Monday, October 25, 2010

Satay Kajang @ Taiping (2) - Nasi Ayam


Ha...ni main course untuk Satay Kajang malam tu. Uik...moncokik jo koje dia....
Honestly, nasi ayam dia kureng sikit berbanding ngan mee kari yang angah makan on that nite. But dah rezeki aku nasi ayam malam tu...bersyukurlah....dapat gak makan daripada tak dapat makan... Sebab kat luar sana banyak lagi yang tak makan....


One for me and baby (we all share - sebab banyak sangat makanan...) & one for my mum & kakak ( Shafre jugak...)


Ayam Hainan dia ok la...sedap jugak cuma mungkin kureng kena sikit ngan tekak aku.



And the mee kari for Angah. Big quantity jugak mee kari dia. Yang ni sedap. Kena ngan tekak aku...next time aku nak makan ni pulak....

Abeh dahhh..... makan sungguh-sungguh... ater...tunggu lagi...tak der diet-diet nyaaaaaa....

Kencing Dimuka Isteri

MasyaALLAH...

Terkejut aku membaca muka depan akhbar Harian Metro hari ni. Zalimnya seorang suami yang kencing diwajah seorang isteri yang menurut akhbar, telah masak makanan yang tidak kena pada selera si suami. Dah tu pulak sanggup melafazkan talak ketika sedang kencing pada wajah isteri.

Isteri tu nak masak pun dah cukup besar rahmat. Suami patut melindungi isteri, bukan bertindak zalim keatasnya. Lelaki macam tu secara peribadi aku namakan sebagai binatang, bodoh & tak ada iman. isteri bukanlah hamba abdi yang boleh dibuat sesuka hati. Ikut nak terajang sumpah seranah apatah lagi kencing pada wajahnya. Rasa aku binatang pun tak buat macam tu, kencing pada muka sesama binatang...

Satu pengajaran juga bagi wanita-wanita. Pastikan hak anda tidak diambil ringan walaupun anda bernikah dinegara jiran. Kalau apa-apa berlaku, sekurang-kurangnya hak anda dapat dipertahankan. Sekarang ni banyak talian bantuan yang dapat melindungi wanita-wanita yang teraniaya dan salah satu darinya ialah :-

Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat

Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana,
Jalan Dato' Onn,
50515 Kuala Lumpur.
MALAYSIA
Tel: 03-2693 0095
Faks: 03-2693 4982


Jangan teragak-agak untuk menghubungi nombor-nombor bantuan ataupun Balai Polis yang berhampiran dengan anda sekiranya mendapati ada jiran/saudara/kenalan anda yang terlibat dengan penderaan wanita & kanak-kanak. Bersikap lebih prihatin tidak merugikan mana-mana pihak, sebaliknya, kita dapat mengelakkan berlakunya kejadia yang tidak diingini.

Caldina - Cerita Sebuah Kehidupan - Part 1

Masih ingat akan entry aku tentang Ferrero Rocher & Coklat Chenta ?
This is the story that i said to u before.

Ok...now I'm ready to exposed this story. Kerana aku telah bersedia untuk berkongsi satu cerita sebagai tatapan dan ini merupakan catatan pengalaman hidup seorang kenalan semata-mata. Maaf seandainya perkongsian catatan ini mengusik hati mana-mana pihak tanpa disengajakan.
(I'll be used name 'Aku' & 'Dr. Caldina' as sebagai ganti nama pada salah satu pengalaman hidup ini).



Lebih kurang empat tahun lepas, aku bertemu dengan 'Dr. Caldina' (Toyota Caldina was his latest vehicle). Seorang lelaki yang dalam linkungan usia 40an tatkala kami bertemu buat pertama kalinya atas urusan kerja. Memiliki jawatan, pangkat serta kedudukan yang tinggi di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam tanah air. Bertemu dengannya, telah menemukan aku dengan satu ruang 'sepi' yang amat dalam. Dimatanya kosong. Gelak tawanya 'hambar'. Walaupun dikelilingi oleh 'sesuatu' yang agak lumayan padaku untuk sebuah kehidupan seorang manusia bernama lelaki. Maksud aku, good looking, berjawatan tinggi, mempunyai isteri yang bukan 'calang-calang orangnya', anak-anak yang cerdik pandai, kediaman yang bagus dan kereta yang hebat-hebat. Bukan sebiji, 2-3 biji a good car. Kan mewah namanya tu..??


