Tuesday, October 19, 2010

Ikan Masin - Jetty Kuala Sepetang

Ikan masin....oooo...Ikan masin....

Belum habis lagi cerita ku tentang Jeti Kuala Sepetang. Dekat dengan jeti tersebut, berlonggok ikan masin perlbagai jenis yang dijemur untuk dibuat ikan kering. Area untuk menjemur ikan masin tersebut ada la sebesar gelanggang badminton aku rasa...


MAcam-macam jenis ikan ada...tunggu kering je tu. Tak ada pulak aku nampak lalat dok betrenggek kat ikan-ikan tu. Mak aku tak kurang hebat dok membelek ikan-ikan masin ni. Kakak pun jadi tukang sibuk siap dok hidu-hidu pulak ikan kering yang apek tu jual.


Kakak menghidu aroma ikan masin yang dijual...ceh... anak aku nih....


Banyak ko ikan kering dia.... Cukup la kalau ko nak 'order' penyakit darah tinggi kalau makan hari-hari...hahahha.... Yang pasti harganya agak murah kalau nak dibandingkan dipasaran luar. Yelah...mana ada caj minyak diesel nak ngantor ikan tu keluar...fresh lagi ko.



Mak aku tak puas lagi dok belek ikan masin...




Ha...kalau nak beli ikan masin fresh...singgah la ke Jetty Kuala Sepetang. Banyak ko...Bukannya jauh pun dari pekan Simpang. Kalau ko dari KL, turun exit Cangkat Jering...Kalau Ko dari penang lak... turun exit Kemunting. Dekat jer.... dapat ikan masin fresh gitu.....walawehhhhh...!!!!

Bot Nelayan Jetty Kuala Sepetang

YA ALLAH...CANTIKNYA.... .

Lately nih aku terfikir...kenapa aku amik course designing & not photography.... jawapannya?...dah bukan rezeki aku nak further study dalam photoghraphy bertahun-tahun yang lalu.... hua hua hua....

Itu bisik hati kecik aku bila sampai kat Jetty Kuala Sepetang. Kebetulan mak nak beli ikan yang fresh hari ahad aritu. So... we all satu family pergi la pasar kat Matang. Ikan tak banyak...yang banyak sotong, ketam & udang... itupun dah tak fresh...lembek & mata merah cam antu rayer...(aku main agak je mata antu rayer...sebab aku tak pernah dan tak nak pun jumpa ngan antu rayer nih...)




Aku first time sampai kat sini sepanjang hidup dah 33 tahun ni. Walhal dekat sangat ngan umah mak...dalam 20 minit gitu. Kebetulan pulak time aku pegi ni bot-bot nelayan banyak dok parking kat jetty. Rezeki aku la dapat tengok scenery indah sebegini.







Scenery dia mak ai....
Walaupun bau paya bakau agak masam-masam masin-masin sikit...but aku ignore je sebab view kat depan mata kau cukup lawo, indah, anggun, tenang dan mendamaikan... Sejuk mato memandang.


Inilah keindahan yang payah kita nak tengok kecuali di persisiran pantai atau sungai. Bot-bot yang secara fizikalnya Nampak buruk, tapi bila dah masuk dalam lensa camera...fuhh..... cukup indah. Tapi ko kena tengok dengan ‘seni; yang mendalam....kalau tengok ngan mato kasar....tak Nampak la keindahan tu weih....

Kena tengok dari perspektif yang berbeza...kasi seni sikit lol..... jiwa kena halus.... Jiwa rock takdernya nak nampak menda2 halus cenggini.... nampak gitar kapak ada la kot..??? 
(Jangan marah ya mat-mat rock sekalian...)


My baby said....kalau guna DSLR sure lagi gempak picture-picture dalam ni... the problem is....takkan aku nak usung kehulu kehilir DSLR tu? aku ni dah la kaki merayap.....handbag yang sedia ada pun dah sekilo plus-plus dah aku rasa.... nak tambah DSLR pulak? guna la dulu camera comel aku ni sampai lingkup....then we'll think about DSLR ok..?? ( But if u insist to buy DSLR for me....kecik tapak tangan...Stadium Batu Kawan sayang tadah kan...handbags 2-3 kilo pun sayang sanggup pikul....hahahahah)



Inilah keindahan yang payah kita nak tengok kecuali di persisiran pantai atau sungai. Bot-bot yang secara fizikalnya Nampak buruk, tapi bila dah masuk dalam lensa camera...fuhh..... cukup indah. Tapi ko kena tengok dengan ‘seni; yang mendalam....kalau tengok ngan mato kasar....tak nampak la keindahan tu weih.... macam dengan manusia jugak...kan manusia ni 'macam-macam ada'.....







