Entry ni berdasarkan pengamatan aku pada satu keadaan di 'somewhere' sewaktu aku collect birthday present last few days. Take it as sempadan... dan semoga kita, anak-anak, family serta sahabat handai terhindar dari gejala yang memalukan ini.
I'm alone. Makan lol... Hubby aku kojer that day. Bertentang dengan tempat aku duduk, Restoran KFC yang mana aku terpandangkan satu situasi yang amat memualkan. Ish... Haiyohhhh.... ada selera ker???
Dari jauh lagi mata aku dah dapat tangkap action this couple. Tergesel-gesel... terpegang sana sini.... hello....get a room please... So, pandai-pandai la korang fahami maksud aku 'get a room please'....
This couple,' BOTH ARE MALAY'.... yang ladynya muda belia... maybe early of 20th... or middle. Anggun, cantik dan pendek kata lelaki akan toleh 2 kali kalau dia lalu. Yang si lelakinya pulak maybe early 50th. Or maybe late 40th. Ntah.. aku main agak je umurnya. Rupa si lelaki? alahai... cukup la aku cakap... ish... bangla kat pasar malam tu lagi lawa la.... but that guy aku tengok ada gaya. Ntah lawyer mana ntah manager company mana... gitu la gayanya... dengan long sleeve...kasut kulit... slack... harap kesitu je yang okeh pada mata aku. Dan sure poket tebal sebab takkanlah perempuan tu terpikat sebab rupa, memandangkan lelaki tu dia boleh panggil ayah atau uncle.... hahahahah. Akrab anak dengan bapak... taklah sampai bapak gesel-gesel tangan kat peha sianak. Gila namanya.... young lady tu bini dia? SURE NOT...!!!
Tergesel-gesel... tangan atas peha that lady...raba-raba sana sini sambil gelak-gelak... adoi... yang nyata... mereka bukan suami isteri sebab... couple2 ni.. ada beza yang ada 'lesen' atau yang tak ada 'lesen' tapi buat gaya macam ada lesen. Kita boleh beza, pasangan tu masih berchenta mahupun sudah diikat secara sah.
By the way, The point here is :-
SI LELAKI :-
1) Tak cukup ke dosa zaman muda sampai nak tambah dosa lagi ketika umur dah menjelang maghrib?
2) Tak kesian kat anak bini kat rumah ke? Kat rumah ada daging halal... yang haram dan busuk tu jugak yang dicari.
3) Cuba fikir... kalau anak dara awak yang muda belia diratah di khalayak ramai oleh seorang lelaki tua yang tak sedar diri? Rasa terhibur gamaknya ya....
4) Tak malu ke bila segala serba serbi dah kendur menggelebeh, dok sauk tangan perempuan muda yang bergetah mcm chewing gum?
SI PEREMPUAN :-
1) Dah patah selera pada orang sebaya ke? Hebat sangat gamaknya penangan situa bangka tak sedor diri eh?
2) Just Imagine kalau awak dah tua, suami awak pulak buat perangai macam tu... best eh?
3) Jangan la jadi lauk yang boleh diratah diludah sesuka hati.... Kat rumah dia dah ada anak-anak yang menunggu... cuba imagine ayah awak yang buat perangai macam tu... tergesel-gesel macam kena miang buluh.
4) Kalau setakat tengok poket dia penuh berkepuk-kepuk...muka lak macam pendatang asing tanpa izin kat pusat tahan... tak guna jugak... sebab... bila dia boleh gesel-gesel awak kat public, sure dia boleh gesel-gesel others lady jugak kan kan kan? ada logic jugak kan kan kan? lelaki macm tu ke awak nak buat suami???
Pada sesiapa yang baca entry ni, ianya hasil dari pandangan mata kasarku selaku manusia. Bukan bermaksud mempamerkan aib orang. Sekadar berkongsi apa yang aku rasa. Sebab time makan tu aku dah mual tengok drame free... Hero tua dengan awek muda.... buekkkkk...
Elakkan diri anda dari terjebak ke lembah maksiat... bukan untuk bersyarah, tetapi ambillah sebagai satu renungan dan iktibar kerana hidup ni terlalu singkat. Singkat sangat-sangat. Ya Allah, jauhkanlah aku, suamiku, anak-anakku, adik-adik ku, saudara-saudaraku serta sahabat handaiku dari segala sesuatu yang mengundang kemurkaan mu. Amin....
May Allah Bless...
No comments:
Post a Comment