Wednesday, October 20, 2010

Cancer - Punca Ianya Terjadi (2)

SHARING IS CARING....
CANCER : Punca Ia Terjadi, Cara Mengesan, Rawatan dan Pencegahan

Barah terjadi hasil dari pertumbuhan dan percambahan sel tubuh, lymph dan darah yang tidak terkawal. Ia sangat merbahaya bukan kerana ia boleh menjangkiti orang lain, tetapi ia lambat laun akan membunuh mangsanya. Barah merupakan salah satu dari punca utama kematian manusia.

Pertumbuhan sel yang normal
Di dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis tisu seperti kulit, paru-paru, hati, limpa dan yang lain. Tisu-tisu tersebut terbina dari berjuta-juta sel yang teratur dan terkawal, dengan setiap tisu mempunyai struktur sel yang tersendiri. Rupa bentuk setiap sel berbeza dari satu organ ke satu organ yang lain.

Sel-sel ini akan mati dan diganti melalui proses pembahagian sel. Proses ini dikawal begitu rapi dan merupakan proses biasa yang berlaku secara semulajadi. Bilangan sel yang diganti adalah sama jumlahnya dengan sel yang telah mati. Jika berlaku luka, penghasilan sel akan meningkat sehingga luka itu sembuh dan pembahagian sel menjadi kembali seperti biasa selepas itu.

Sel-sel barah
Sel-sel barah membahagi dan bercambah mengikut kadar tersendiri tanpa boleh dikawal. Proses itu berterusan sehingga rawatan diberi. Percambahan yang begitu cepat menjadi ketumbuhan. Sel-sel ini juga tidak terkawal secara teratur sehingga tisu-tisu yang terbentuk dari sel-sel ini tidak langsung menyerupai tisu-tisu yang normal. Bahan makanan diserapi melalui sel-sel yang normal, tetapi sel-sel barah ini tidak berfungsi langsung.

Jenis-jenis barah
Barah dikelaskan mengikut dari mana datangnya sel-sel barah ini iaitu:


  • Karsinoma - dari permukaan tubuh seperti kulit, perut, pundi air kencing, rahim, prostat, usus kecil dan besar, dubur, buah dada dan salur benih.
  • Sarkoma - dari struktur dalam tubuh seperti tulang, otot-otot dan lemak.
  • Lymphoma - dari kelenjar lymph.
  • Lukemia - dari sel darah putih.
Ketumbuhan

Tidak semua ketumbuhan itu barah, ada yang "benign". Jenis ini tidak merbahaya kecuali bila mengganggu fungsi organ yang terlibat. Ketumbuhan "benign" tidak merebak, ia tumbuh di dalam kelongsongnya dan dalam tisu-tisu yang normal. Ketumbuhan "malignant" merbahaya kerana ia terdiri dari sel-sel barah yang menceroboh atau tumbuh dalam tisu-tisu normal. Bukan itu sahaja, sel-sel dari ketumbuhan ini malahan bercerai dan merebak ke seluruh anggota mangsanya hingga mengakibatkan kematian mangsanya.

Ketumbuhan "benign" kelihatan seakan-akan tisu normal, percambahannya terkawal dan perubahannya lebih perlahan. Tetapi jika ketumbuhan ini berlaku pada organ yang penting seperti paru-paru, kesihatan mangsanya akan terjejas. Ketumbuhan "benign" perlu dikeluarkan melalui pembedahan.


Sumber Rujukan : http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=29000

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...