Sunday, November 13, 2011

Badminton & My Baby

Badminton....
Team baby dapat tempat ke-3 dari 6 team keseluruhannya. Alhamdulillah.... bertambah satu lagi koleksi medal.  Actually, entry ni dah lama terperam. About a month ago but disebabkan aku malas benar nak download gambo... so, aku peram je dulu sampai dah jadi jeruk baru aku publish... hek hek hek...

Aku tunggu dalam dewan dari jam 8am - 3pm koooo... berpeluh ni toksah cakap la... nasib baik ada kipas cemetot yang pakai bateri tu. Sebab tu handbag aku tu datukkkk punya berat.... macam-macam adooooo... kipas pun aku standby... Memang kalau baby ada tournament badminton, memang aku akan ikut... besh game nih kalau dah minat. Aku boleh je main, tapi tak ler mahir mana... setakat nak bagi ketiak berpeluh tu.... berehhhh jerrrrr...

Moh layan gambo-gambo sekitar game last month game....


Ni pulak gambo air-air yang menemani aku dan baby sepanjang hari tu... dahaga beb.... botol tupperware yang kuning tu penuh ngan sarsi ais.... sedappp gilossss....
Coffee McD pun setia menemani.... muahahahahah




Till here for now.... muah muah....

May Allah Bless...








Saturday, November 12, 2011

Dia Tak Bahagia - Part 1

Sahabat I ni....
Ada rumah besar, cantik dan indah... di kawasan perumahan elit di Putrajaya. Presint? (I can't share it with u... sorry)
Ada kereta mewah... not one... but few. Beberapa buah kereta mewah.
Ada family... ada anak-anak yang cerdik pandai... Hasil dari gabungan 2 otak manusia yang memiliki Phd.
Ada isteri.... yang cantik jelita. Both of them was held a title 'Professor'.
Bila aku bertanya... lazimnya dia akan berkata yang dia ok. Everything was under control. Tapi menyelusuri text text yang aku terima... membayangkan hal yang sebaliknya. Membayangkan betapa sepinya dia. Betapa terlukanya dia. Apa lagi yang tak kena wahai sahabat yang far far away? Tenangkan dirimu. Berfikirlah secara terbuka. Kerana apa yang kau ada, sepatutnya menjadikan kalian lebih bijak untuk berfikir dan seterusnya membuat penilaian yang wajar dan rasional.

Kenapa masih tak bahagia? Boleh dikatakan dunia berada dalam genggaman mereka. Apa lagi yang kurang?
Betullah seperti kata kebanyakkan orang. Definasi bahagia itu terlalu luas. Terlalu rumit untuk dirungkai. Yang penting hati. Hati yang merasa bahagia dengan apa yang ada.Hati yang menerima kebahagiaan ini dengan definasi yang seadanya. Hati yang tidak pernah mengharapkan lebih dari yang sepatutnya. Bahagia kita, derita kita, ketawa kita dan tangis kita, semuanya dalam genggaman kita. Bukan bergantung pada manusia yang lain.
Kebahagian tak boleh dijual beli dengan harta yang menggunung. Kebahagiaan juga tak boleh ditukar ganti dengan gelaran mahupun kedudukan. Kebahagiaan bukanlah hakmilik, tetapi anugerah yang tidak ternilai harganya.

To Be Continue....
Mencari ilham untuk jari jemari berkata-kata, terus dari hati dan minda....


Jangan La Ganggu Hak Orang Oiiii

Moh citer bab SCANDAL.... 

Siang tadi aku membelek album-album lama dalam external hard dics. Terjumpalah aku dengan a few gambar-gambar yang tak sepatutnya... AKU TEKANKAN DISINI....GAMBO2 TU BUKAN GAMBO AKU ATAU GAMBO MR.HUBBY ATAU GAMBO ADIK BERADIK AKU... BUKAN JUGA GAMBO SEPU SEPAPAT AKU.... yerrrr..... lebih kureng gambo yang tak dibenarkan oleh Penapis Filem.... coiiii... camna gambo hampeh ni leh ado dalam simpanan aku pun aku tak hingat dah... satu persatu gambo-gambo tu aku belek, tenung dan sejuta rasa meluat yang amat sangat la wei.... udah ku deletekan semuanya.... 

Aku sering mendoakan agar keseluruhan keturunan aku tak ada yang bersikap sedemikian. Dijauhkan dari gejala scandal mandal ni... nak-nak gejala amik, rampas dan ganggu suami serta rumahtangga orang....

