Thursday, March 03, 2011

26th February 2011 - Kakak Part 1

Macam nak jatuh jantung aku. Macam nak rebah rasanya .....

Aku sampai kena ambil inhaler tengah malam tu. Dah 4 bulan tak guna then about this incident, aku kena sedut balik pam yang kembali menghuni handbag aku.

Jangan dah buat ibu macam ni kakak. You're always my baby girl. My only baby girl no matter how old are you. Doesn't matter walaupun kakak dah besar, dah kahwin nanti... kakak tetap baby ibu yang masih dok merangkak-rangkak, baby kecil ibu yang masih menyulur bawah kerusi, bawah meja. No Matter what... YOU'RE STILL MY SMALL BABY.....




Seboleh mungkin ibu tak nak kakak terpengaruh dengan benda-benda remeh macam ni. Cuba tengok sekeliling kakak, banyak contoh yang perlu kakak kaji dan teliti. Ibu tak nak kakak takut pada ibu, then if that happen, you will start to LYING to me. Talk. Voice out. No matter what. Be my friend. Ibu tak marah... ibu faham. Kakak dah meningkat remaja belasan tahun. Sometimes ibu terlupa yang anak ibu dah remaja... not a small child anymore. But, always remember, you're still my small baby.

Hidup tak mudah sayang. itu yang pasti....
Dont repeat the same mistake again. Please. Only you my small baby. 



May Allah Bless

Komen Dari Seorang Adik

Hahahahaha.... Oya dah komplin.... napa blog aku a bit 'cool' lately. Kenapa dah tak 'umphhh' katanya. Aku sendiri realize.... yes.. memang 'kedinginan' menyapa lately nih. Bukan malas... jauh sekali bosan nak be blogging. But, I've another matter to settled down. Another big project dok menunggu. Sebab tu a bit slowwwww.... Elek yer Oya, step by step along melangkah.

Kalau nak diikutkan, a lot story yang aku perlu publish. Banyak sangat yang aku dok pendam sekarang ni. Hal kakak, hal aku yang zasssss.... Bab kasut aku, handbag... bab baby, bab DRC... (huh...) satu per satu aku akan karang dan keluarkan entrynya....

Bab Jay Bee & Melaka pun idok load lagi. Bab Pangkor lagi la aku tak load lagi.... adehhhh... so many many hutang aku kat blog aku lom settled. Tengoklah. ASAP aku akan publish... Please... I'm normal human too. Bukan mesin sayang.... hahahahah...

By the way... thanks to Oya yer... for Fipper..... Love it.


May Allah Bless...

Monday, February 28, 2011

Keluarga Ikan

Eppy Monday yer.... Ari ni aku sampai awal di opis. Hahahhaha... lawak pulak rasanya. BIasanya semedanggggg jer pukul 9.15. Ha... dah namanya site opis kan kan kan???

Malam tadi belek punya belek notebook aku, terjumpa lak ngan gambo-gambo masa aku bercuti kat Pangkor Island a month ago. See.. masyaallah, dah berbulan baru aku nak publish entry Pangkor. Ko bayangkan lama mana aku dok peram. Kalau ikan dah jadi ikan pekasam yang expired dah pung....

Ko ingat manusia je ker yang ada anak cucu? Ikan takder anak cucu cicit??? ish... ni first time aku nengok anak cucu cicit ikan.... tak ke havoc tu wei? ko pernah nengok ke? kalo idok pernah, moh aku tunjuk anak 
cucu cicit ikan yang aku tahu. 



Anak Tamban


Cucu Tamban

Cicit Tamban

hahahahah... don't be suprised yer.....


Friday, February 25, 2011

Gomen Nasai

AKU NAK SAMBUNG MENULIS....!!!
Yes, itu yang dok berlegar-legar kat kepala otak aku sekarang ni. Bukan stress sebab lipstick patah ke... bukan stress sebab eye shadow aku pecah ke... bukan jugak stress sebab tali handbag aku putus ke.... no...no...no.... 

Aku stress sebab nak cari point, nak kena catch up balik rantaian manuscript yang aku dah buat dulu.... adeh..... kena masuk dalam cerita la nampak gayanya.... Bagi aku setahun untuk come out with this new baby.... my true, others story, our experience, their love, his sadness, Dr. Caldina words 
(gomen Nasai Prof...) dan semua akan aku adunkan dengan sebaik yang mungkin. Insyaallah....


May Allah Bless....

Thursday, February 24, 2011

Jangan Paksa Kasih Sayang

Bila engkau pernah membenci, pernah untuk tidak menerima, kemudian engkau rasa akan 'kehilangan', dan tatkala kau mahu kembali untuk mengasihi, kembali menumpang kasih untuk memujuk hati yang pernah kau lukai, hati yang pernah kau sakiti, tidakkah kau rasa malu pada diri sendiri? Perjalanan kita sudah ditentukan. Sama jugak macam jodoh. 

Aku sayangkan 'dia'. Aku cintakan 'dia'. Pada keredhaan dia terletaknya syurgaku. Akan kupertahankan walau apa jua sekali ribut taufan serta ancaman-ancaman dari mereka-mereka yang tidak pernah mengerti akan makna sebuah kasih sayang suami isteri, anak menantu. Dari mereka-mereka yang tidak pernah mahu menerima betapa agungnya kasih sayang yang dianugerahkan. Dari mereka-mereka yang tidak meneriman ketentuan dari yang esa....

Mujurlah insan-insan kesayanganku begitu mengasihi dia. Begitu menyayanginya. Dan jangan sesekali kau paksa aku untuk mengasihimu dengan selayaknya kerana kasih sayang ini sememangnya bukan untukmu yang pernah menolak jauh kehadiranku. Jangan sesekali kau memaksa aku untuk menyayangi kerana hati serta kasih sayang ini telah mati untukmu.....

May Allah Bless....




Monday, February 21, 2011

Pada Dia Yang Bisa Mengerti

Biasanya aku lelap tidur...
Terbangun 'tuk fikirkan diri mu
Mengenangmu yang kini telah jauh
Biasanya aku tenang tidur
Terbuaiku mengingat dirimu
Mencintamu namun kau terlalu jauh

Kucuba lupakan dirimu
Mengingatmu hancurkan hatiku
Dahulu seia sekata,
Namun kini semua telah berlalu

Sayang kuingatkan dirimu....
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.
Sayang kuingatkan dirimu....
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.

Ohh....






DRC

Aku Rindu.... Sangat Sangat RINDU.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...