Sunday, October 24, 2010

Movie - The Orphan

Berkisar tentang satu keluarga bahagia yang mengambil seorang anak yatim untuk dibuat kawan kepada anak kecil mereka yang 'istimewa', tidak boleh bercakap dan tidak boleh mendengar.


Misteri asal-usul anak yatim (Esther) semakin menjadi tanda-tanya apabila banyak berlakunya kejadian aneh dan pembunuh berkaitan dengannya. Esther sering menggoda ayah angkatnya dan seringkali menimbulkan masalah disekolah.

Tanpa disangka-sangka rupanya Esther adalah seorang wanita dewasa yang lari dari rumah sakit mental, dan menyamar sebagai anak yatim.

Moral of the story is :-

1) Berhati-hatilah sebelum menerima seorang yang asing didalam keluarga kita.
2) Berhati-hatilah sebelum menerima seseorang sebagai kawan walaupun kita tengok dari luaranya baik dan boleh dipercayai.
3) Life History checking is very important..!!! for any relationship....No matter whom..!!!


Cancer - Cara Merawat Atau Mengubati (3)

Ini merupakan sambungan pada entry no 1 dan 2 yang lepas. Semoga maklumat ini memberi kebaikan kepada kita semua...InsyaALLAH.

Cara merawat atau mengubati barah

Doktor akan merawat mangsa barah dengan cara yang sesuai dengan jenis barah dan peringkatnya. Antara rawatan yang diberi ialah:
  • Pembedahan untuk membuang keseluruhan ketumbuhan barah termasuk kawasan sekelilingnya serta kelenjar-kelenjar lymph yang berdekatan. Pembinaan semula dilakukan jika perlu seperti 'colostomy', iaitu membina salur najis di atas perut apabila usus dan dubur telah dibuang
  • Menggunakan radioterapi untuk memusnahkan sel-sel barah. Radiasi memusnahkan bahan genetik sel barah supaya ia tidak berupaya bercambah lagi. Tetapi radiasi juga turut memusnahkan sel yang normal. Proses pemulihan sel normal akan berlaku selepas itu. Selalunya dos radiasi yang selamat diberikan. Ia diberikan setiap hari selama 4 hingga 6 minggu. Kesan sampingan yang dialami ialah gatal kulit. Ini boleh dikurangkan dengan tidak membasuhnya, kemudian sapukan kerim. Kelesuan dan cirit-birit akan berlaku jika rawatan dibuat di bahagian perut. Rambut akan gugur jika rawatan dibuat di kawasan kepala, tetapi rambut akan tumbuh semula dalam tempoh 6 bulan. Kesembuhan untuk ketumbuhan setempat seperti di leher dan kepala kadang-kadang boleh dicapai dengan radiasi. Radiasi dilakukan selepas pembedahan untuk meningkatkan kesembuhan seperti pada buah dada. Radiasi juga boleh melegakan gejala-gejala barah terutamanya rasa sakit. Radiasi kadang-kadang dimasukkan sebagai susuk ke dalam mulut, lidah, rahim untuk mengurangkan pemusnahan sel-sel normal.
  • Kemoterapi iaitu dengan ubat-ubatan untuk memusnahkan kandungan genetik sel barah. Rawatan cara ini diberi bila barah telah merebak. Pemusnahan kandungan genetik mengakibatkan percambahan sel barah tidak sempurna, tetapi ia turut melibatkan percambahan sel normal. Kesan sampingan rawatan ini adalah keguguran rambut, loya dan pengurangan sel darah. Ini kerana sel di bahagian kulit, tulang sumsum dan perut bercambah dengan pesatnya.
  • Terapi hormon diberi pada barah yang bergantung kepada hormon untuk bercambah. Hormon penghalang pengeluaran hormon yang biasa diberi supaya sel barah ini berhenti bercambah.
Rawatan kombinasi juga diberi untuk barah seperti yang dihidapi oleh kanak-kanak. Pembedahan diikuti dengan radioterapi kemudian diikuti dengan ubat-ubatan. Dalam kes barah lukemia dan anemia tertentu, radiasi seluruh tubuh dilakukan sebelum pemindahan tulang sumsum dilaksanakan.

