Friday, December 10, 2010

Penyatuan 2 Hati - Part 3

Al-Fatihah...

Lepas usai majlis akad nikah, aku sekeluarga menziarahi pusara abah yang tersayang. Sebaknya Allah sahaja yang tahu. Arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 06hb September 2006 @ 6:10am yang lalu, akibat pendarahan dalam otak.




Biasalah...dah pun namanya gila bergambo a.k.a gila camera... kat mana-mana pun dia akan snap, akan shoot. Tak kira dimana saja berada. Manis eh rupa adik perempuan aku yang number 2 tu?  Adik ipar yang takkan ku anggap seperti adik ipar melainkan akan aku anggap seperti adik sendiri....


Dua orang lelaki kesayanganku yang menjadi tunggak kebahagian kepada keluarga setelah ketiadaan arwah abah. Al-Fatihah buat arwah abah tersayang.... Semoga rohnya ditempatkan bersama hamba-hamba yang dikasih dan dirahmati. Insyaalllah....

To Be Continue...

Penyatuan 2 Hati - Part 3

Al-Fatihah...

Lepas usai majlis akad nikah, aku sekeluarga menziarahi pusara abah yang tersayang. Sebaknya Allah sahaja yang tahu. Arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 06hb September 2006 @ 6:10am yang lalu, akibat pendarahan dalam otak.




Biasalah...dah pun namanya gila bergambo a.k.a gila camera... kat mana-mana pun dia akan snap, akan shoot. Tak kira dimana saja berada. Manis eh rupa adik perempuan aku yang number 2 tu?  Adik ipar yang takkan ku anggap seperti adik ipar melainkan akan aku anggap seperti adik sendiri....


Dua orang lelaki kesayanganku yang menjadi tunggak kebahagian kepada keluarga setelah ketiadaan arwah abah. Al-Fatihah buat arwah abah tersayang.... Semoga rohnya ditempatkan bersama hamba-hamba yang dikasih dan dirahmati. Insyaalllah....

To Be Continue...

Thursday, December 09, 2010

Penyatuan 2 Hati - Part 2

Selesai sudah acara nikah angah on 3/12/2010 yang lalu.
A few moment yang menggambarkan betapa ceria serta bahagianya angah tatkala telah diikat dengan lafazan ijab dan kabul bersama pilihan hati yang tersayang.


Angah...angah...angah...
Disitulah letaknya kebahagiaan...disitu jugalah letakkan penderitaan. Terpulanglah pada angah bagaimana nak melayari bahtera rumahtangga serta amanah yang telah diamanahkan oleh Allah pada angah. Tak tahu tanya...tak jumpa cari....tak berdaya, berdoalah supaya diberi kekuatan untuk melayari hidup bersuami isteri dengan sebaiknya.


A good photographer will make a good photo....
Adik sepupu aku yang amik course photography @ UITM yang shoot all angah picture, Aku just guna camera comey aku jer.... nes=xt year la kot baru nak boli DSLR...paneh tangan dok nengok kazen aku amik guno DSLR.... tunggu yorrrr....

Penyatuan 2 Hati - Part 1

Alhamdulillah...selesai sudah majlis penyatuan dua hati adindaku Angah....

Syukur kerana majlis selama 3 hari itu berjalan dengan penuh jayanya.... penuh rahmat dan penuh kasih sayang. Majlis berjaya dilaksanakan dengan bantuan serta sokongan semua jiran tetangga serta keluarga. Memandangkan arwah abah dah tak ada.... ada detik-detik pilu yang menguasai suasana. Arwah memang tak pernah luput dari ingatan. Tak pernah sedetikpun hilang dari pandangan. 


Angah a.k.a gemok.... adik lelaki tunggal yang amat aku sayang. Wajah tenang penuh confident untuk memikul tanggunbgjawab seorang suami. Penuh sense of humor. Penyeri kepada keluarga dimana susah senang dia sudi untuk bersama-sama. Dengan sekali lafaz, beliau telah selamat bergelar seorang suami kepada seorang isteri....


