Friday, November 26, 2010

Selamat Kembali Asthma..... :-(

Erk..... adeh.... hmmm..
Susahnya aku nak bernafas malam tadi. Tercungap-cungap. Sesak dada. Dah sah sah asthma aku menjelang kembali setelah menghilangkan diri selama hampir 2 tahun. Dan sebab dah tak semput maka aku pun stop la renew inhaler aku. Sampai aku sendiri lupa nama inhaler yang pernah aku guna

Sekali....Nah...hamik ko.... semalam tercungap-cungap semput. Macam nak putus nyawa. Menggigil suma cukup. Sejuk ni tok sah cakap la....

Aku pun tak tahu la aku silap makan apa... rasanya tadak makan apa benda-benda yang sejuk. Yang aku perasan aku selsema sikit semalam. Batuk pun sikit-sikit. Little bit jer...bukan batuk teruk pun.

Petang satgi nak ajak baby gi cari balik inhaler aku tu kat pharmacy. Naya weh...buatnya time duduk sorang-sorang kena asthma attack... sapa nak tanggung...??? Aku berharap sangat agar ianya pergi terus dari hidup aku..... sesak weih....

So.....
maka...
oleh sebab itu...
akan bertambahlah lagi harta khazanah dalam handbag aku... ingatkan aku dah tak payah dok ngusung kehulu kehilir dah inhaler tu..... aku tersilap ghupanya.....
Berat lagi la handbag aku.....





Dr. Caldina Again Fly Fly Fly & Fly

"I'm going to Sarawak tonite...."
Terbang lagi. Again busy with all the classes. Hmm.... you mencari apa sebenarnya Doc? Selalu sangat away from home. Mesti 'A.S' selalu nak ikut you bila nampak you dok usung beg baju kesana kesini.

Dia dah habis merajuk. Setakat tu je la merajuknya.... you tahu pun muka tu dah jadi macam asam boi dah dok merajuk tak tentu hala.... atau yang sebenarnya you tak merajuk? 

Bila I tanya...Busy...Busy...Busy.... itulah jawapan yang you bagi...
Itulah resam Dr. Caldina. Tak ada perkataan lain ke Doc?

Well well well....mujurlah rajuk you tu tak lama. Sebab Utara & Selatan bukannya dekat. Dan hidup tak mudah Doc.... 
GABUSATA Doc...GABUSATA....




Dr. Caldina merajuk?

Woish....what's going on?

You tahu tak Dr, buruk bebenor kalau at your age tu merajuk.... kenapa pulak nak merajuk tak tentu hala ni? Did I do something wrong? Apa yang tak kenanya? Nak kata tersilap cakap tersasul bicara, tak pulak rasanya...

This is Dr. Caldina.
Dia akan 'timbul' dan 'tenggelam' sesuka hati dia. See.. see.. see... agaknya sekarang ni musim dia nak 'tenggelam'... ntah bila pulak dia akan 'timbul' hanya dia sendiri yang tahu. As i said before, dialah satu-satunya kawan I yang paling sukar diramal. Terlalu sukar nak jangka apa tindakan yang dia akan ambil.

Please Doc...say something. I know you read this.

Suatu Pagi Di Rain City

Cantiknya...
Bergegas aku mencapai camera comel kesayanganku dan pantas men'snap' this beautiful view untuk tatapan korang. Bukit yang terdapat dalam picture disini adalah Bukit Larut a.k.a maxwell Hill. 

Waktu ni kalau tak silap aku baru pukul 8.00 pagi macam tu. Lapisan-lapisan kabus menjadikan pemandangan Bukit Larut nampak macam berlapis-lapis.


 

Cuba ko bayangkan kalau kita ada rumnah diatas bukit nun....mak aiii....alamat seharian aku dok tidorrrrrrr je la... Cantikkan ciptaan tuhan. 
Keindahan yang perlu disyukuri dengan sebaiknya.


Sale Sale Sale

Hohohoho....
Mega Sale menjengah lagi....
Bestnya shopping.... sana sini sale. Siap duit je. Ko nak apa semua ada. Cuma mak ayah je tadak jual kat shopping mall. Dari hujung rambut sampai hujung kaki semua ada kat sana. Aku kureng sikit membeli for this mega sale time sebab nak simpan budget for JB Trip another 2 weeks.



But...memang berbaloi kalau nak menyopping time ni sebab harga semua murah gila weih.... itupun ko tetap kena pandai buat pilihan. Jangan mudah terpedaya dengan signboard 'Sale' yang menari-nari dimatamu yer....


Hohohoho....
Mega Sale menjengah lagi.... menjengah kedalam handbags....wallet & credit card mu..... :-)

Thursday, November 25, 2010

Selfish Bus !!!

Ni yang buat aku hangin again satu badan....
Apa kes bas ni main redah kat emergency lane ni?? dah la ada 3 kemalangan kat highwat dari Bukit Tmabun to Juru on that time. Ha...hari aku jumpa Dr. Caldina la nih... jammed gila-gila kat highway.


Cuba ko bayangkan, kalau ada yang cedera parah masa accident hari tu....macam mana bantuan perubatan / bomba / polis dan sampai dengan cepat ke tempat kejadian kalau driver bas/kereta/lori dengan sesuka hati menggunakan laluan kecemasan? Cuba kena kat adik beradik kita...tak kita bising menyalahkan ambulans atau Bomba yang terlewat tiba? Kalau kena kat orang lain.... kita buat tak peduli...cuba kena kat adik2 kita ke? hah...kita hentam cukup-cukup kat driver ambulans....


Sudah-sudahlah bersikap 'mengong a.k.a kureng cerdik' macam ni. Lewat atau jammed macam mana sekalipun, bersabarlah. Kalau tidak kita yang mengubah...siapa yang nak ubah? Kalau aku polis traffic atau JPJ... aku gantung lesen driver bas ni...dengan bas-bas sekali aku jual kat besi scrap ! Hampessss....

RnR Genting Sempah

Yezza... berbalik kita pada catatan perjalanan aku sewaktu aku balik ke Terengganu awal Nov 2010 yang lalu.
Sepanjang aku dok berjalan kesana kesini.... RnR nilah yang paling besar yang aku rasa... ada 3 tingkat tuuu....siap ada parking kat basement lagi ko.... Mc D dia pun dah 2 tingkat...basaunyerrrr....

Toilet pun ok...tempat makan pun banyak... puas jugak la memilih dan bertawaf kat situ. Senang. Ko nak makan apa suma ada. Siap duit jer. Baby terpaksa mengusung notebook aku kesana sini sebab tadak notebook & internet connection, aku patah kaki patah jiwa & patah hati.... hahahah... gila internet..!! Nasib baik kat umah FIL aku signal broadband clear. Kalau tak, ada yang terjun perigi gamaknya....

Kakak tudung dah 'terbang' dek kerana panas...!!
Enjoy the photo ya....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...