Tuesday, November 16, 2010

Cara Memikat Bakal Mertua - Part 1

Ada request from my little sister from Shah Alam...minta aku buat entry nih...
Ko pernah berchenta? sedah berchenta atau tengah frust menonggeng sebab putus chenta?
Cinta tu subjektif...bukan semua manusia mampu untuk merasakan indahnya sesuatu yang kita namakan CINTA...

Bila ko berchenta...sure ko terfikirkan untuk mengukuhkan tali percintaan itu dengan satu ikatan yang diredhai kan? lain la kalau ko bercinta tu semata-mata nak mengambil kesempatan, mengikis harta benda atau ada agenda-agenda lain yang tersembunyi. Allah maha mengetahui segala tiap sesuatu yang terlintas dihati kecil ko. Oleh itu, betulkan niat serta berserahlah segalanya kepada Allah.

Ok.... bercakap pasal mertua....
Family In Law ni pulak ada banyak jenis dan spesis. Ada yang boleh menerima ko dengan seadanya...ada jenis yang tengopk ko dengan 'hujung-hujung mata', ada yang jenis memilih, ada yang jenis mementingkan pendapat sendiri, dan ada juga mertua yang jenisnya suka mengontrol anak menantu sehingga ke cucu.

Tak kurang juga yang jenis menerima menantu lebih dari anak sendiri, jenis yang memang betul-betul mahukan kebahagiaan untuk anak menantu...ish ish ish...manusia ni ada bermacam jenis. Yang penting ko tahu siapa ko dan dimana ko berdiri. Jadilah diri sendiri tak kira setinggi mana kedudukan atau serendah mana kedudukan bakal mertua ko tu nanti. Just Be Yourself. Kerana kebahagiaan ko tu datangnya dari diri ko sendiri. Kalau mertua tak suka/tak berkenan kat ko....ko kena muhasabah diri, tanya pendapat orang tentang diri ko. Dan bila jawapan dah ada....& kalau sikap mertua tu sendiri yang terlalu memilih, terlalu pentingkan diri sendiri....then u should say..."ADA AKU KISAH???"

Ingatlah....mertua atau bakal mertua juga MANUSIA BIASA yang serba kekurangan. Serba lemah. Sama saja macam kita. Cuma mereka perlu lebih dihormati kerana mereka lebih tua tambahan pula memegang gelaran 'mertua'...Dan tak semestinya orang yang lebih berusia dan berumur ni tak melakukan kesilapan...aterrr....dah namanya manusia kan???

ADA AKU KISAH...????

To be Continue....

Keselesaan - Part 1

Let talk about 'Keselesaan'...
Kita akan rasa selesa bila dalam hati ada satu rasa 'menerima' yang ikhlas. kita juga akan rasa selesa bilamana kita rasa diri kita diterima dngan seadanya.

Aku akan kupaskan frasa 'keselesaan' menurut pemahaman aku yang tak seberapa ini. Otak ko secara otomatiknya akan dapat detect setiap keadaan yang sedang berlaku pada diri ko. Detect keadaan samaada ko selesa atau tidak dengan sesuatu perkara pada satu-satu masa. Bila ko rasa selesa, ko akan rasa tenang, keterbukaan serta rasa penerimaan ko juga akan timbul secara tak langsung.

Bila ko rasa selesaa untuk bercakap dengan seseorang walaupun orang itu baru ko kenali tak sampaipun setengah jam, ko akan bersedia untuk terus bercerita ataupun menjadi pendengar yang setia walaupun waktu itu perut ko dah menyanyi lagu 'keroncong untuk ana...', walaupun waktu iu genap 2 hari ko tak makan apa-apa.... ko akan sanggup tunggu dan terus mendengar walaupun topic yang dibincangkan itu dah lari dari tajuk or topic yang budak2 pun tanak dengor....

Jap weh....aku nak wat minute meeting jap...nanti aku sambung haaa...dont angry2 lol.....

Monday, November 15, 2010

Apam Balik Sedap... Zassss...!!!

Ko pernah makan apam balik telur dak?
Aku baru 1st time jumpa apam balik letak telur...sedappppp ghupanya. Ada dok jual kat Pasar Kedai Payang di Kuala Terengganu. Memang best ko...

Aku baru nak nerai yang sebenarnya. Belila satu... hah...dalam keta semua pakat berebut nak makan apam balik telur tu. Nak patah balik gi beli lagi...jauhnya nak berjalan. Kaki lak dah tak larat dah. So. Len kali je la aku beli lagi. Takpun bagi je sebiji telur kat penjual apam balik di penang...
Harga idok le mahal mana. beza sikit je dari apam balik biasa. Silap2 haribulan, future depa letak chocalate rice pulak kat apam balik tu. But baguslah idea nak letak telur tu... baru 1st time aku jumpa. Creative. Asal jangan letak telur penyu dah la...hanyir beb telur penyu....

Apa balik ni terjahan aku yang berikutnya selepas satar...yummy....

