Wednesday, January 12, 2011

Personal Digital Assistance a.k.a PDA

Kalau ko tanya aku nak beli HP apa....
Kalau ko tanya aku nak beli HP brand apa...
Kalau ko tanya aku nak beli HP kecik mana...
Kalau ko tanya aku nak beli HP besar gedabak mana...

Aku tetap akan cakap.... Aku tak suka HP.... kenapa? tak percaya eh??
Betullll.... memang aku tak suka HP...

Sebabnya... aku lebih suka PDA. Senang. Mudah.... Sebab aku jenis suka menulis...tulis-tulis dan taip-taip ni ko serah kat aku. HP ko boleh tulis2? taip2? heheheheh.... & satu lagi.... impression orang yang memandang.... (statement ni dari aku...tidak ada sangkut paut dengan mana-mana company atau individu yer...)

Kenapa aku cakap impression orang yang memandang? sebabnya...dari gadget yang kita guna.... orang yang melihat (sila melihat dengan mata hati...mata otak...) akan menilai sejauh mana ketelitian kita dalam menjalankan tanggungjawab sehari-hari. (Ini pendapat aku derrrr....) Dont Judge The Book By It's Cover...itu yang penting.

Since my hubby present me a PDA last 2 years for our anniversary...aku memang jatuh chenta giler dengan gadget jenis PDA2 ni... HP agak kureng dah sikit. But apa pun depends on individu la...ada jugak kawan lawyer aku pakai HP cap ayam... ada jugak Engineer yang guna HP yang retak sana sini.... depends on how you tengok gadget tu penting. By the way...PDA pun tak semahal dulu dah. macam2 jenis ada kat market. But, kena la cari yang ada perisian Windows. Senang ko nak buat kojer... aku? aku guna untuk transfer idea from my brain to writing la... Dah namanya menulis...idea datang tak bagi salam. Dah tu pulak bukannya singgah lama-lama dalam otak ni ha... so....memang selayaknya aku berchenta dengan PDA kan?? But I love you more baby.... hehehehe...

For this year anniversary...can you give me an 'Ipad' honey???? wawakakakakaka..... or... HTC Latest Edition??? you choose baby...for me...any ok..... hehehehehe

May Allah Bless....



2 Hari Yang Manis

Yes... dah 2 hari aku rasakan something yang manis sedang berlaku...

Firstly.... u should watch this kind of movie : Chasing Liberty... Mak aiii.... aku tersenyum sepanjang masa. betapa manisnya ikatan cinta mereka. Betapa manisnya lakaran yang dibentangkan. Macamana aku nak cakap pun aku tak tahu. Memang sweet. Sangat-sangat manis. 

Secondly... Hlovate.
Menjadikan aku bagaikan diawangan. bagaikan bercinta semula dan bagaikan bersemangat semula untuk terus mencoretkan lakaran demi lakaran. menyambung kembali manuscript 'Syurgaku Padanya'... Untuk menjadi buah tangan sebelum aku menutup mata. yes.... i'll do it. Aku bagaikan sedang bercinta dua hari ini... tersenyum-senyum dengan sesuatu yang aku pasti. Cuma aku rasa perlu ada sedikit pengubahsuaian pada draf asal memandangkan aku akan menzahirkan sesuatu yang tersirat secara telus. Perlu diolah agar tiada pihak yang akan terluka dan tiada hati yang bakal terguris.... 

Thanks a lot 'Hlovate'. I love you soooo much...no matter who you are. Dengar kata u still kat oversea??? take care honey.... as you always said...'May Allah Bless'.... Insyaallah....




Tuesday, January 11, 2011

Sawan Malas Menaip Sudah Tiba.... Uweksssss

Hah...apa dah jadi?
Semangat aku dah senget benget dah ni... pening...pening.... Idea banyakkkkkkkkk but nak menzahirkan pada satu penulisan, mak aiiii....liat ngalahkan getah sekerap. What happen?

Nak continue manuscript pun liat.... nak continue cerpen pun liat... nak menaip pun liat... nak mengetuk-ngetuk stylus kat PDA aku pun liat... pendek kata semuanya LIATTTTT...

Kalau ada sesiapa yang dah mengambil semangatku untuk menulis dan menaip ni...sila pulangkan balik... I'm stuck without them....

Thursday, January 06, 2011

Teh Pahit vs Losyen Pati Halia

Inilah 2 rakan baikku sejak hari Isnin yang lepas. sakit perut yang memulas-mulas. Diserikan lagi dengan cirit birit yang tak henti. Tali perut macam dipulas-pulas bagaikan tuala basah. Memang best punya la feel dia. Kat office sahaja hari tu aku 'melaburkan' saham ada la kot 23 kali. Semua ni penangan char kuew teaw yang hubby aku makan malam tu. Aku cuma makan saki bakinya sahaja. Bukan bersungguh pun makan. & Nahhhhh... hamik ko.... 23 kali !!! tak termasuk saham-saham yang dilaburkan kat rumah lagi. Makin meningkat tua ni makin sensetif la pulak perut aku. 

aku siap bawak bekal teh kelat ke opis. Losyen pati halia tu pulak aku sapu kat perut...bukan untuk mengempiskan perutku yang dah kempis ni...(hahahahah)...sekadar nak bagi sedikit rasa kelegaan pada perut yang memulas-mulas. Best lotion ni. feel better la guna time mcm ni.