Yang aku maksudkan sepi disini adalah jiwa yang kosong, terzahir dari satu pandangan mata yang suram. Bukan aku mencari dan bukan dia mengundang. Keserasian perbualan membibitkan kepercayaan dalam sebuah persahabatan. Diantara kami tiada rasa CINTA apatah lagi rasa KASIH. Hanya sekadar satu rasa 'biasa-biasa' dari seseorang yang bergelar pensyarah kepada seorang sahabat yang tidak memiliki apa-apa kelebihan. Dan rasa serta perasaan itu masih kekal sehingga ke hari ini. Aku sayangkan dia. Yes... aku sayangkan dia... Sayang dari seorang sahabat kepada seorang sahabat. FULLSTOP !!! Aku mendengar dan mendengar. Luahan sepi seorang lelaki, seorang suami & seorang ayah. Hampir 4 jam rasanya kami berbicara, bertukar pendapat. Dan nah...satu kesimpulan terjawab....

Padaku, (sekadar pendapat seorang sahabat) Dia masih mencari dan masih tidak bertemu akan 'sesuatu' yang dinamakan CINTA. Dan mungkin juga tidak pernah merasai betapa indahnya satu rasa yang dinamakan CINTA...

Ya...mungkin dulu 'mereka' saling menyintai...namun, dek hambatan tugas, masa, kerja serta tanggugjawab menjadikan 'mereka' semakin jauh dan terasing. Lantaran itu, mereka seakan terlupa pada pohon cinta yang mereka pernah siramai dengan kasih sayang yang termeteri dengan lafazan ijab dan kabul, hampir layu dan usang.... tambahan pula perasaan 'keegooan' yang tinggi melangit...

"Prof, you're very unpredictable...Your emotion is too Fragile...."

kataku via sms dan seandainya
waktu itu dia dihadapanku, sudah pasti dia hanya memandang aku dengan penuh tanda tanya. Sememangnya perasaan, tindakan dan sikap sahabat aku ini terlalu sukar untuk aku jangka. Ada kalanya kami berutusan email saban hari dan ada ketikanya hampir berbulan-bulan tiada khabar berita. Seolah-olah aku tidak mempunyai seorang sahabat yang jauh di selatan tanahair...

Hakikatnya, walau setinggi mana sang isteri berada, walau puncak gunung mana sekalipun si steri berjaya mendaki, SYURGANYA tetap berada pada si suami. Tidak kiralah walau setinggi mana jawatan yang dipegang, dirumah, suami tetap suami dan isteri tetap isteri.

Aku akan sambung lagi dalam waktu yang terdekat...'Caldina - Cerita Sebuah Kehidupan-Part 2...Insyaallah.

Sunday, October 24, 2010

Movie - The Orphan

Berkisar tentang satu keluarga bahagia yang mengambil seorang anak yatim untuk dibuat kawan kepada anak kecil mereka yang 'istimewa', tidak boleh bercakap dan tidak boleh mendengar.


Misteri asal-usul anak yatim (Esther) semakin menjadi tanda-tanya apabila banyak berlakunya kejadian aneh dan pembunuh berkaitan dengannya. Esther sering menggoda ayah angkatnya dan seringkali menimbulkan masalah disekolah.

Tanpa disangka-sangka rupanya Esther adalah seorang wanita dewasa yang lari dari rumah sakit mental, dan menyamar sebagai anak yatim.

Moral of the story is :-

1) Berhati-hatilah sebelum menerima seorang yang asing didalam keluarga kita.
2) Berhati-hatilah sebelum menerima seseorang sebagai kawan walaupun kita tengok dari luaranya baik dan boleh dipercayai.
3) Life History checking is very important..!!! for any relationship....No matter whom..!!!


