Ekekekekek..... Salam ceria SATU MALAYSIA.... Fuhh...semangat patriotik aku hari ni. Apa salahnya sesekali berjiwa SATU MALAYSIA....
Bercakap tentang satu Malaysia yang sering kita laungkan... pernah tak kita terfikir bahawa level pemikiran rakyat malaysia hari ni masih berada di takuk lama? a.k.a mundur.....
Bolehkah kita maju seiring dengan perubahan kemajuan pada negara yang pesat dibangunkan? Sebagai contoh... Tengok cara pemandu di Malaysia, di Penang amnya (Penang la...sebab aku duduk kat Penang....) Bawak keta berdesup desap... tidak menghormati pemandu lain. Kalau bagi signal nak masuk kanan....ko boleh tarik handbreak dulu,,,rehat-rehat kejap & baru boleh masuk jalan.... Dimanakah sifat bertolak ansur serta perikemanusiaan manusia yang 'nak maju' itu tadi? Penunggang motor pulak bersimpang siur...mentang-mentanglah dia kecik...ikut suka tokwan dia ja nak mencelah... Kalau dah jatuh satgi, ha...mulalah tunding sana sini menyalahkan orang lain....
Satu lagi ni ha....kat shopping-shopping kompleks....trolley bersepah-sepah di lot-lot parking. Walhal yang bershopping tu 99% orang yang cerdik-cerdik...orang yang bersekolah...orang bijak pandai... ada pernah ko tengok orang kureng siuman bershopping kat Tesco? Carrefour? Jusco? Ada ko tengok orang 3 suku dok membayor satu trolley penuh barang-barang dapur kat kaunter pembayaran?? Tadakkkkkkkkk..... Lepas bayor sesuka hati tokwan jer nak humban trolley kat lot-lot parking. Susah sangat ke eh nak letak trolley kat tempat yang sepatutnya?
So kesimpulannya.... kategori manusia yang bagaimanakah yang 'bertindak ikut suka tokwan' sebegini?? Fikir-fikirkan..... Dan bagaimanakah Malaysia nak maju jika pemikiran rakyatnya masih di takuk 'kurang cerdik'???
No comments:
Post a Comment