Saturday, October 30, 2010

Pesanan Buat Suami - Part 1 ( 1 - 10 )



PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah




Bersamalah jadikan info dibawah sebagai panduan untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri. Jadilah Seorang suami yang unggul dan berjaya... Insyaallah....


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

Bas Terbalik Di Genting Sempah

Kalau ko perasan, musim bas accident dan bas terbalik kini berulang kembali. Salah siapa? Adakah peristiwa berdarah yang lepas-lepas tidak dijadikan iktibar?

Yang tidak berdosa menjadi mangsa....menjadi korban akibat kelalaian manusia dan mungkin juga kelemahan jentera. Siapa yang patut dipersalahkan??

Takziah buat keluarga mangsa.


6 maut bas terbalik dekat Genting Sempah


2010/10/29

KUALA LUMPUR: Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa rombongan belia terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam tadi.

Kemalangan membabitkan bas yang membawa 44 penumpang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas itu berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata bas berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan.
Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam. 

Beliau berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berkejar ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah bas.

Mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. - BERNAMA 

(Sumber dipetik dari Berita Harian)

Karak Highway Accident.

Again?? Karak Highway makan nyawa lagi...

Aku sempat tengok Nightline sebentar tadi... dah hujung-hujung dah news pasal accident kat Karak Highway nih... Insyaallah, aku akan update newa ni esok pagi. Nak buat entry about this pagi ni aku takut info tak tepat, so better don't.

Esok siang aku dah dapat further info about this, aku akan entrykan secara detail. 
Mohon maaf diatas kesulitan.


Friday, October 29, 2010

Angah... - Part 1

Entry ni aku dedikasikan khas untuk adinda kesayanganku....ANGAH GUMUK....

Along dan abang nak ucapkan jutaan terima kasih pada mu sebab dengan penuh ikhlas dan rela hati mempelawa dan mengizinkan along pinjam keta mu untuk balik ke Terengganu minggu depan. Alhamdulillah... Allah saja sahaja yang dapat balas budi baik mu tu gemok weih.... kereta along uzur sikit...kesian nak kuda dia balik jauh-jauh... banyak nak kena pomen before berjalan jauh. Banyak berjasa keta tu....
Kalau ada masa dan kelapangan, along nak bawak mak pergi Masjid Kristal nanti. Oya gemuk tak jadi nak ngekor sebab sibuk dengan final exam Tak apalah...akalu ada rezeki nanti kita gi jalan ramai-ramai....sekali ngan Yan...hihihihi... Dah nak bertambah ahli keluarga dah kita eh.... 
Kucing-kucing yang mu anto hari tu dah siap sepenuhnya...abang yang buat...hihihihi.... along buat jugak...buat-buat sibuk je la... 


Dah nak kahwin ghupanya adik aku ni... ingatkan kocik lagi...dah beso dan gemok lak tu...
Bila dah jadi suami nanti... jadilah suami yang membahagiakan isteri. Jadi suami yang bertanggungjawab dan pikullah amanah Allah itu dengan sebaik-baiknya. Semoga rumahtangga yang dibina diberkati dan kekal keakhir hayat. Ingatlah Ngah... ISTERI ITU BUKANLAH HAKMILIK...TETAPI ANUGERAH. Bukan semua orang mampu memilik 'isteri'...hargailah anugerah yang Allah kurniakan itu sebaik mungkin. 


Kalau tak tahu, tanya...Tak tak arif mengemudi, minta nasihat. Kerana setiap perkahwinan itu datangnya secara pakej. Disitulah bahagia, disitulah derita, disitulah ceria dan disitulah juga duka. Dugaan demi dugaan akan datang kerana Allah akan menguji hamba-hamba yang dikasihi. Perlu tetapkan hati serta kuatkan iman. Bohonglah kalau ada yang berkata tak pernah tergigit lidah antara suami isteri... itu asam garam dalam rumahtangga...Pandai-pandailah angah mengemudi bahtera kehidupan suami isteri nanti.




Abah dah tak ada nak bagi nasihat. Hanya mak, kita-kita 3 beradik, abang dan kakak sahaja yang tinggal.
Along nak tunjukkan kasih sayang along dengan wang ringgit, along tak mampu. Hanya huluran kasih sayang yang ikhlas, masa serta perhatian sahaja yang dapat along berikan. Along dengan abang sentiasa ada dibelakang angah jika perlukan apa-apa pandangan serta nasihat. Insyaallah along akan bantu apa yang perlu.

Salam Sayang buat Angah Gemok...

To be Continue....




Kasih Seorang Menantu

Father In Law.... - Part 1

Semoga kesihatan FIL aku bertambah pulih....