Beberapa hantaran yang menjadi pemberian sampingan pada 4/12/2010 yang lalu. Yang ada dalam photo ni diantaranya adalah handphone, telekung beserta barangan penjagaan diri buat isteri tersayang... semua decoration disediakan dengan penuh kasih sayang oleh bondaku. Aku hanya menjadi 'tukang sibuk' jer.... tak gheti arrrr nak gubah itu ini... bakatku kearah lain...not gubah menggubah wokey.....

To Be Continue....






Wednesday, December 08, 2010

The Next Three Days

TOUCHING !!!

Setelah berminggu-minggu aku langsung tak berkesempatan nak menjenguk GSC... last week aku cilok sat kesana. Tengok 'The Next Three Days.

Memang berbaloi-baloi weh...2 jam lebih movie dia. Kisah keluarga yang cukup menyentuh perasaan. Sayangnya si suami pada isteri tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...

You should watch this movie.... sikit jer lagi nak tangkap leleh beb.....

Ko nak sentap?? ada aku kisah???

Ko rasa ko kayo...ada berjuta lagi manusia yang kayo dari ko
Ko naik keta mewah... ada beribu-ribu lagi manusia yang ada keta lebih canggih manggih dari ko
Ko rasa ko lawo... berjuta lagi manusia yang lebih lawo dari ko
ko rasa laki ko hensem.... ramai lagi laki laki orang lain yang hensem dari laki ko....

Aku bukan apa...cuma a bit meluat dengan sorang 'pompuan gegeh' ni yang aku jumpa a few time minggu lepas. mak aiii...cakap dia....Ya Rabbi.... sungguh bongkak, angkuh & riaknya.... Walhal rasanya tak la sekaya mana sangat pun. Hubby dia aku rasa tak la riak macam tu... Biasa-biasa saja. Agaknya itulah contoh manusia yang boleh dikatakan 'lupa daratan'.... 

Kita nak hidup tak lama... jangan asyik memandang bintang dilangit...rumput dibumi kita tak pandang langsung. Jangan sebab dah selalu makan western food... daging cincang RM6 sekilo kita tengok dengan penuh jijik... jangan sebab dah selalu sangat makan healty food... perut lembu kita tengok kotor...

Hidup ni bagaikan roda yang berputar...tak esok lusa mesti sampai turn kita berada dibawah. Muhasabahlah diri dengan sebaiknya. Tak mustahil sekarang kita pakai baju RM150 sehelai, jangan tiba suatu masa, kita terpaksa menyarungkan baju RM 2.00 dek kerana keangkuhan, sikap bongkak serta riak kita memakan diri sendiri....

Sama-samalh kita renung dan fikirkan...
Wallahualam....





Monday, December 06, 2010

Dimanakah Aku???

Hilang dalam terang....
itulah definasi tepat yang menggambarkan situasiku daripada seminggu yang lalu..
Aku sibuk...sibuk...sibuk & sibuk dengan persiapan majlis penyatuan 2 hati adik lelaki kesayanganku. Penatnya masyaallah...tak tahu macamana nak aku gambarkan.... kaki rasa macam nak tercabut...mata berat sangat-sangat...letihnya hanya ALLAH saja yang tahu...

Best dapat ahli baru dalam keluarga.... dah tu pulak 'satu kepala'.... hahahah....
CINTA ROTI SAYUR ke jinjang pelamin akhirnya.... Alhandulillah....

Tapi, Alhamdulillah.... majlis berjalan dengan 90% sempurna. Tiada yang lebih sempurna melainkan DIA.
Aku akan update blog aku ni secepat yang mungkin.... biarkan kaki serta jari jemariku berehat seketika... lusa aku dah start kerja, & after that kita PULUN PUBLISH ENTRY YOOOO....!!!!

Love u all....








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...