Wednesday, September 07, 2011

Syawal 2011 - Part 2 - Port Aku ^__*

Nampak tak barang2 depan 2nd cabinet tv tu? haaaa... itulah port aku. Dalam banyak-banyak port... rasanya port aku yang paling sesak. Beg ado 2, beg segala mak neka charger dah sstu beg, extension wire pun aku bawak, toto, bantal, selimut suma aku angkut sendiri dari Penang. Senang cerita... aku sendiri agak kurang selesa nak guna bantal, selimut, tilam selain dari yang aku punya.... bapak punya cerewet daaaa... Lagipun kepala aku tak selesa guna bantal biasa...kena jenis kusyen yang empat segi tu. Keselesaan yang terjamin.... hahahahah


My hubby dengan adik iparnya. Bapa pada kembar Auni & Augi. Hubby rapat jugak ngan ipar yang ni. Mungkin sebab mamat tu ramah tamah kot. Ngan aku pun dia leh sembang rabung cam kengkawan lama. Kira oraitlah. Taklah berprotokol sangat kan kan kan. This is infront of my FIL house. Lapangkan halaman rumah dia... siap ada beranda lagi ko.... kalau susun keta betul2... muat la dalam 12 - 15 biji keta. Tapi kalau musim tengkujuh... banjir penuh depan umah... hahahaha


May Allah Bless...





Syawal 2011 - Part 1 - 5/8 Cars

Alhamdulillah...

Selesai sudah Syawal di kampung halaman Mr. Hubby. Syawal yang paling bermakna ketika di kampung mertua. Meriah dan happening. Disebabkan Mr. Hubby anak ke-8 dari 14 adik beradik. Bergegar rumah FIL (Family In Law) aku. Alhamdulillah. Dah lama tak rasa Syawal sebegini meriah di kampung mertua. Bukan apa. This is for the 1st time for 13 years aku menyambut Syawal di rumah FIL. Biasanya, raya ke 5 atau 6 baru balik ke Terengganu - atas sebab2 yang tak dapat nak aku jelaskan disini.. Insyaallah, Syawal tahun depan, jika panjang umur dan diizinkan Allah, Mr. Hubby akan bersolat Aidil Fitri di Kuala Terengganu. Tengok keadaan dulu macam mana.


5 from 8 cars je yang muat masuk dalam camera aku. Maleh nak undur kebelakang lagi. Dah Malam ko... dalam 11pm camtu. Paham-pahamlah... cik katak dok berkeliaran time-time ni.... eeeee... Yang tak nampak dalam camera is 1 Avanza, 1 Wira and 1 Grand Livina. 5 kereta masih dalam perjalanan sebab they all beraya dirumah mertua memasing dulu. Dalam 14 orang menantu, cuma 3 orang je termasuk aku yang bukan dari Terengganu. Sorang dari Perak (aku lerrr), sorang dari Port Klang dan sorang dari Pahang... ^__^

Nasib baik la umah FIL aku ni besor. Anak ada 14, menantu ada 14, cucu ada 44 orang... bergegar lantai rumah dek cucu dok berlari. Really touching pada aku yang adik beradik ado 3 kerat je.... Mengimbau kenangan pada rumah arwah tok wan ngan pah aku... dulu time raya pun cenggini jugak... now suma tu dah tinggal kenangan..... takdernyer nak cenggitu lagi dah.... O___O

Nasib baik bilik ada 5, washroom ada 2, toilet ada 1, perigi ada 1...itupun masih lagi berebut.... hahahaha
Yang senangnya... lepak bentang toto kat port memasing.... muahahahah

Kakak oiii.. sesuka hati ko jer ek dok sepuk selimut ko atas bonet keta.... Time ni anak dara aku dok melayan si kembar yang 2 pasang tu. Dah besor2 budak2 tu. Kalau aku preggy kembar kan besh.... Sakit sekali dapat dua or tiga...4 ker.... muahahahaah

Well.... Story syawal masih baru... masih panas.... 

May Allah Bless....





Friday, September 02, 2011

Buhsannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Haiyohhhh... buhsannnnn gilosssssss..... I miss my home crazy3.
Esok balik my mum house. Day after 2moro back to my syurga cinta. Betullah kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Biarlah hujan batu... kerana betapa cantiknya, betapa indahnya hujan emas di negeri orang... aku tetap rindukan hujan batu.

