Wednesday, November 24, 2010

Novel Chenta - Part 1

Koleksi peribadi yang bukan dengan semua orang aku akan berkongsi...
Aku start kumpul novel time aku form 2 rasanya. Arwah abah mula-mula belikan aku Novel Creative... Sebelum tu aku rajin dok baca novel Nancy Drew dan siri penyasatan Anak-Anak Hadi.

Banyak jugak yang dah hilang. Ada kengkawan yang pinjam pastu terus buat macam harta sendiri. Sebab tu aku serik nak bagi pinjam dah kat orang2 sembarangan. Aku rasa dalam 20 buah ada kot hilang dari simpanan aku. Even adik-adik aku nak pinjam pun aku tengok dulu...inikan orang luar... hehehehe...tak dapat chekkkk.... sebab tu my collection ni berada dalam master bedroom... because it's my PERSONAL PROPERTY.

Tapi dah namanya adik beradik kan... aku bagi jugak pinjam atas nama perkongsian. But i'll always monitor la... kat mana lokasi terkini buku-buku aku.... mana tahu dok landing baik punya kat bawah katil ke...kat bawah meja makan ker...kat bawah sofa ke.... hahahaha.... But I always remind them... 'Buku along jangan keluar dari rumah mak...' meaning that... adik-adik aku tak boleh dengan sesuka hati meminjamkan novel2 aku kat orang lain.

...So...tak leh la salahkan aku kalau aku a bit kidikut pasal my story book... Sememangnya pengalaman banyak mengajar kita erti hidup.... mengajar kita supaya lebih berhati-hati dimasa akan datang. 

Petrosains - DinoTrek @ Jaya Jusco Seberang Perai City Telah Dibuka

Petrosains - DinoTrek telahpun dibuka kepada umum. itu maklumat terkini yang aku dapat sewaktu aku ke Jaya Jusco hari Sabtu lepas. merayap @ Jusco mencarikan hadiah untuk my baby sempena Anniversary aku on 22/11... kih kih kih
Aku nak belikan sesuatu yang dah bertahun bertanggak nak boli. Bukan mahal mana pun...cuma bertanggak-tanggak... Mana taknya.... sekali aku jeling nampak hadiah kat baby...dua kali jeling aku nampak kasut...tiga kali jeling aku nampak handbags....muahhhahahah...So ko agak aku amek yang mana dulu???

So...back to the story...
Dah open dah Dinotrek ni to public. Bawak la anak2...budak2...mak2 budak pergi jenjalan kat sini. Dah habis shopping tu leh la belajar pasal dinosour pulak. jangan dok ingat nak belajor pasal shopping jer.... tidak bagus untuk kesihatan poket anda.....





Parking still free maaaa. Tak yah gaduh...banyak gila parking dia. Aku selalu park keta kat tepi building dia jer... senang & dekat dengan pintu masuk.

Kat sini ada TGV... aku kureng sikit tengok wayang kat TGV.... mahal lol.... aku prefer kat GSC lagi kalau nak tangok wayang...

Jangan lupa bawak family kesini yorrr....


Tuesday, November 23, 2010

Half Day For Spiderman...!!!

Hohohohoho....
Hari ni sekerat hari keja aku kat opis dok mencari 'spiderman'.... lawak giler...!!! Naik juling + geylong + tersembul + pitam bijik mata aku dok nengok profile picture spiderman dalam Facebook.... Adui la....
Ater...dah klu yang diberi hanyalah 'my profile picture is 'Spiderman'.....

Click nama                = NO RESULT FOUND FOR YOUR QUERY


Click email ID           = NO RESULT FOUND FOR YOUR QUERY


Click nama singkatan = NO RESULT FOUND FOR YOUR QUERY


Click Faculty             = NO RESULT FOUND FOR YOUR QUERY


Click University name = NO RESULT FOUND FOR YOUR QUERY

last-last aku taip Spiderman...... yang keluar 'Suparman' from Indonesia..... huwaaaaaaaa ...!!!
Ni dah kes mendera dah Dr oiiii....

Ker notebook aku yang fening??? WIFI signal demam??? tak logic.... Huwaaaaaa

Satar...setahun sekali kita bertemu...

SATAR.

Inilah rupanya bila dah siap dibakar.
Sedap gila ko makanan ni. Diperbuat daripada isi ikan, kelapa, cili, rempah dan dibungkus macam kuih koci. Kemudian dicucuk untuk dibakar pada dapur arang. Sedap dimakan panas-panas.


