Saturday, November 27, 2010

2 Alam

Aku dah tengok movie ni minggu lepas lagi. 

Good movie. Banyak yang dapat kita renungkan dari penyampaian serta olahan cerita yang berkaitan dengan hidup dan kematian. Tapi ianya untuk tontotan 18 tahun keatas sahaja memandangkan banyak terdapatnya adegan-adegan ranjang yang tidak keterlaluan. 

Olahan yang kurang kemas namun tidak mencacatkan jalan cerita. Penyampaian yang berkesan cuma ada beberapa adegan yang pada aku perlu disampaikan dengan lebih teliti dan perlu lebih fokus kepada objek dan watak utama.

Kesimpulannya, hidup ini terlalu singkat. Sekelip mata sahaja mungkin kita sudah tidak bernyawa. Kemewahan itu tidak pernah menjanjikan bahagia. Seandainya kemewahan itu mampu untuk membahagiakanmu, bersyukurlah. Kita perlu sentiasa merenung jauh kedalam diri. siapa kita dan dimana kita berpijak.

Kakak - Part 5

@ Pizza Hut once upon a time....

Dah berkeriut-keriut dah muka. Dah senget benget dah wajah menantikan pizza yang dipesan tak kunjung tiba. On that day memang dia proposed nak makan pizza. So....kami berdua je la yang merayap ke Pizza Hut Sunway Carnival. Baby keja, so tak dapat nak ikut.

As usual, kakak ni kalau dia tak minta, memang dia makan sikit je. But kalau dia dah bersuara nak makan itu nak makan ini, haaaa.... memang puas hati la dia makan. On that day dia makan 3 slice pizza Hawaian Chicken + 2 pieces of Deli Wings. Dalam picture ni dia dok makan garlic bread... siap hiris dengan pisau lagi tu... ala-ala western style you....


Macam-macam memek muka yang dibuatnya sementara dok tunggu pizza sampai. Dia tak kira orang dok tengok dia ker....dok kerling kat dia ker.... she will do whatever she want to do. Erkk,..... betul ke pepatah omputih yang menyatakan 'like mother like daughter'...???

Tapi kakak...muka ibu tadak la macam tu.....

Friday, November 26, 2010

Selamat Kembali Asthma..... :-(

Erk..... adeh.... hmmm..
Susahnya aku nak bernafas malam tadi. Tercungap-cungap. Sesak dada. Dah sah sah asthma aku menjelang kembali setelah menghilangkan diri selama hampir 2 tahun. Dan sebab dah tak semput maka aku pun stop la renew inhaler aku. Sampai aku sendiri lupa nama inhaler yang pernah aku guna

Sekali....Nah...hamik ko.... semalam tercungap-cungap semput. Macam nak putus nyawa. Menggigil suma cukup. Sejuk ni tok sah cakap la....

Aku pun tak tahu la aku silap makan apa... rasanya tadak makan apa benda-benda yang sejuk. Yang aku perasan aku selsema sikit semalam. Batuk pun sikit-sikit. Little bit jer...bukan batuk teruk pun.

Petang satgi nak ajak baby gi cari balik inhaler aku tu kat pharmacy. Naya weh...buatnya time duduk sorang-sorang kena asthma attack... sapa nak tanggung...??? Aku berharap sangat agar ianya pergi terus dari hidup aku..... sesak weih....

So.....
maka...
oleh sebab itu...
akan bertambahlah lagi harta khazanah dalam handbag aku... ingatkan aku dah tak payah dok ngusung kehulu kehilir dah inhaler tu..... aku tersilap ghupanya.....
Berat lagi la handbag aku.....





Dr. Caldina Again Fly Fly Fly & Fly

"I'm going to Sarawak tonite...."
Terbang lagi. Again busy with all the classes. Hmm.... you mencari apa sebenarnya Doc? Selalu sangat away from home. Mesti 'A.S' selalu nak ikut you bila nampak you dok usung beg baju kesana kesini.

Dia dah habis merajuk. Setakat tu je la merajuknya.... you tahu pun muka tu dah jadi macam asam boi dah dok merajuk tak tentu hala.... atau yang sebenarnya you tak merajuk? 

Bila I tanya...Busy...Busy...Busy.... itulah jawapan yang you bagi...
Itulah resam Dr. Caldina. Tak ada perkataan lain ke Doc?

Well well well....mujurlah rajuk you tu tak lama. Sebab Utara & Selatan bukannya dekat. Dan hidup tak mudah Doc.... 
GABUSATA Doc...GABUSATA....




Dr. Caldina merajuk?

Woish....what's going on?

You tahu tak Dr, buruk bebenor kalau at your age tu merajuk.... kenapa pulak nak merajuk tak tentu hala ni? Did I do something wrong? Apa yang tak kenanya? Nak kata tersilap cakap tersasul bicara, tak pulak rasanya...

This is Dr. Caldina.
Dia akan 'timbul' dan 'tenggelam' sesuka hati dia. See.. see.. see... agaknya sekarang ni musim dia nak 'tenggelam'... ntah bila pulak dia akan 'timbul' hanya dia sendiri yang tahu. As i said before, dialah satu-satunya kawan I yang paling sukar diramal. Terlalu sukar nak jangka apa tindakan yang dia akan ambil.

Please Doc...say something. I know you read this.

Suatu Pagi Di Rain City

Cantiknya...
Bergegas aku mencapai camera comel kesayanganku dan pantas men'snap' this beautiful view untuk tatapan korang. Bukit yang terdapat dalam picture disini adalah Bukit Larut a.k.a maxwell Hill. 

Waktu ni kalau tak silap aku baru pukul 8.00 pagi macam tu. Lapisan-lapisan kabus menjadikan pemandangan Bukit Larut nampak macam berlapis-lapis.


 

Cuba ko bayangkan kalau kita ada rumnah diatas bukit nun....mak aiii....alamat seharian aku dok tidorrrrrrr je la... Cantikkan ciptaan tuhan. 
Keindahan yang perlu disyukuri dengan sebaiknya.


Sale Sale Sale

Hohohoho....
Mega Sale menjengah lagi....
Bestnya shopping.... sana sini sale. Siap duit je. Ko nak apa semua ada. Cuma mak ayah je tadak jual kat shopping mall. Dari hujung rambut sampai hujung kaki semua ada kat sana. Aku kureng sikit membeli for this mega sale time sebab nak simpan budget for JB Trip another 2 weeks.



But...memang berbaloi kalau nak menyopping time ni sebab harga semua murah gila weih.... itupun ko tetap kena pandai buat pilihan. Jangan mudah terpedaya dengan signboard 'Sale' yang menari-nari dimatamu yer....


Hohohoho....
Mega Sale menjengah lagi.... menjengah kedalam handbags....wallet & credit card mu..... :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...