Wednesday, October 13, 2010

Anak Tak Guna

Inikah yang dikatakan anak tak mengenang budi? Atau Si Tanggang moden versi terbaharu? Cuba bayangkan manalah tahu ibunya nak ke Mekah dengan duit KWSP tu? Tak ke hancur hati seorang ibu? Kok iya pun nak sangat dengan duit tu... nak bayor hutang ke, bayor Along ke...walhal nak shopping sekalipun....mintaklah elok-elok dengan orang tua...tak banyak, sikit sure dia hulur.....ibu mana yang nak tengok anaknya sengsara? Cuba cari seluruh pelusok dunia... satu ibu yang nak biar tengok anakanya menderita. Takkkkkkkkann jumpa punya...

Dahlah anak tunggal kesayangan...menantu pulak yang turut sama bersekongkol... itu bukan menantu...tapi HANTU !!!!


Anak Tunggal Kebas Duit KWSP (Rujukan dari Harian METRO - 13/10/2010)
KUALA LUMPUR: Hancur luluh hati seorang ibu tunggal apabila mendapati wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah ratusan ribu ringgit yang baru diperoleh apabila bersara selepas puluhan tahun bekerja lesap dari akaun banknya.
Lebih menyedihkan apabila pesara kilang elektronik berusia lewat 50-an itu mendapat tahu orang yang melesapkan wang RM117,000 itu ialah anak lelaki tunggal kesayangannya selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bank, di sini. 

Mangsa yang hanya menyedari kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya hilang baru-baru ini, membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan Balai Polis Jinjang, dekat sini. 

Menurut sumber, sebaik melihat wajah anak lelaki dan menantunya bergembira mengeluarkan wang menggunakan kad ATM miliknya, wanita terbabit menangis teresak-esak, menggeletar seluruh tubuhnya dan hampir pengsan. 

“Wanita itu beristighfar panjang dan menjadi tidak keruan apabila rakaman terbabit menunjukkan anak dan menantunya berulang kali mengeluarkan wang simpanannya menerusi ATM daripada RM117,000 hingga tinggal RM15.44 sen,” katanya. 

Sumber itu berkata, mangsa sedih dan kecewa dengan perbuatan anak serta menantunya dan hasratnya untuk membeli rumah menggunakan wang KWSP itu tidak kesampaian. 

“Ketika mangsa membuat laporan, polis sudah mengesyaki kemungkinan keluarga terdekat melakukan perbuatan itu.

“Ini disebabkan dia kehilangan kad ATM yang disimpan di dalam tas tangannya. Bagaimanapun, wanita terbabit enggan menerima kemungkinan itu kerana menganggap anak tunggal kesayangannya itu tidak akan mengkhianatinya ,” katanya.

2 comments:

kuIna said...

zaman sekarang macam2 ada...

klu tb pun ada rancangan mcm2... sbb nya kita susah jauh dr landasan al quran....

kuina.
www.kuina.kujie2.com

SalTesoro said...

Zaman dah berubah... Manusia jadi but ahati buta akal....yang ada hanyalah nafsu... sebab tu dah tak boleh membezakan yang mana patut dan tak patut dibuat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...