Kebanyakan jenis barah boleh diatasi jika dikesan pada peringkat awal. Oleh itu adalah penting untuk membuat ujian dan mengesannya di peringkat awal supaya rawatan serta merta dapat diberikan. Selepas sembuh, rawatan susulan adalah sangat penting terutamanya pemeriksaan di bahagian yang terlibat. Sekiranya mangsa barah boleh hidup dan sihat sehingga selepas 5 tahun, bolehlah berharap bahawa dia tidak akan lagi dihingapi barah.

Cara mengelak barah
Beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak berlakunya barah seperti:
  • Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari secara terus menerus
  • Elakkan menghisap rokok
  • Elakkan menjalani sinar X kecuali jika benar-benar perlu
  • Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi
  • Lebihkan makanan yang mengandungi serabut yang tinggi
  • Kurangkan makan bahan-bahan manis
  • Tinggal di kawasan yang tidak tercemar udara
  • Pilih pekerjaan yang tidak mendedahkan diri kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan barah
Tujuh tanda-tanda barah

1] Perubahan tabii sistem pembuangan najis dan perkencingan
2] Kudis yang tidak boleh sembuh
3] Perdarahan atau lendir yang luar biasa
4] Ketumbuhan pada buah dada atau di tempat lain
5] Makanan tidak hadam atau kepayahan menelan
6] Perubahan ketara pada kutil atau tahi lalat
7] Batuk yang sentiasa ada atau serak suara



Sumber Rujukan :http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=29000

Saturday, October 23, 2010

Golongan Wanita Yang Mudah Terpedaya

6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki

1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.
Salah satu sifat yang penting dalam perhubungan adalah kepercayaan. Kepercayaan seorang wanita terhadap pasangan tidak dapat disangkal. Bila dah sayang, apa sahaja yang pasangan katakan, akan percaya 100%.  Banyak wanita meletakkan kepercayaan penuh terhadap pasangan, sebagai tanda tulusnya cinta.  Mempercayai pasangan itu perlu, tapi berpada-pada, apalagi bagi yang belum ada ikatan. Kerana kepercayaan yang “total’ akan meletakkan diri anda dalam bahaya.  Salah satunya jika anda disakiti oleh pasangan.  Setelah diberi kepercayaan yang penuh, anda dikhianati, impak yang anda akan terima tentu menyakitkan.

 Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain? Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan.  Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuailah.

2. Wanita yang “terdesak” untuk mendapatkan pasangan.
Samada yang terdesak mencari kekasih atau suami, golongan wanita yang sebegini mudah untuk ditipu, sama ada ditipu dari segi material atau perasaan, dengan usia yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu. Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!

3. Wanita “sosial”.
Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..” Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species” lelaki pemangsa wanita. Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.


4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.
Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah dari universiti terkenal. Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita. Wanita yang berilmu juga berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri. Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “species berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?

5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.
Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati? Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang “handsome”? Ingat.. “handsome”, “cute”, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus” lelaki idaman wanita.

Nasihat untuk wanita yang mudah “cair” dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target” utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak! Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..nauzubillah

6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.

Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati”. Dia didera (fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan. Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan. Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.

Ingat kata orang dulu-dulu… “sabar biarlah bertempat”.

Sumber Rujukan : http://de-de.facebook.com

Umbrella a.k.a Payung

Canggih manggih la sekarang ni. Ini 1st time aku nengok tempat simpan payung yang berkunci dan sistematik. Teratur je beb.... belum pernah lagi aku nengok tempat payung macam ni. Kat Sunway Carnival tadak... kat Pacific Megamal tadak... Kat Queensbay Mall tadak...kat Jaya Jusco pun tadak.... ke aku yang tak nampak? Tapi seingat aku la memang tadak.... tak pernah jumpa lagi weih...


Memula aku nengok benda ni, aku ingatkan kunci basikal...wakakakaka....tenung punya tenung...ceh...kunci payung gupanya....


Teratur dan sistematik... kenapa aku kata teratur dan sistematik? sebabnya, kalau hujan, tak la menceceh air ujan dari payung kita yang basah tu kat lantai shopping mall. Walaupun shopping mall yang besar-besar ada menyediakan sarung payung, tak comfortable kan nak bershopping dengan payung basah yang perlu diusung kehulu kehilir...iyo dok?


Yang bestnya payung ko takkan hilang kalau 'parking' kat sini. Siap ada kunci ko. kalau orang nak curi, satu rak tu dia kena angkut....wakakakak
Kalo ko terlupa nak amik pun tak apa...esok pagi datang la amik payung tu. Takde sapa nak marah weih. Tapi jangan pulak ko bagi hilang kunci dio....jenuh nak mengganti... rega ganti kunci tu sure lebih mahal dari payung ko...aterrrr...boli payung lain je la jawabnya....kih kih kih....