Moral of the story is :
Jangan menilai sesuatu itu dari luarannya...kerana apa yang kita tengok buruk itu mungkin cantik dimata orang lain... Macam bot-bot ini.... mungkin ko nampak buruk, tapi, pada aku ianya cukup indah, halus dan perlu dijaga agar menjadi 'susuatu' yang boleh menyumbang kepada sektor perlancongan negara....

Monday, October 18, 2010

Western Food

Aku pon tatau la apasal lately ni banyak nau gambo makanan dalam camera kiut aku tu....dah load dalam notebook baru prasan yang ...mak aiiii....banyak nau gambo makanan....

Mungkin kesibukan mak aku dok buat persiapan kenduri kahwin angah yang menyebabkan we all kerap makan kat luar lately ni... Malam tu makan western food ko.... again jahanam diet aku yang baru hot-hot chiken shit....


Black Pepper Ciken Chop....yang ni aku punyer.... shoh....shoh...jangan usikkkkk..tampar kangggg


Kids Meal for kakak.... itupun jenuh nak perabih....


Fish & Chips for my baby...
( Biaslah...hubby aku kurengggg berkenan sangat dengan oily + lemak tepu nya food...so yang healty-healty je la for him.....)


This is for angah.... apa tah nama dia... Ciken Chop nasik putih kot....aku main agak je nih.....hahahaha

 

Kakak weh....Sampai pejam-pejam mata ko dok menikmati makanan...


Kakak dok ushar kek coklat.....hallo kakak oii....perabih dalam pinggan tu dulu wokey.... tudung kepala 'terbang' since dalam keta lagi....'tudung public holiday malam tuuuu....gggrrrrrrrr.....


My Angah gumukkkkk....
My mum nya food tak ada sebab mak tak nak makan malam tu....dia dah makan nasik awai-awai lagi kat umah sebab kena makan ubat....



Gambo aku tadak sebab aku kerap jadi tukang amik gambo.... Baby kata...dia akan jadi photographer bila aku pakai DSLR...gulp....... (Tahun depan gamaknya aku rembattttttttt itu Canon DSLR yer....) Again my Oya & my sister in law tadak kat sini sebab depa dok sibuk with another commitment.....

P/s  : Oya, kalu mu baca entry along nih....nanti mu balik kita gi makan yerrrr.... kui kui kui

Pap Smear @ Klinik Kesihatan Seberang Jaya - Part 1

Kalau ko nak layanan yang super duper excellent...pergilah ke Klinik Kesihatan Seberang Jaya. Cukup-cukup bagus..... Nurse yang ramah tamah & friendly. Dan kita tak rasa segan silu untuk buat rawatan berkenaan dengan kesihatan 'tempat peribadi' seorang wanita, isteri dan ibu....

Aku pergi klinik nih untuk mendapatkan rawatan 'Pap Smear'. Korang yang dah berumahtangga dan beranak pinak patut sangat buat checking ni sebab untuk trace penyakit 'Kaser Pangkal Rahim'. Korang tahu tak? aku nak buat 'Pap Smear' saja...but...untuk 'Breast Cancer' sekali depa check...mintak 1 dapat 2!!!






Kat unit ni la yang korang kena pergi untuk buat Pap Smear... Nurse dia dari pintu depan sampai ke pintu belakang bagus...





Dibawah ni ada info yang korang boleh baca untuk menambah pengetahuan...