Cancer - Cara Merawat Atau Mengubati (3)

Ini merupakan sambungan pada entry no 1 dan 2 yang lepas. Semoga maklumat ini memberi kebaikan kepada kita semua...InsyaALLAH.

Cara merawat atau mengubati barah

Doktor akan merawat mangsa barah dengan cara yang sesuai dengan jenis barah dan peringkatnya. Antara rawatan yang diberi ialah:
  • Pembedahan untuk membuang keseluruhan ketumbuhan barah termasuk kawasan sekelilingnya serta kelenjar-kelenjar lymph yang berdekatan. Pembinaan semula dilakukan jika perlu seperti 'colostomy', iaitu membina salur najis di atas perut apabila usus dan dubur telah dibuang
  • Menggunakan radioterapi untuk memusnahkan sel-sel barah. Radiasi memusnahkan bahan genetik sel barah supaya ia tidak berupaya bercambah lagi. Tetapi radiasi juga turut memusnahkan sel yang normal. Proses pemulihan sel normal akan berlaku selepas itu. Selalunya dos radiasi yang selamat diberikan. Ia diberikan setiap hari selama 4 hingga 6 minggu. Kesan sampingan yang dialami ialah gatal kulit. Ini boleh dikurangkan dengan tidak membasuhnya, kemudian sapukan kerim. Kelesuan dan cirit-birit akan berlaku jika rawatan dibuat di bahagian perut. Rambut akan gugur jika rawatan dibuat di kawasan kepala, tetapi rambut akan tumbuh semula dalam tempoh 6 bulan. Kesembuhan untuk ketumbuhan setempat seperti di leher dan kepala kadang-kadang boleh dicapai dengan radiasi. Radiasi dilakukan selepas pembedahan untuk meningkatkan kesembuhan seperti pada buah dada. Radiasi juga boleh melegakan gejala-gejala barah terutamanya rasa sakit. Radiasi kadang-kadang dimasukkan sebagai susuk ke dalam mulut, lidah, rahim untuk mengurangkan pemusnahan sel-sel normal.
  • Kemoterapi iaitu dengan ubat-ubatan untuk memusnahkan kandungan genetik sel barah. Rawatan cara ini diberi bila barah telah merebak. Pemusnahan kandungan genetik mengakibatkan percambahan sel barah tidak sempurna, tetapi ia turut melibatkan percambahan sel normal. Kesan sampingan rawatan ini adalah keguguran rambut, loya dan pengurangan sel darah. Ini kerana sel di bahagian kulit, tulang sumsum dan perut bercambah dengan pesatnya.
  • Terapi hormon diberi pada barah yang bergantung kepada hormon untuk bercambah. Hormon penghalang pengeluaran hormon yang biasa diberi supaya sel barah ini berhenti bercambah.
Rawatan kombinasi juga diberi untuk barah seperti yang dihidapi oleh kanak-kanak. Pembedahan diikuti dengan radioterapi kemudian diikuti dengan ubat-ubatan. Dalam kes barah lukemia dan anemia tertentu, radiasi seluruh tubuh dilakukan sebelum pemindahan tulang sumsum dilaksanakan.

Kebanyakan jenis barah boleh diatasi jika dikesan pada peringkat awal. Oleh itu adalah penting untuk membuat ujian dan mengesannya di peringkat awal supaya rawatan serta merta dapat diberikan. Selepas sembuh, rawatan susulan adalah sangat penting terutamanya pemeriksaan di bahagian yang terlibat. Sekiranya mangsa barah boleh hidup dan sihat sehingga selepas 5 tahun, bolehlah berharap bahawa dia tidak akan lagi dihingapi barah.