Friday, October 22, 2010

Kakak - Part 1

Kakak ohhh kakak...

Ko pun dah terkena sawan macam ibu ek? amek gambo sendiri. Sana-sini dok gilo amek gambo sendiri. Pantang camera Ibu atau pak Ngah ko free je..zappppp...terus ko sambaq tak hengat.... canon cemetot ni leh la ibu kasik pinjam...kasik ko main-main... Bila Ibu dah guna DSLR nanti...ha...jangan ko harap nak bermain-main dengan camera Ibu yer.... tidak sekali-kali. Bila ko dah besor sikit dan dah pandai menghargai nilai sesuatu barang....that time shud be wokeyyy...



Orang dok sibuk memilih kain baju...dia pun sibuk dok zap sana zap sini... Ko menurun perangai Cu Oya ko la ni yek kakak oiiii... Sib baik la camera tu takder mulut nak berkata-kata. kalau idak...ntah apo la kata-kata yang dia sembur kat ko kakak oi....


Ha....see...betapa sepetnya mato ko...kecikkkk jer... hahahaha... ikut mato abah ko la tu kan?? mata abah pun sepet jugak... mato ibu je besau sikit. Nak-nak kalau Ibu pergi Sunway Carnival...besounya mata ibuuuu.... Bila tengok handbags & shoes...hung mak ai...lagikkk la besaunyer....


Oh tidakkkkk...dimana gigimu anak ku? Hilang kemana? betul-betul gigi depan pulak tu.... Time ni comey jer muka ko kakak oi...still muko budak-budak. Cuma sekarang ni ibu rasa muka anak ibu dah berubah sikit....muka 'teenagers' tu dah ada la... muka anak gadis gitu...chewah....


Haa...goggle ibu dok mesin rumput ko rembat buat sunglass eh? hahahaha....dalam umah leh la ko pakai nih....kat luor jangan dok harap ye nak... Time ni umo kakak dalam sembilan tahun rasanya. Time ni ko dah mula nak melaram itu ini dah... dah pandai nak mekap-mekap sikit-sikit. Time dulu kakak sukerr sangat main dengan brush yang lembut. Kakak call as 'bulu'... nanti aku citekan bab bulu-bulu nih...hahahahaha...... otak ko jangan kelain weih..... aku ada brain scanner ni ha.....

To Be Continue....

Dilema Menyintai Milik Orang

Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan...

Cinta lahir tanpa diduga apabila hati mula terpikat dengan seseorang lantaran kesamaan minat, sikap ambil berat di samping kekerapan bertemu dan saling mencurahkan rasa.

Barangkali inilah yang dikatakan takdir apabila hati terpaut pada yang sudah berpunya terutama suami orang. Sikapnya yang prihatin, bertanggungjawab, penuh perhatian dan sentiasa di sisi di saat bantuan diperlukan membuatkan hati sentiasa terkenang-kenang dan anda mula mengimpikan sebuah rumahtangga yang bahagia bersama suami orang ini?

Tanpa anda sedari bahawasanya anda telah meletakkan maruah anda sebagai seorang perempuan yang lemah,murah dan senang dicapai tatkala menjebakkan diri dalam kancah yang serba remeh ini.

Jika anda baru belajar menyintai suami orang, renunglah rencana ini yang mungkin sedikit sebanyak membuatkan anda cuak untuk jatuh cinta dengan ‘hak milik orang’ itu. Fikirkan perasaan anda jika benda yang sama berlaku kepada rumahtangga anda dan fikirkan juga perasaan wanita lain sebagai isteri. Bersama kita renungkan artikel dibawah, demi kebaikan semua pihak :-

Si dia tidak berani membuat sebarang komitmen dengan anda

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya pasti terasa amat gembira dengan kehadiran anda apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh daripada isterinya sendiri.

Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi anda. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan anda tetapi percayalah, itu hanya kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta anda saja.

Sanggup menipu isterinya

Sikapnya yang tidak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada anda sikap sebenar si dia yang tidak jujur.

Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, anda menjadi punca sebenar si dia menipu isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini pada anda apabila hubungan anda berdua menghadapi masalah dalam hubungan seterusnya.

Hubungan secara sulit

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Membabitkan diri dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan anda kehilangan keyakinan diri kerana anda akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah.