Gilo ke apo... kalau udah laki orang kita buat macam laki kita... lelaki bukan muhrim kita dok buat macam muhrim kita.... siap kiss-kiss pipi suma cukup.... eeeee... tak sesuai koooo.... dimanakah letaknya maruah seorang manusia khususnya dan seorang anak dara sunti amnya? Pernah tak kita terfikir... kalau hari ni si lelaki tu boleh curang dengan isteri serta keluarga dia dan dok 'makan' sana sini... TAK MUSTAHIL yang satu hari nanti dia akan buat yang sama kat kita....dan mungkin lagi gempak... what goes around comes around dik non oiiiii.... 

Sudah-sudahlah... jangan diganggu rumahtangga orang sehingga memporak perandakan sebuah pernikahan. Kesian kat mata-mata kecil tu. Budak-budak tu perlukan mak ayah mereka. Bahagia ke kalau dok goda suami orang demi menumpang kesenangan duit ringgit? Bahagia ke hidup macam tu? Berkatkah sebuah perkahwinan yang dimulai dengan maksiat dan perbuatan terlarang? 

Sudahlah... berhentilah dari menjatuhkan martabat kaum wanita. Tak kemana pun... lelaki ni tak ubah macam kucing... kalau dia tak makan pun ikan depan dia... sure dia 'tepuk-tepuk' dan 'kuis'kuis' ikan tu.... kat rumah dia ada Whiskas yang lagi best ler.... mana mau makan ikan... Ikan pulak tak buang perut... hahahahaha

Andaikata mereka-mereka ini bertemu jodoh, semoga perkahwinan mereka dilindungi dan mendapat keredhaan Allah... Andaikata tidak tersurat jodoh diantara mereka, semoga mereka mendapat hidayah serta pertunjuk dari Allah swt. Dulu, Bersuara sudah aku suarakan.... terpulanglah nak terima atau tidak...  sememangnya manusia ada kelemahan masing-masing... perlu renung dan perbaiki kelemahan itu demi kebahagiaan semua pihak. Bukan renung dan mencari langkah-langkah untuk semakin 'licik' merancang sesuatu yang negatif.

Kalau nakkan suami yang baik... takkanlah ko pergi cari kat kelab-kelab exclusive (walaupun mungkin tak semua yang ke kelab tu tak baik), kelab-kelab malam... pusat karaoke... lelaki2 yang dok cheating kat wife mereka... ko nak ke laki macam tu? Kita semua dah dewasa... dah bijak nak menilai yang mana kaca yang mana permata... Jangan mudah jadi mangsa pada lelaki-lelaki yang TERLEBIH tamadun ini....

May Allah Bless...





Tuesday, November 08, 2011

Cubalah Berubah....

This is GENERAL entry. 
Mohon Maaf pada sesiapa yang tatkala membaca entry ini, jiwa terSENTAP.... You may skip this entry if you jenis yang suka SENTAP tak KIRA TEMPAT.... Pada yang nak terasa sangat-sangat tu...
'ADA AKU KISAH???"

Memang betul macam kata omputih.... Age just a number. Usia bukan faktor kematangan. Indeed. Aku setuju sangat-sangat. Usia juga tidak membayangkan taraf pemikiran manusia. Kadang-kala, manusia yang nampak matured tu sebenarnya lebih teruk akal fikirannya dari manusia yang bersifat kebudak-budakkan. Dan mungkin yang kebudak-budakkan itu lebih matang dari usia..... It can happen... nothing imposibble lorrrr...

Aku bukan apa. Cukup bengang bila something yang aku cuba nak bincangkan, dah jadi isu ntah apa-apa. Manusia yang suka sangat menimbulkan sesuatu isu yang tak patut timbul. Manusia yang suka sangat memperbesarkan benda yang kecik dan suka sangat mengada adakan cerita yang tak ada. Manusia yang bersifat talam dua muka. Kat sana cerita macam ni, kat sini cerita macam tu.... lepas tu boom!!!!  Ha.. so... sekarang ni, turn aku yang 'kena' nampak gayanya. Tak boleh nak tegur sikit.... mulalah bela.... membela pada sesuatu yang tak sepatutnya..... bela la bela.... :-) Sebab dok bela la jadi 'lemak' lagu tu.... Don't deny that yang you sendiri pun dah tak boleh nak tegur that kind of person... jangan sesekali menyalahkan orang lain.... 