Walaupun berita yang agak membimbangkan yang aku terima dari FIL aku petang semalam sedikit meresahkan, aku sedaya upaya cuba untuk bersikap lebih positif. Ajal maut ditangan tuhan. Perkhabaran dari pakar bius dan pakar jantung sedikit membimbangkan. Risiko untuk membuang sebelah buah pinggang yang mengalami ketumbuhan agak tinggi memandangkan dengan keadaan kesihatan jantung FIL aku tidak begitu memberangsangkan. Tarikh untuk pembedahan akan diberitahu dalam sehari dua lagi. Mungkin doktor pakar nak tengok schedule hospital dulu kot...

Yeah.... yang pasti, next week aku akan balik ke Kuala Terengganu.... setiap kali aku call FIL, dia tanya tentang kakak...rindu agaknya orang tua tu dengan cucu dia.. yelah....dalam banyak-banyak anak yang dia ada, my hubby sorang je yang duduk paling jauh... nak buat macam mana...rezeki di Penang...

Tunggu ayah.... Ayah Su & Cik Su akan pulang minggu depan....Insyaallah...Semoga semua urusan dipermudahkan.....

Raya Korban - Part 2

Rayer Haji dah nak tiba...yeah yeah.... apa yang best raya aji? kalau ko tanya soklan itu kat aku, dah tentu la raya kat umah mak.... mak will cook lots lots lots of food for 3 kids + 1 son in law + 1 cucu...hahahaha
Aku teringat raya haji tahun 2008 & 2009.... bergotong royong masak kat kampung untuk makan tengahari. Bestnya.... kalut sana kalut sini...sibuk sana sibuk sini...dan makan daging fresh...yummy...


Mak ngan Angah baru dok peridup api. Kayu ni basah sikit ko...semalam kena tempias ujan. itu yang slow sikit nak idup tu. Kat belakang angah tu ada parit kecik, tempat aku mandi masa kocik-kocik dulo...


Itu dia...acara menumis sudah bermula.... bestnya..Biasanya masak kat kampung, suasana kekeluargaan tu masih tebal. Masih penuh dengan sifat kekampungan yang mungkin dah pupus di bandar dan pekan2 besar. Masak lak dengan dapur kayu. Fuhhh...berjelaga muko...


Time ni nasik dah kering dah. berkepul-kepul asap weh.. Tengok, dalam picture ni semua berganding bahu tak kita peringkat usia, tua muda. Semangat satu kampung tu masih kukuh dan utuh.


Cuba teka...hubby sapa la yang maintain hensem nih???


Makan time...!!! siap serve dalam tray lagi ko.... mana picture aku pun aku tak tahu kemana peginya.... yang ni je yang ado dalam notebook aku. Rasanya ada kat notebook angah kot... Kat bandar-bandar ada ke semangat macam ni? ada? ada? Tak der aku rasa....

Cukai Tanah

Tahun 2010 dah nak abis dah dan dah nak masuk tahun 2011..... ko dah bayor cukai tanah ko untuk tahun 2010? kalau belum...pandai-pandailah buat pembayaran sebelum tindakan undang-undang diambil yer....



INFO BIL CUKAI TANAH


Bil cukai tanah dihantar mulai bulan Januari hingga Mac kepada tuan tanah yang mempunyai alamat yang lengkap.

Tuan tanah yang tidak menerima bil hendaklah datang ke Jabatan Tanah dan Galian Perlis untuk mendapatkan salinannya. Sila bawa bersama resit pembayaran terdahulu untuk memudahkan anda membuat rujukan.

Nama dan alamat dalam bil adalah untuk tujuan surat menyurat sahaja. Hakmilik ditentukan dengan merujuk kepada suratan hakmilik.

Jangan ceraikan bahagian Salinan Pejabat dengan Salinan Pembayar yang terdapat di dalam bil cukai tanah anda.

Sebarang bil yang mempunyai maklumat yang tidak tepat hendaklah dikembalikan kepada 
Jabatan Tanah dan Galian Perlis.
Bayaran selepas 31 Mei akan dikenakan denda lewat seperti berikut:


RM 5.00dan kurang= RM 1.00
RM 5.01hingga RM 25.00= RM 3.00
RM 25.01hingga RM 50.00= RM 4.00
RM 50.01hingga RM 100.00= RM 6.00
RM 100.01dan lebih= 8%

Jika Notis 6A disampaikan bayaran RM 5.00 setiap satu notis akan dikenakan. Jika cukai tanah tidak dijelaskan dalam tempoh tiga (3) bulan seperti yang ditetapkan di dalam notis, tanah itu akan dirampas di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara.
Sila pastikan anda membawa bersama dokumen-dokumen berikut bagi tujuan semakan dan bayaran bil cukai tanah:
 Bil Cukai Tanah, Geran Tanah dan No. Kad Pengenalan



P/s : Pada sapa-sapa yang belum membayor, silalah rajinkan diri pegi bayor sebelum tindakan undnag-undang dikenakan yer..... Hidup 1 Malaysia !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...