Anda tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana anda akan sentiasa diselubungi perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat anda berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati anda kena serang!

Lelaki lebih beruntung

Apa yang dimaksudkan ialah dia dianggap lebih bertuah kerana pada masa sama, tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam, anda pula kerugian kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah.

Bayangkan, anda tidak boleh menemaninya ke majlis kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Anda hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja.

Mampukah anda mencintainya?

Persoalannya, apakah anda masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya?

Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan anda sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Si dia akan hilang hormat

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada anda dan menarik minat anda, di dalam hati lelakinya dia mungkin akan pandang rendah terhadap wanita seperti anda yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar hendak ‘mencuba’ saja. Tidak sangka pula anda benar-benar terpikat. Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

Anda menipu diri sendiri

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada anda tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya, dan pada masa sama, masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan anda.

Anda berkemungkinan menjadi ‘makanan ringan’ padanya.

Pergaulan dengan lelaki matang yang telah berumahtangga memungkinkan risiko keterlanjuran perbuatan yang tanpa anda sedari MEMUNGKINKAN berlakunya ZINA.  Sidia mungkin menjanjikan yang manis-manis serta yang indah-indah sebelum menjadikan anda sebagai ‘makanan ringan’ yang akan dicampak ketepi bila-bila masa sahaja.

Masa itu emas dan jangan mensia-siakannya

Hubungan dengan lelaki yang sudah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun manakala usia anda pula semakin meningkat.
Apabila sudah tua, baru sedar yang anda terjerat dan tidak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, anda sudah tidak tahu apa yang patut dilakukan. Terasa begitu lama anda mempersiakan zaman muda dengan menjalinkan hubungan yang mungkin tidak bermakna sama sekali buat sidia.

Nota : 
Sumber rujukan : http://www.srikasih.co.cc, dengan sedikit pengubahsuaian dan tambahan pendapat  oleh SalTesoro.

SUBWAY AutoCity

Entry ni khas buat kazen aku..mimi...ahhahahaha.....JANGAN JELES ARRRR....

Usai balik koje ari tu...aku pegi CIMB Autocity sebab nak bank in some cash for my little sister yang dok blajor kat Poli. Huh...jam toksah cakap la kat area Autocity ni. tak pernah lengang. Nak pulak tiba time orang balik koje. Pas settle urusan di CIMB, perut aku dok berdondang sayang sakan.

Kebetulan pulak aku dah merewang area Autocity ni, so tersangkutlah aku di SUBWAY yang mana menjadi 'idaman kalbu' kazen aku si mimi.... hahaha...kato nak makan Subway ngan Along kan...bilanyer??? kih kih kih....


Dah ko tak leh nak mai Autocity nih...along adiahkanlah pemandangan indah di Subway yang menjadi pujaan hatimu..(tiru slang P.Ramlee daaa....) Moga-moga dengan pemandangan ini berjaya mengubati kerinduanmu pada Subway...yeeehaaaaa....



Sodap oooooo..... bila nak blanjer nih.....





Lekaih la weih...pilih nak apo...yang mano.... kan mu nak belanja along nih....

kih kih kih....ko teringin la tu....alah...bukanya jauh pun USM ke Autocity nih.... takkan nak gi Subway kat KL lak kot weih....


Slurpppp....ah...tergoda imanku.... Letak pualk Extra Mayonese...Extra tomato...extra chili sauce...suma nak extra...extra...extra... tapi nak membayor...takdernya aku nak bayor Extra...!!!


Ha... see...mana ada worang time aku gi melepak kat situ ari tu... Subway aku yang punya..!!! Notebook aku turut sama menjadi model untuk Subway kali ini. Mamat kat luor tu dok tercongok-congok tengok menu....


Inilah view dalam Subway Autocity yang sempat aku snap buat tatapan kazenku mimi...



Food kat Subway ni cukup sesuai ler pada sesiapa yang nak berdiet. Makan sandwich dah cukup kalau betul-betul nak kurus.... (macam sayer...hahahahah)

Korang kalu nak makan Subway,  amik roti Parmesan & pastu amik set no 3, 'Spicy Italian'...sedap wohhh... Kalau gamak tak cukup, amik je Footlong... tapi itu dah macam anak dinasour makan.... Ko nak jadi anak dinasour...?? Aku tanak..... Ko mimi?? nak makan yang mana?? lekaih weih... Subway menunggu kedatanganmu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...