Cara mengelak barah
Beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak berlakunya barah seperti:
  • Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari secara terus menerus
  • Elakkan menghisap rokok
  • Elakkan menjalani sinar X kecuali jika benar-benar perlu
  • Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi
  • Lebihkan makanan yang mengandungi serabut yang tinggi
  • Kurangkan makan bahan-bahan manis
  • Tinggal di kawasan yang tidak tercemar udara
  • Pilih pekerjaan yang tidak mendedahkan diri kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan barah
Tujuh tanda-tanda barah

1] Perubahan tabii sistem pembuangan najis dan perkencingan
2] Kudis yang tidak boleh sembuh
3] Perdarahan atau lendir yang luar biasa
4] Ketumbuhan pada buah dada atau di tempat lain
5] Makanan tidak hadam atau kepayahan menelan
6] Perubahan ketara pada kutil atau tahi lalat
7] Batuk yang sentiasa ada atau serak suara



Sumber Rujukan :http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=29000

Saturday, October 23, 2010

Golongan Wanita Yang Mudah Terpedaya

6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki

1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.
Salah satu sifat yang penting dalam perhubungan adalah kepercayaan. Kepercayaan seorang wanita terhadap pasangan tidak dapat disangkal. Bila dah sayang, apa sahaja yang pasangan katakan, akan percaya 100%.  Banyak wanita meletakkan kepercayaan penuh terhadap pasangan, sebagai tanda tulusnya cinta.  Mempercayai pasangan itu perlu, tapi berpada-pada, apalagi bagi yang belum ada ikatan. Kerana kepercayaan yang “total’ akan meletakkan diri anda dalam bahaya.  Salah satunya jika anda disakiti oleh pasangan.  Setelah diberi kepercayaan yang penuh, anda dikhianati, impak yang anda akan terima tentu menyakitkan.

 Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain? Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan.  Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuailah.

2. Wanita yang “terdesak” untuk mendapatkan pasangan.
Samada yang terdesak mencari kekasih atau suami, golongan wanita yang sebegini mudah untuk ditipu, sama ada ditipu dari segi material atau perasaan, dengan usia yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu. Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!

3. Wanita “sosial”.
Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..” Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species” lelaki pemangsa wanita. Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.


4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.
Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah dari universiti terkenal. Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita. Wanita yang berilmu juga berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri. Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “species berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?

5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.
Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati? Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang “handsome”? Ingat.. “handsome”, “cute”, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus” lelaki idaman wanita.

Nasihat untuk wanita yang mudah “cair” dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target” utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak! Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..nauzubillah

6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.

Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati”. Dia didera (fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan. Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan. Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.

Ingat kata orang dulu-dulu… “sabar biarlah bertempat”.

Sumber Rujukan : http://de-de.facebook.com

Umbrella a.k.a Payung

Canggih manggih la sekarang ni. Ini 1st time aku nengok tempat simpan payung yang berkunci dan sistematik. Teratur je beb.... belum pernah lagi aku nengok tempat payung macam ni. Kat Sunway Carnival tadak... kat Pacific Megamal tadak... Kat Queensbay Mall tadak...kat Jaya Jusco pun tadak.... ke aku yang tak nampak? Tapi seingat aku la memang tadak.... tak pernah jumpa lagi weih...


Memula aku nengok benda ni, aku ingatkan kunci basikal...wakakakaka....tenung punya tenung...ceh...kunci payung gupanya....


Teratur dan sistematik... kenapa aku kata teratur dan sistematik? sebabnya, kalau hujan, tak la menceceh air ujan dari payung kita yang basah tu kat lantai shopping mall. Walaupun shopping mall yang besar-besar ada menyediakan sarung payung, tak comfortable kan nak bershopping dengan payung basah yang perlu diusung kehulu kehilir...iyo dok?


Yang bestnya payung ko takkan hilang kalau 'parking' kat sini. Siap ada kunci ko. kalau orang nak curi, satu rak tu dia kena angkut....wakakakak
Kalo ko terlupa nak amik pun tak apa...esok pagi datang la amik payung tu. Takde sapa nak marah weih. Tapi jangan pulak ko bagi hilang kunci dio....jenuh nak mengganti... rega ganti kunci tu sure lebih mahal dari payung ko...aterrrr...boli payung lain je la jawabnya....kih kih kih....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...