Pencegahan Kanser Pangkal Rahim
KANSER SERVIKS (PANGKAL  RAHIM) BOLEH DICEGAH
Kanser serviks (pangkal rahim) adalah salah satu jenis kanser yang boleh dicegah. Walau bagaimanapun disebabkan oleh kurang pengetahuan di kalangan wanita terutama wanita-wanita di negara kurang maju dan yang sedang membangun, kadar kejadian kanser serviks masih lagi tinggi. Di negara-negara maju , kadar kejadian dan kematian akibat kanser serviks adalah lebih rendah disebabkan oleh kesedaran dan langkah pencegahan yang diamalkan oleh wanita-wanita di sana. Kunci kepada pencegahan kanser serviks adalah Pap Smear. Secara keseluruhannya kadar kesedaran wanita di Malaysia adalah meningkat tetapi belum mencapai tahap yang memuaskan.
APAKAH PAP SMEAR
Pap Smear adalah ujian yang dijalankan melalui kaedah mengambil sampel atau calitan dari serviks. Pap smear adalah ujian yang sangat mudah dan tidak menyakitkan. Ianya boleh dilakukan di mana-mana klinik yang mempunyai peralatan ujian pap smear. Ianya tidak memerlukan bius dan pengambilan pap smear cuma memakan masa 2-3 minit sahaja.
BAGAIMANA PAP SMEAR BOLEH MENCEGAH  KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM).
Sebelum terjadinya kanser serviks, sel-sel di kulit serviks akan melalui beberapa siri perubahan di mana sel-sel tersebut menjadi tidak normal dari segi saiz, rupa bentuk dan juga susunan sel. Sel-sel yang tidak normal ini bermula dari dalam lapisan kulit serviks.  Punca perubahan sel-sel di bahagian kulit serviks ini adalah akibat jangkitan sejenis virus yang dinamakan “Human Papilloma Virus” ataupun singkatan kepada HPV. Pra-kanser serviks adalah merujuk kepada peringkat di mana sel-sel yang tidak normal ini masih berada di dalam lapisan kulit serviks dan belum lagi merebak keluar .  Peringkat para-kanser bukanlah kanser dan rawatannya juga berbeza dengan rawatan kanser. Peringkat pra-kanser ini jika tidak dikesan dan dirawat boleh bertukar menjadi kanser. Tujuan utama ujian pap smear adalah untuk menyaring dan mengesan peringkat pra-kanser ini. Hasil dari pengesanan ini, rawatan yang sesuai akan dapat dilakukan. Apabila peringkat pra-kanser ini dirawat, maka wanita tersebut tentu sekali akan terhindar dari mendapat penyakit kanser pangkal rahim. Inilah caranya bagaimana pap smear dapat mengurangkan kadar kejadian kanser serviks.  
APAKAH  PRA-KANSER PANGKAL RAHIM (SERVIKS)
Pra-kanser serviks ataupun dalam istilah perubatan “ Pre-cancerous state“ adalah keadaan di mana terjadinya sel-sel yang tidak normal di dalam lapisan kulit serviks. Di antara ciri-ciri kelainan yang terdapat pada sel-sel tersebut adalah saiz nukleas yang lebih besar, warna nukleas yang lebih hitam pekat dan terdapatnya proses pembiakan yang diluar kawalan. Sel-sel yang tidak normal ini walau bagaimanapun tidak terdapat di bahagian luar kulit serviks. Peringkat pra-kanser ini kalau tidak dirawat, sebahagiannya boleh bertukar menjadi sel-sel kanser. Pra-kanser bukanlah kanser tetapi adalah petanda-petanda awal untuk menjadi kanser di kemudian hari.
Terdapat tiga peringkat pra-kanser di pangkal rahim iaitu:
a. CIN 1
b. CIN 2
c. CIN 3
Di dalam istilah perubatan pra-kanser ini dinamakan CIN singkatan kepada “Cervical Intraepithelial Neoplasm”. CIN 1 adalah peringkat pra-kanser yang paling awal. Peringkat ini selalunya akan pulih dengan sendiri tanpa rawatan, dikatakan 60% daripada wanita-wanita yang mengidap CIN 1 akan pulih sepenuhnya dan cuma sebahagian kecil sahaja yang akan berkembang menjadi CIN 2 dan CIN 3. Manakala CIN 3 pula adalah pra-kanser yang paling serius. Setiap CIN boleh berubah-ubah samada kembali normal , bertukar kepada peringkat CIN yang lain ataupun ianya boleh kekal untuk jangkamasa tertentu. Perubahan dari satu peringkat ke peringkat yang lain memakan masa dari beberapa bulan sehingga beberapa tahun. Ini bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis CIN , faktor genetik, jenis virus HPV dan juga sistem pertahanan badan wanita.
Kajian telah menunjukkan bahawa lebih kurang 12% dari CIN 3 akan menjadi kanser pangkal rahim jika sekiranya tidak dirawat. Tempoh masa pertukaran daripada CIN 3  menjadi kanser pangkal rahim ini adalah di dalam lingkungan 5 hingga 15 tahun, jarak masa ini adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang lain.

