Lunch Invitation

This Morning, aku ada menerima invitation for lunch @ Venue : Masih dalam Malaysia dan Penang amnya.....hahahhaaha. That event is on 3nd week of October and thats mean 2 week after event @ syurga chenta. 

Humakhaiiiii... jauh bebenar lagi datenya weih. Lot of people will be coming I guess. Kira macam reunion ker ni? Ke ada nak celebrate something? cer citer...cer citer...

Not sure yet... nak pegi ke tak... depends on many factor. Nantilah... Insyaallah... I'll give the answer 2 day before? can I? :-)

All the cost will be supported by one 'hamba Allah' ....
I'll contact u after my event @ syurga chenta to confirm my attendance....

P/s : Thanks a lot for the invitation.... Really appreciated it. ;-)


Friday, September 23, 2011

Khalwat @ bersekedudukan @ 12 years old???

Subhanalllah....  
Apa la nak jadi dengan remaja zaman sekarang nih. Mudah sangat nak menyerahkan sesuatu yang paling berharga pada orang yang tidak layak. Kecik-kecik mak bapak selimut la dengan lampin, pakaikan seluar baju... bila dah besar sikit, (besar sikit je...) dah pandai nak bersekedudukan... dah pandai nak buat kerja haram... dah pandai bab-bab sexual...

Seorang sahabat menceritakan tentang pengalaman beliau 'mencekup' remaja belasan tahun yang ntah buat apa dalam rumah bila time parents bekerja dan tak ada dirumah. Gila.... 2 perempuan dan 4 lelaki.... one of that girl dah macam lunyai dah time sahabat aku tu ketuk pintu umah... punya la pulun dok buat kerja gamaknya.... aku tak nampak dengan mata kepala aku sendiri... so, I can;t judge. But, kalau ikut fikiran logiknya, ikut fikiran manusia... dah lunyai tu... sendiri mau faham la.... both of the girl tu 12 tahun... the boys is 13 tahun.. which is baru akil baligh la usia tu... usia nak menerai itu ini hatta bab-bab sexual, yang of course, yang haram tu memang sedap, memang best... natijahnya? ada depa nak fikir? 

Memang bab-bab sexual ni budak-budak yang baru nak akil baligh dan yang sudah akil baligh perlu diberikan pendedahan yang sebanyak mungkin. Apa kesan dari persetubuhan haram, apa akibat baik dan buruk pergaulan bebas antara remaja. Parents/teachers perlu explain tentang hubungan sexual, bila sepatutnya dan kenapa perlunya hubungan sexual HANYA boleh dilakukan selepas nikah. Apa implikasinya dari pandangan agama, bangsa dan masyarakat.  Sekali buat silap bab persetubuhan haram ni, of course kesan dia akan remaja itu tanggung sepanjang hayat.

Kesedaran hubungan terlarang ni perlu ditanam di peringkat awal. Bukan sewaktu usia belasan tahun. Memang kebanyakkan dari kita akan ambil ringan bab-bab ini lantaran susur galur adat serta kelompok masyarakat yang masih terkongkong. Kalau cerita bab sex jer... haaaa... mulalah mak bapak jengil-jengil mato... silap haribulan rotan naik atas belakang.... but, wake up... zaman dah berubah. Dan kita perlu mengikut perubahan zaman itu dengan sewajarnya tanpa mengenepikan agama dan adat. 

Salah siapa bila anak-anak ini terjerumus pada permasaalahan sebegini rupa? Bukan hendak menunding jari.... semua pihak ada bahagian, ada sahamnya... mak ayah, cikgu, masyarakat sekeliling.... Perhatikan, adakah wujudnya ruang peluang yang terbuka untuk budak-budak hingusan ini membuat onar. Sebab apa mereka berani bertindak sedemikian?

Fikir-fikirkan....

May Allah Bless....




Thanks to Budak Gemokkkk

Done. I've printed the application form this morning. Itupun mujurlah budak gemok yang tolong fiil in the form from KK. Aku isi 1 stage, dia isi 4 stage. Gilos punya server... jenuh-jenuh nak masuk website tu. Hangin satu badan aku dibuatnya.  Hampehhhh...

Thanks ngah, because ur kind concern to kakak. Along dah print that form...6 copy walaupun yang wajib hanya 3 pcs.... phobia betul aku dengan website yang dok hang memanjang nih...

Kita hanya berusaha dan bertawakal.... selainnya berserahlah kepada Allah SWT. Moga kakak mendapat yang terbaik untuk UPSR... :-)

May Allah Bless...

Wednesday, September 21, 2011

Jatuh Chenta

Aku sudah jatuh CHENTA.... Pada siapa? Pada Apa? ESOK aku publish yer.... heheheheheheh
Nak tidur dengan Chenta-Chenta hatiku.... muahahahhaa

Love U....