Please, berubahlah kearah yang lebih baik. Cuba ganti kata nama 'aku' tu kepada frasa yang lebih manis, sesuai dan sepatutnya. Agar diri lebih dikasihi dan dihormati dengan seikhlasnya.... Cubalah untuk menjadi manusia yang jujur. Jujur pada diri sendiri dengan menilai baik buruk setiap perkataan serta ayat yang kita nak lafazkan.... susah sebab I can't voice out. Satgi SENTAP !!!! mula la kata aku nak tunjuk pandai...mula la kata aku itu aku ini macam yang 'depa' kat sana tu pernah kena.....itu yang aku katakan kematangan bukan bergantung kepada berapa banyaknya usia kita. Thats true.

Yes... ayat "ITU TERPULANG PADA AKU..." tu cukup-cukup menjadikan aku meluat. Bongkak namanya.... angkuh sungguh....
So... dear....
'TERPULANG PADA AKU JUGALAH !!!" setiap apa yang aku ingin lakukan kerana sememangnya aku BERHAK...!!

Jangan wujudkan sesuatu yang tak wujud.... jangan tokok tambah pada sesuatu yang kurang... (Jangan jadi seperti AJINOMOTO atau SERBUK KNORR PASTI SEDAP or SECUBT RASA etc...) dan cubalah, belajarlah untuk mendengar suara anak-anak kerana mak bapak juga terdiri daripada manusia BIASA yang serba kekurangan dan lemah.....

Berbanggalah dengan ganti nama 'ibu' , 'mak' , 'umi' , 'abah' , 'ayah' , 'abi'...kerana nama itu begitu agung...begitu besar ertinya pada anak-anak... tak perlu dibahasakan diri sebagai 'AKU' kerana anak-anak juga manusia... punyai rasa untuk dikasihi, dihormati dengan selayaknya.... kerana hanya mereka, anak-anak yang mendoakan kesejahteraan kita 'disana' nanti... Fikir-fikirkan dan renung-renungkan....

May Allah Bless, before its to late....











Gambar Raya Raya Raya....

THE TRUTH IS....

GAMBO RAYA AIDILADHA 2011 TAKDER YANG MENARIK.... TUNGGU TAHUN DEPAN LA YUNK....

^__*



Rahsia Itu Sebahagian Dari Amanah

Yeah... memanhg betul rahsia itu adalah sebahagian dari amanah. AMANAH ! Bukan ASN or ASB....
Tapi amanah untuk terus memegang rahsia tersebut sehingga mati. Amanah yang bukan semua orang mampu untuk memikulnya dengan sebaik yang mungkin.

Dan bukan semua orang mampu untuk berkongsi rahsia aku. Hanya orang-orang yang terpilih sahaja akan aku kongsi sesuatu yang aku anggap sebagai rahsia. Dan jika aku sudah semakin menyepikan diri dari bercerita, bererti kepercayaan aku kepada individu tersebut adalah very near to ZERO.... Yelah... bukan senang kita nak mencari seseorang yang mampu untuk berkongsi segala cerita dan memegangnya sebagai amanah dengan baik. Ramai yang mampu untuk mendengar namun sukar untuk menyimpannya walaupun telah diamanahkan untuk berbuat demikian. Sebab apa? sebab dalam diri  individu tersebut tiada sifar AMANAH. Jauhkan diri anda dari manusia-manusia sebegini....!! Sebab ianya bagaikan parasit. Lama kelamaan akan memakan diri. 

Siapa yang nak rapat dengan manusia yang tak amanah? sekali dua, yes... maybe orang tak tahu sifat negatif tu... namun.... benda busuk beb.... lama kelamaan orang akan terhidu jugak. Tak payahlah nak sorok bangkai gajah.... lambat laun busuk tu akan tersebar jugak.

Tunggu dan lihat....
Aku tak nak cakap banyak... nak tengok ja dari jauh apa yang nak jadi.... ha ha ha...

May Allah Bless...









Raya Korban 2011....

Hadoiii... maleh gilos nak mendonlod gambo...  Gilos punya sawan maleh.... cadangnya petang satgi baru aku nak mendod. Sebab this afternoon aku ada jemputan  rumah terbuka jiran aku. Balik kang aku sambung yor.... permisi.... :-)

May Allah Bless....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...