Macam nilah dapur arang yang digunakan untuk membakar
satar yang telah siap dibungkus dengan daun pisang.

Aku siap call pakcik ni dari RnR Tapah,
untuk comfirmkan kedai dia bukak pukul berapa.

Mak aku berminat dah nak bungkus satar....heheheh...ai mak...
takkan nak bukak warung satar kat taiping kot???
Aku kalau beli satar ni sekali beli 30 - 40 hengget...itupun tak cukup beb !!!! ramai dok berebut....wakakakak

Again my mum & Nurul dok tengok makcik ni bungkus satar

Adehhh.... meleleh air liur aku nengoknyer....

itudia....sata sudah dibungkus oleh orang Taipng......

Ha....kat sini aku bagi nombor untuk dihubungi. Manalah tahu kot-kot korang tersesat ke Kemaman. Cari satar pakcik ni... sedap ko... yang lain tu agak kureng sikit rasanya..... pandai-pandai lah ko cari yek....

Setahu aku kat Kemaman tu ada satu je satar yang betul2 sedap. Banyak isi ikan disamping kualiti yang masih kekal seperti masa mula-mula aku makan satar 12 tahun lepas.

Again Candle Light Dinner

Aiskrim ni yang buat aku 'touching' sikit.... 
Hahahaha..... Oya masih tertanya-tanya tentang Candle Light dinner yang hari tu...Ha... bagi menghangatkan lagi aura cemburu dalam badan Oya...again aku masukkan picture candle light dinner dalam blog aku....

Sure dia dok menyoal lagi.... soal soal soal & soal.... wakakakaka.... biarkan Oya diselubungi misteri nusantara....

Siapa punya candle light dinner yang aku curi ni?? hahahha... nak tahu jawapannya? kena tunggu sambungannya yang entah bila masanya akan aku publish.








Aku a bit hangin with Dr. Caldina this morning.... mencari sesuatu yang tak ubah bagaikan "mencari jarum dalam jerami...."
Susah sangat ker Dr...??? 

You just need to say it Doc. Senang.... tak payah la pepagi hari lagi I kena "selongkar bertimbun-timbun jerami semata-mata nak cari sebatang jarum...!!!"

So.... untuk melegakan hati aku yang a bit hot hot ni.... baik aku tengok picture food nih...kenyang jugak rasanya....


banyak weih.....

Laksa???

Dessert for that night....

Mesyuarat Letak Kerja

Hmm...ni baru 1st time aku attend meeting 'letak kerja'....
Baju Malaysia tu My Baby lol...
hahahha...funny sikit bunyiknya...but that the truth. Ianya perlu bagi kenduri kahwin yang tidak dilakukan dimana-mana hotel or dewan. Biarlah segalanya secara sederhana namum mencapai impian adik lelaki tunggalku....

Setakat nak amek minute dalam meeting tu.... piece of cake la...sebab aku memang selalu dok amik minute dalam meeting kat opis. hahahah...soooo simpleeeeeeeeee.... but meeting kali tadak la Jurutera Daerah ker....Projek Manager ker....Resident Engineer ke.... depa suma tu tak involved dalam meeting ni. Yang involve hanyalah team-team yang berkaitan dengan kenduri kendara yang dilakukan di taman perumahan dimana mak aku menetap...kiranya kampung halaman aku jugaklah tu weih....


Makan Time....

Meeting cuma berjalan selama 40 minit...!!! ko bayangkanlah....kalau meeting kat opis aku...lagi tak cukup 2 jam...tak dernya nak stop.... hahahaha.... Baru aku tahu macamana mesyuarat letak kerja dijalankan 2 ayau 3 minggu sebelum berlangsungnya kenduri yang dirancangkan. Woishhh..... itulah...kita yang muda belia ni perlu jugak bercampur dengan golongan-golongan vateran ni untuk mengetahui apa saja yang perlu diketahui...siapa lagi penyambung geberasi yang akan datang kalau bukan kita???