To be Continue.....

Cancer - Asal Usul Barah (1)

Al-Fatihah buat seorang anak kenalan yang telah selamat kembali kerahmatullah pada 16hb Oktober, bersamaan dengan hari Sabtu jam 1:15 pagi yang lalu kerana mengidap penyakit 'Brain Cancer'. Beliau berusia 4 tahun++ sewaktu meninggal dunia. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba-hamba yang dikasih dan dirahmati... Amin....


Asal-usul barah

Sel barah bermula dari sel-sel normal dalam tubuh. Hanya satu sel sahaja diperlukan untuk mencetus ketumbuhan barah. Proses perubahan dari sel normal menjadi sel barah berlaku secara sangat perlahan dan berperingkat-peringkat serta memakan masa bertahun-tahun. Pada setiap peringkat, sel-sel ini menjadi bertambah tidak normal bentuknya dan kian kurang terkawal.

Proses ini tidak menimbulkan apa-apa tanda atau kesakitan sehinggalah barah terjadi. Tetapi dalam sesetengah keadaan, seperti barah pangkal rahim, perubahan ini boleh dikesan melalui ujian seperti pap smear.

Cara barah membiak

Sel barah berupaya merebak hingga menjadikannya sangat merbahaya. Sel ini merebak dengan teratur bermula dari tisu-tisu di sekelilingnya. Kemudian sel-sel ini bercerai dan terkandung dalam cairan tisu tubuh, seterusnya masuk ke dalam saluran lymphatik dan ke dalam kelenjar-kelenjarnya. Dari sini sel barah menembus masuk ke dalam saluran darah.

Fungsi kelenjar lymp adalah menapis keluar sel-sel yang mati dan jangkitan. Sel barah lazimnya terperangkap di dalam kelenjar yang paling hampir dengan tempat barah terjadi. Sel-sel ini akan mati, tetapi lambat laun satu darinya akan mula bercambah dan mengakibatkan ketumbuhan kedua. Dari sini sel-sel itu akan merebak ke dalam saluran darah dan dibawa keseluruh tubuh mangsanya.

Mengapa barah terjadi?

Sebab terjadinya barah tidak diketahui, tetapi barah didapati biasa terjadi apabila seseorang itu sudah meningkat tua. Bertambahnya bilangan pesakit barah adalah disebabkan dewasa ini kita hidup lebih lama dari dulu. Satu teori lain pula mengatakan bahawa tubuh kita memang mengeluarkan sel-sel yang tidak normal, tetapi biasanya ia boleh dimusnahkan secara semulajadi. Namun begitu terdapat pada mangsa barah, sebilangan sel yang berupaya untuk terus hidup hingga mengakibatkan barah.

Ada juga barah yang diwarisi seperti barah mata (retina). Barah buah dada juga dikatakan ada kaitan dengan warisan untuk sesetengah mangsa.

Kebanyakan barah dipercayai berlaku akibat dari kemasukan sesuatu dari persekitaran seperti yang terbukti dari radiasi, kimia tertentu atau bahan-bahan lain. Cahaya ultra-ungu dari matahari juga boleh mengakibatkan barah. Bahan-bahan yang dimasukkan dalam makanan, ubat-ubatan dan tembakau juga boleh mengakibatkan barah.

Siapa dihidapi barah?

Kanak-kanak juga boleh menghidapi barah, iaitu lazimnya barah lukemia. Lukemia kerap mencari mangsa yang berumur antara 3 hingga 14 tahun. Kaum lelaki pula mengalami barah paru-paru, prostat, usus besar, perut dan pankrias. Kaum wanita yang malang dihinggapi barah buah dada, pangkal rahim, rahim, usus besar, paru-paru dan ovari.

Mengesan barah

Jika barah dapat dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain tubuh, rawatannya lebih mudah dan penyembuhan lebih mudah tercapai. Oleh itu pengdiagnosan yang seawal-awalnya sangat penting. Ketakutan kita pada penyakit barah ada kalanya melengahkan kita dari mendapat kepastian ini.