Betapa bebelan emak.. betapa gadoh2 manja dengan adik2 menjadikan aku rindu. Sesungguhnya disini bukan tempatku. Merasa terisinya Syawal pada Syawal pertama, kedua dan ketiga sahaja. Selebihnya sebelum aku pulang ke pangkuan keluarga di Perak, Syawal yang suram dan penuh dengan kebosanan yang bukan sedikit. Hadoi.... buhsannnnnnnn!!!!

Tak sabar sungguh nak balik... soh mak buat soto ayam...!!!!

Semoga perjalanan esok selamat dan lancar. Insyaallah....
Ish... tension oiiiii.... :-(


Salam Lebaran Dari Meiji - Japan

Cebisan Manuscript - Chapter 32

4 Syawal 1413
First in the morning, Pesanan ringkas aku terima dari Meiji - Japan. 
Alhamdulillah. Dia selamat tiba di negara matahari terbit itu. Biarlah. Biarlah dia membawa diri buat seketika. Sukarnya bila sesuatu perkara itu melibatkan soal hati. Aku tidak pernah menyangkakan dia akan memaklumkan ketibaannya padaku. Dan sempat pula menghubungiku sebelum masuk ke departure hall lewat malam tadi. 
Segala-galanya menjadikan aku keliru. Apa yang dah berlaku padanya? Benarlah katanya padaku berulang kali diakhir Ramadhan yang lalu. Sukarnya keadaan, payahnya situasi bila ianya melibatkan soal hati yang bagaikan sudah retak seribu.... Aku masih belum berkesempatan untuk bercakap panjang lebar dengannya. Biarlah. Biarlah hatinya sejuk dan tenang dahulu.

Iman Nashriq, tak guna melawan arus lantaran kelak kita yang akan lemas. Berenanglah perlahan-lahan ke tebing. dan berpautlah pada dahan-dahan yang kukuh sehingga nafasmu kembali teratur....

May Allah Bless, for both parties.


Friday, August 26, 2011

Hatiku Milikmu???

Apakeheinyer... jiwangsss tahap tak hengat pepagi hari ni..... layannnnsss



Hatimu Milikku
Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku

c/o Disisimu kuterdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untukku meluahkan ku cinta padamu
nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa pantas degupan jantungku
mungkinkah hatiku milikmu jua
sayang padamu..

Kan ku abadikan dikau
sewaktu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya
kanku coretkan kenanganmu dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah di dalam hidupku ini

ulang c/o
Berkorban telah
dilanda badai gelora cinta mengucap jiwaku untuk mencari daratan yang damai oh.. cintaku oh..
ulang c/o
kanku coretkan kenangananmu
dalam sanubariku ini agar jadi yang terindah di dalam hidupku ini


Thursday, August 25, 2011

Ikan... Ikan.... biskut ikan....

hehehehe...
Resepinya....

Nantilah...raya ke dua ploh baru aku update entrynyer yer.... muahahahahah

Research Itu Penting ^__^

Usai dapat a not so good news from DRC today... aku terus tik tok tik tok.... buat research apa kaitan this Uni & that Uni untuk import lecturer from here, to lecture on their Uni. Apa program yang ado dan apakeheinyer tetengah bulan raya nak kesana sinun....

I got the answer... bla bla bla bla & bla... memang ada job for them @ bla bla University. Siap ada reason2 yang disertakan. Humak haiiiii... I love this gadget soooo much.... Senang pulak aku access that info. Within a few minute I got the answer.... siap segala mak nenek gambor yang hado... 

Kenapa Japan? Kerana disitu ada dot dot dot... muahahahah

Maybe apa yang sedang berlaku di'sana' berlaku secara kebetulan... So... bawak la hati tu jauh-jauh ke negara matahari terbit tu yer... Mudah-mudahan ianya pulih seperti sediakala bila u balik Malaysia nanti. Jangan repair pakai selofan tape.... kasik welding terus... muahahahah

Bak kata Ramlee Awang Murshid dalam salah satu karyanya .... "Hatiku di Harajuku"...
Good stories.... Good ending too.

P/s : Meggie Curry jangan lupa Doc....tak kanlah hari-hari nak tibai sushi.... hahahahah
May Allah Bless u.. all the way. & Please... Jangan tak balik...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...