My first entry for my Lovely Baby....
Seorang HambaNYA...
Alhamdulillah....Semoga menjadi hamba yang soleh dan diberkati. Dan berada di dalam linkungan hamba-hamba yang dikasihi.
Seorang suami...
Untuk aku taati, cintai, kasihi dengan sepenuh jiwa dan raga. Merupakan pinjaman dariNYA yang amat bernilai & bermakna. Ikatan ijab dan kabul ini biarlah sehingga keakhir hayat hendaknya.
Seorang Sahabat...
Tempat aku mengadu, tempat aku bercerita, tempat aku melepaskan amarah, tempat aku mengomel itu ini, tempat aku menangis dan tempat aku berkongsi pendapat.
Seorang Pencinta...
'Tiang lampu' yang kini menjadi pencinta yang adakalanya 'Fragile & Unpredictable'... still remember the moment that you call me 'Puteri Bunga Bakong'???
Seorang Lelaki...
Karisma seorang lelaki pada dirimu menjadikan ianya sering diintip oleh pandangan mata kasar dan rakus kaum hawa di luar sana. Mereka-mereka yang inginkan tempat dihati milikmu. Dan itu seringkali menjadikan aku begitu kerdil dan lemah. Semoga Allah menetapkan hatimu agar menjadi milikku sehingga nafas yang terakhir.
Seorang 'Abah' pada anak gadisku...
Semestinya dirimu seorang Abah yang cukup memahami setiap gerak laku puteri tunggal kita. Dan aku bersyukur kerana kakak banyak mewarisi sikap serta akalmu wahai suami.
AKU TERLALU MENYINTAIMU....
No comments:
Post a Comment