Barah boleh dikesan dengan berbagai cara seperti:
  • Sinar X dan imbasan
  • Biopsi atau mengambil secebis tisu dan diuji
  • Ujian cairan/lelehan dari tubuh seperti air liur dan lelehan pangkal rahim
  • Pemeriksaan darah untuk menguji fungsi hati dan tulang
  • Isotope; iaitu bahan radioaktif dimasukkan ke dalam tubuh, kemudian dikesan melalui sinar X
  • Termografi; iaitu mengesan suhu pada setiap bahagian yang terlibat. Sel barah lebih tinggi suhunya dari sel normal
Setelah dikesan dan diketahui jenis serta peringkat barah yang dihidapi, rawatan yang tepat dapat dimulakan. Tujuan rawatan ialah untuk memusnahkan semua sel barah.



Sumber Rujukan : http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=29000

Sunday, October 17, 2010

Cerita Rindu Seorang Lelaki

Cerita Rindu Seorang Lelaki
Kerana hari itu
Dia hadir, merenung dan tersenyum…bukan senyum yang biasa
Yang ada hanya segaris sendu yang menikam kalbu
Kerana hari itu
Aku terkedu, kaku dan bisu
Diwajahnya penuh ceria, suka dan duka
Di hatinya penuh cinta, rindu  dan luka
Akukah yang terjerat dengan lukisan di kanvas waktu
Akukah yang terdampar dihalaman keliru,  kerana sering merindu
Bicaranya, sering merindukan tawanya
 sedangkan dia tidak pernah tahu
Akukah pengemis gila
Yang  sering mencuri haruman kuntuman bunga di taman larangan
Dia adalah seorang isteri dan ibu
Akukah yang tercepat dalam mengayam rindu?
Akukah yang terlewat dalam meniti putaran waktu?
Hanya dia yang yang mampu menentu
Bercerita tentang murninya sebuah persahabatan
Antara dia dan aku… jalannya semakin buntu
Kerana hari itu
Dia berjalan menghampiri, tersenyum dan bercerita
Bercerita tentang keindahan sebuah syurga dunia
Bercerita akan keagungan sebuah cinta
Bercerita tentang sayangnya, tentang kasihnya, tentang rindunya
Pada kamu dan bukannya aku
Dia tak mampu untuk mengecewakanmu
Maafkan dia… itu pintanya sebelum berlalu dan meninggalkanku

Hasil Nukilan…
Sal Tesoro
December, 2004.

Friendship Yang Punah dan Musnah

Dah baper kali aku berpesan pada sahabat handai dan rakan taulan....jangan campur adukkan semua rasa dalam satu persahabatan. Friendship ni kalau nak dicacamerbakan oleh feeling...lingkup dik non oii...
Dan begitulah yang pernah terjadi pada satu kumpulan sahabat suatu waktu ketika dulu...cite lama la niii....Saja aku publishkan untuk dijadikan iktibar dan pengajaran.


Inilah tempat dimana sekumpulan sahabat ini pernah berjalan-jalan dan bercerita. Pada mulanya memang persahabatan itu berlandaskan persahabatan yang sebenarnya...


Disini juga mereka kerap bersama. menikmati erti persahabatan yang berlandaskan keikhlasan, kejujuran dan persefahaman.



Slurrpppp...sedap oi air Hazelnut ni... (selingan semata-mata yoooo...tadak kaitan dengan sapa-sapa yer...)

Dan persahabatan itu kian retak dan saat ni dah hancusss dah aku rasa. Sebabnya? ada diantara mereka yang includ the love feeling inside the friendship....jahanam habis... Yelah....susah bila ada feeling ni. Tadak orang lain ke ko nak berchenta?? Kenapa perli mengganggu kebahagiaan orang lain...??

Bukan salah nak berchenta...but biarlah ianya menyenangkan kedua-dua belah pihak dan tak ada hati yang terluka mahupun masjid yang terpaksa diruntuhkan demi untuk membina masjid yang baru? Lain la kalau menambahkan masjid...dapat gak pahala...

Ingatlah bahawa cinta itu indah sekiranya ianya berjalan seiring dengan keredhaanNYA...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...