Sunday, November 14, 2010

Pilot MAS

Ramainya abang2 pilot yang encem2....
Indahnya ciptaan tuhan yang dinamakan lelaki....dan betapa bertuahnya aku tatkala dikelilingi lelaki2 idaman malaya.... Semua berbaju seragam juruterbang. Mak aiiii...tak sangka pulak aku dipilih untuk join dinner dengan geng-geng pilot MAS nih.... well well well...korang jangan jeles bila ada la sorang dua pilot yang dok tengok aku dengan mata yang tak berkelip...nak kata aku lawo bebenor....idok le pulak... nak kata aku pakai baju angkasawan....baju seragam aku sama la dengan seragam depa.....akukan PILOT wanita pertama yang berjaya menerbangkan AirBus...!!!

Walawei..... siap posing sana sini amik gambo...

Gulp !!! inilah padanya bila tido tak basuh kaki....ekon bilik aku sejuk aku rasa mcm dalam kokpit pesawat jer.... Baby terccengangg-cengang bila kepala aku dok menyondol bahu dia...wakakakaka.... mimpi ganazzzz ko di pagi sabtu !!! hampes...!!!!

Saturday, November 13, 2010

Sportrim Koyak @ Rhu Kubur

Pernah tak ko imagine bagaimana rupa sportrim yang terkoyak? pernah ke ko terfikir macamana rupanya kalau sportrim dan tayar kita bermasalah time kita bawak keta, dan terhenti ditengah-tengah kawasan yang tak ada orang akan berhenti kalau ko tahan? pernah? pernah?

Bila baby berjaya memberhentikan kereta dengan selamat
dibahu jalan dikawasan yang dinamakan

'Rhu Kubur' ada sebuah motosikal yang berhenti untuk menghulurkan bantuan.... Sewaktu baby dok menukar tayar yang pancit, lelaki yang murah hati itu memaklumkan...


"Kawasan ni kalau kita tahan kereta pun....orang tak akan berhenti..." Aku sedikit tercengang.
"Kenapa En?" Soalku
"Kawasan ni...kawasan perkuburan lama...." Meremang bulu roma aku. Dalam hati aku berkata...aku makhluk Allah...'sidia' pun makhluk Allah....aku tak ganggu dia dan harap dia tak ganggu aku.... Dah la area tu gelapnya bukan main...kalau tak ada lampu kereta yang lalu lalang...hanya cahaya Torchlight ja yang ada...ko cuba bayangkan....



Moral of the story is :

1) Kalau nak travel, pastikan kelengkapan untuk tayar sempurna....termasuklah tayar spare...
2) Pastikan dalam kereta ada 1 torchlight yang besar....
3) Pastikan dalam kereta ada surah yasin untuk backup apa-apa hal yang 'halus-mulus' ni...
4) Jangan dok dengar lagu rock atau dangdut jer dalam keta...gheti-ghetilah sama dengar surah-surah dan ayat-ayat suci ketika memandu....

Friday, November 12, 2010

My Doter & SPA Urut ...???

Alahai anak Ibu..... Itulah Kakak.... suka sangat bercakap pasal Spa dan kecantikkan. Minggu lepas aku balik Taiping, then sebelum masuk ke bilik nak letak seh]gala macam mak nenek yang aku bawak balik, mata aku terpandangkan satu kenyataan yang ditampal di dinding bilik.   

"PERHATIAN...SPA URUTAN..."

Walaweiiii.... Dah wujud pulak Spa Urutan kat dalam umah mak aku. Dulu ada sekali dia tampal benda yang sama... ater...lagu mana spa dia nak idup kalau Pak Ngah ngan aku aku sekali selalu berhutang dengan dia..??? Suruh la dia urut kaki...then after that nego la hutang...kih kih kih...pastu, lupa sampai kesudah... mana kawan tak hangin, terus tutup spa yang dulu tu. Sekarang dia dah bukak balik...ngeh ngeh ngeh....

BUT...SPA NI KHAS UNTUK IBU, ABAH PAK NGAH, PAH & OYA SAHAJA..... STRANGERS NOT ALLOWED...!!!

Yang sebetulnya...bukan nak dia ngurut pun....sambil dia dok urut kaki tangan aku...leh aku ngusik dia...alahai anak dara ibu.....


Songket Pengantin Glamer


Memang cunnnn....jatuh chenta ko kalau nengok songket yang satu ni. memang memukau pandangan sesiapa saja yang memandang. Aku minta izin dulu kat owner kedai untuk snapkan picture songket yang dia gantung didepan kedai. Belek punya belek, tanya punya tanya, si tuan kedai pun bagitau aku. Songket yang aku berkenan tu harganya RM6,000.00...!!!

 Mak Datok Nenek...terkedu aku seketika. Kain yang tak sampai pun 3 meter tu harganya nam ribu??? gila ko...sapa yang nak membeli? kalau yang berduit mungkin boleh rembat satu kot. Tapi kalau aku? idok teman nak perabih kat kain songket...baik teman beli handbags jer..

Hahahah...sikit lagi aku nak pengsan... kat dalam kedai,. terpamer songket pemandangan yang harganya RM35,000!!!! hoh...itu dah peringkat mengarut dah tu weih... tapi tuan kedai gitau awal-awal yang gambar songket tu tak boleh snap.... kalau idak...dah aku pamerkan disini buat tatapan semua.
Tak per...bila dah ada DSLR nanti...kita gi balik kedai tu...duduk hujung-hujung then amik gambo dari jauh...ater...kata DSLR canggih manggih...tunggu lagi???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...