Ko kalau nak makan char kueh teaw ke.... kerang rebus ke... kalau kat kedai tu tengok-tengok sama. aku rasa kerang dia hari tu tak berapa masak or tak berapa fresh rasanya. Sebab tu perut aku rejectttt.... Hadoi














Hati Aku Terluka Lagi

Sampai bila???

Berapa tahun lagi agaknya aku nak kena kendong duka ni? Berapa lama lagi agaknya aku nak kena makan hati?? Dan selama mana lagi aku perlu pertaruhkan sebuah ikatan demi satu kebahagiaan yang sia-sia??? Setebal mana lagi kasih yang bersisa? yang aku rasakan saban hari hanya tinggal senipis kulit bawang?? Jangan sesekali menyalahkan aku seandainya kasih yang senipis kulit bawang itu terlerai suatu masa nanti....

No matter what.... as a 'dot dot dot'... the right is still mine... No matter what...how...when...where... I STILL HAVE THE VETO POWER !!! U got it??? So... jangan nak pandai-pandai menjuihkan bibir dan menunjukkan jari telunjuk kat aku...dan jangan sibuk nak turut bersuara tatkala aku bersuara pada hak aku.... buat la macam mana sekalipun.... DIA TETAP MILIKKU!!! Not yours !!! 

Tak ada mana-mana mahkamah didunia di yang akan menang kalau nak fight bab ni. Dan tak ada mana-mana hakim pun yang akan menyebelahi !!! Sudah pasti Tak ada peguam yang sanggup mewakili....Walhal dunia mungkin akan mentertawakan dek tingkah yang tunjuk 'wayang'....

Hak aku tetap hak aku walau sejuta tahun sekalipun aku terpaksa pikul DUKA itu. So...u as a --------------.... Better know your limit.... tak kisahlah siapa ....apa taraf .... berapa kaya atau sengkeknya.... satu soalan untuk dijawab.... Tak rasa 'PELIK' ke????




Tuesday, January 04, 2011

My New Working Station

Haa..... I'm back...!!!

Aku menghabiskan masa dari 9 to 5 from Monday to Friday kat sini. Kat sinilah aku bertapa hampir dua tahun dah... ops.... kat 1st florr ni baru 2 minggu actually. Kiranya this is the view for my new office lah... Ground Floor tuan punya building nak amik balik....so.... geng Contractor plus Consultant kena duduk sekali kat 1st floor. Kira oklah sikit kot. Tak la bising sangat macam masa duduk kat ground floor dulu.



Agak selesa & agak 'privacy' walaupun terpaksa berkongsi bilik dengan Resident Engineer... Kira ok la jugak memandangkan dia jarang ada kat opis. Time aku snapkan picture ni, aku dok tengah YM dengan angah & oya... biasalah..zaman IT dan teknologi. But...kerja kena siap dulu... Bohonglah kalau ko kata ko tak berinternet bila facilities WiFi ada kat office. standardlah tu kan.... pandai-pandai la ko membahagikan masa... whatever it is....tanggungjawab ko pada tugas seharian patut didahulukan....

Frame picture baby & kakak biasanya aku akan kuarkan letak atas meja time working hour je. Time balik aku simpan dalam laci balik... for safety reason... Biasalah... manusia ada macam-macam jenis... ko sendiri tahu kan kan kan...???

Thursday, December 23, 2010

Again Not Well

Aku demam balik...!!! dengan heavy selsema semua cukup. Kat opis pun aku dah berbungkus dengan pashmina. Kerja gila...Aircond opis dah off pun aku still menggigil. Tangan ni tak payah cakap la...sejuk yang amat sangat. Dengan nafas yang tak berapa teratur... rasa macam nak kena asthma attack pun ada...but aku boleh tahan lagi.... malas nak ajar bergantung pada inhaler semata-mata.

Asal batuk je ada kahak...batuk je sekali ngan kahak.... tension betul.... Yang kakak pulak demam tak kebah-kebah.... kesian anak aku... kalau la demam tu boleh berpindah tuan.... biarlah aku yang menanggung demam tu walau seteruk mana sekalipun ia...

Alhamdulillah.... angah dengan mak jaga kakak cukup baik... pagi tadi depa yang bawak kakak ke klinik. This is 2nd time dah.... moga-moga serasi la dengan klinik yang ni. Aku ni pulak...apekehalnya sejuk tak abis-abis lagi? menggigil dohhhh..... sejuk sangat-sangat.....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...