Monday, November 22, 2010

Dia Yang Teristimewa





1.Ini surat cinta dari seorang isteri kepada seorang suami yang dikasihi
2. Ini surat cinta dari kasih tak berbelah bahagi.
3. Ini surat cinta ikhlas dari hati
4. Ini surat cinta untuk baby tahu, istimewanya baby di hari ini, dan juga saban hari saban tahun  ke akhir nyawa.
5. Ini surat cinta tanda baby tetap sayang cintai.
6. Ini surat cinta kerana sememangnya kita sedang, masih & akan tetap bercinta.
7. Ini surat cinta kerana pernikahan kita sudah menjangkau 12 tahun pada hari ni.




8.  Pertama kali dalam sejarah, baby are reading this long entry coz today is our day.
9.  Pertama kali dalam sejarah, hati ini sedikit kecewa kerana tak dapat menyambutnya sehari suntuk dengan baby. Tak dapat balik awal dari office !!!! 
10. Pertama kali secara umum, sayang kongsi bersama dengan yang lain
11. Baby istimewa kerna baby penyayang walaupun adakalanya kurang penyabar
12. Baby istimewa kerna baby pengasih walaupun adakalanya cepat tersalah
13. Baby istimewa kerna baby pendiam walaupun sering galak tertawa
14. Baby istimewa kerna baby pencinta dan pembela isterimu
15. Baby istimewa kerna baby pendukung dan penghulu kepada sebuah pernikahan.


16. Dalam perjalanan kita, baby meredhai setiap langkah isterimu
17. Dalam perjalanan kita, baby merestui kasih sayang tak berbelah bahagi
18. Dalam perjalanan kita, baby memberi segala walaupun dalam hati ada lara
19. Dalam perjalanan kita, baby tidak pernah putus melemparkan benih cinta
20. Dalam perjalanan kita, baby adalah watak utama.


21. Kepada Allah semua mendoakan berpanjangan umurmu
22. Kepada Allah semua mendoakan perkahwinan mu
23. Kepada Allah semua mendoakan redha hidup anak isterimu
24. Kepada Allah semua mendoakan kelimpahan rezeki.
25. Kepada Allah semua mendoakan kamulah yang terbaik di mata keluargamu


26. Bila nama isterimu dibenam, kau bangunkan yang terselut
27. Bila anak-anakmu terluka, kau tangkis memberi semangat
28. Bila keluargamu diracik, kau balas menyalakan azimat
29. Bila jatuh duduk isterimu, kau padamkan tangis yang panjang
30. Bila seringgit duit mu tinggal, berdua kita sesama merasa


31. Kalau bukan kerana suami, tiadalah seorang isteri
32. Kalau bukan kerana baby , tiadalah seorang puteri
33. Kalau bukan kerana ibu mengandungkanmu, tiadalah  kamu di muka bumi
34. Kalau bukan kerana abah, tak mungkin hidup bersengkang mata
35. Kalau bukan kerana cinta, kita tiada dalam ikatan ini.


36. Kau tetap yang teristimewa dihati ini walaupun jiwaku sering terguris.
37. Kau tetap yang teristimewa walaupun rintihan ini tidak pernah kau dengari.
38. Kau tetap yang teristimewa walaupun bukan cintaku yang pertama
39. Kau tetap kukasihi walaupun 'dia' sedang mencuba untuk mencuri hati lelakimu.
40. Kau tetap kukasihi walaupun wujudnya pelbagai ‘kehebatan’ yang hadir dalam kanvas kehidupanku.
41. Kau tetap kukasihi walaupun ‘dia’ disana tidak sama sekali menyenangi.
42. Kau tetap kukasihi walaupun ‘dia’ disana sering membenci.
43. Kau tetap kukasihi walaupun adakalanya kau tidak menyedari.
44. Kau tetap kukasihi walaupun aku seringkali terpaksa menyendiri.
45. Kau tetap kukasihi walaupun dirimu adakalanya ‘jauh’ dari capaian.
46. Kau tetap kukasihi walaupun ‘hujan’ seringkali membanjiri kolam hati.
47. Kau tetap yang teristimewa walau apa jua rintangan yang bakal berlaku
48. Dan kamu istimewa hari ini, kerna kamu disayangi oleh seluruh keluarga di Rain City
49. Dan kamu istimewa kerna hari ini adalah hari ulangtahun pernikahan kita yang ke 12. Semoga pernikahan ini diberkati serta dilindungi.

50. Dan KERANA AKU TELAH KAU PILIH, LANTAS ENGKAU SETIA KUKASIH...

DIA YANG TERLALU ISTIMEWA.... AHMAD KAMAL @ MY BABY



*** Thanks to RM for this idea...Love You :) ***

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...