Tuesday, September 20, 2011

Aku Terasa

Yeap... memang aku terasa... terasa sangat-sangat 
(Entry ni tak ada kena mengena langsung dengan Mr.Hubby - Dont get me wrong wokay)

Kadang kala kita lupa. Setiap sesuatu yang berlaku itu bersebab. Bukan saja-saja. Kita hidup selaku manusia ni perlu melengkapkan diantara satu sama lain. Yang lebih melengkapkan yang kurang, yang cerdik melengkapkan yang tiada kepandaian, yang kaya melengkapkan yang miskin.... banyak lagi yang boleh melengkapkan diantara manusia.

Aku terasa.. memang aku terasa malam ni. Pedih sangat-sangat....Tapi demi satu silaturahim, demi satu ukhwah,  adakalanya aku perlu mendiamkan sahaja apa yang aku terasa. Demi satu persahabatan aku terpaksa pendamkan. Aku menjadi pendengar yang setia. Tapi sampai bila. Sebelum bercakap aku akan berfikir... adakah kata-kata aku itu akan mencoretkan luka pada sahabat aku.... tapi... bukan darinya yang seringkali  berkata-kata ikut sedap telinganya sahaja. Biarlah... semoga persahabatan dan ukhwah ini sentiasa dilindungi, biarpun aku sudah seringkali terasa hati....

Memang dia sempurna... tetapi itu tidak bermakna dia perlu memandang hina pada yang tidak sesempurna dirinya.....

May Allah Bless....

Keikhlasan Seorang Hamba

Pelik tapi benar....
Mungkin inilah sikap dan sifat manusia akhir zaman. Aku bercakap bukan menandakan aku arif, warak mahupun pakar bab-bab ni....walhal aku sendiri banyakkkkk sangat kekurangan yang masih perlu untuk aku perbaiki...
Aku bercakap dari pemerhatian serta pemikiran aku selaku hambaNYA yang kerdil lagi lemah. You may skip this entry if u want to... I tak paksa pun you baca.... :-)

Untuk apa dicanangkan satu dunia bila kita bersedekah jariah? Perlu ke nak war war kan seanterio bumi akan amal jariah yang kita dah keluarkan? Perlu ke nak inform satu bumi berapa juta rupiah duit ringgit yang dah kita laburkan di tabung-tabung masjid dan surau? Perlu ke kita heboh satu Malaya hari ni 7-8 juzuk Al-Quran yang dah kita baca? Perlu ke kita guna pembesar suara memaklumkan kepada satu negeri yang hari ni berapa jenis solat-solat sunat yang dah kita buat? Perlu ke heboh satu Asia berapa mulut anak yatim yang dah kita bagi makan? Perlu ke semua tu jika ianya amalan dari seorang hamba kepada penciptanya?

Buat amal ibadat , sedekah jariah apa pun kena ikhlas kerana ALLAH SWT. Bukan untuk dicanang-canang mahupun bukan untuk membangga diri. Bukan juga untuk bersifat menunjuk yang kita mampu nak buat itu dan ini... walhal kalau tangan kanan memberi sedekah... tangan kiri tak perlu tahu sama sekali. Disinilah KEIKHLASAN kita akan terserlah. Bukan payah untuk menjadi hamba yang benar-benar soleh....dan bukan susah pun untuk tergelincir dan menjadi yang sebaliknya... Semuanya bergantung kepada niat dan keikhlasan kita selaku hamba.

Ikhlaskan anda?

May Allah Bless


Rasa Hati

Hampir 3 bulan aku mendiami Istana Cinta.
Istana yang tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Cukuplah untuk didiami bersama insan-insan tersayang. Cukuplah dengan apa yang ada. Istana yang cukup sempurna pada aku. Sempurna pada Mr. Hubby. Ada taman mini dihadapan istana, berserta kolam ikan hasil kerja tangan bersama Mr. Hubby bertahun yang lalu.

Bila kehidupan ini kita rasakan sempurna, sempurnalah ia. Bila apa yang ada kita rasa sudah cukup memadai, cukuplah ia. Apabila jauh disudut hati kita bahagia... bahagialah ia...

Sejuta rasa syukur kerana memiliki seorang suami yang penyayang, cukup sabar pada setiap karenah aku. Dikurniakan seorang puteri yang semakin membesar. Semoga kakak menjadi anak yang soleh dan menjadi seorang hamba yang beriman kepada penciptanya. Betullah... Allah memberi memberi rezeki pada saat-saat yang tidak diduga. Dan itu yang aku rasa. Alhamdulillah.

Jangan sesekali membandingkan diri kita dengan yang lebih, jangan sentiasa mendongak keatas kerana kita akan terlupa dengan apa yang kita ada. Sentiasalah merenung pada yang kurang dan tiada, kerana dari situ kita akan tahu untuk BERSYUKUR dengan apa yang telah dianugerahkan....

Sayang Padamu.... ;-) 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...